Wednesday 27 April 2011

Perbankan Islam: Hidup Aku

Masa aku sekolah rendah, aku minat gila maths. Selalu dapat markah 100. 100 beb. Kira anak murid kesayangan cikgu-cikgu la masa tu. Ye la, sape tak suka anak murid dia bijak kan?? Tapi aku tak la bangga sangat pun. Sebab masa tu tak baligh lagi kot, so tak pandai la nak riak-riak ni. Lagipun mak tak ajar macam mana nak bangga.

Masa aku F3, aku cuma dapat 8A PMR. Okay apa 8A. Tapi B Arab, tu yang tak tahan tu. Tapi masa F4, nak jugak ambik Sains Agama. Padahal benci jer Arab. Tapi sebab minat dengan PQS and PSI, so amik la jugak sains agama. Masa tu tak ramai pihak yang  menentang keputusan nekad aku tu. Diorang tak menentang pun, sindir je. Masa tu niat hati memang suci murni,dari lubuk hati nurani, nak amik sains agama nak jadik ustaz. Sebabnya?? Sebab ustaz ialah antara pekerjaan yang disertakan dengan nama. Ustaz, doktor, and cikgu. 3 pekerjaan yang akan disebut dengan nama.

"Doktor Faizin"..."Ustaz Faizin.."..."Cikgu Faizin.."

Mana ada orang kampung panggil "Peguam Faizin". Takde, mana ada. Lagipun kalau jadik ustaz, bab-bab carik jodoh ni senang sikit.

"Kak Jah, awak nak kawinkan Si Fatimah tu dengan Ustaz kampung sebelah tu?? Hah, elok sangat la tu. Kawin ngan ustaz, aman sikit hidup nanti yek.."

Er, tak, tak. Bukan sebab nak kawin. Sekali lagi, bukan sebab nak kawin. Miss A, Fatimah tu takde pun dalam hidup aku. HAHAHA. Serius.

Tapi masa F5, aku jumpa satu-satunya bidang yang gabungkan maths dengan syariah. Yakni, perbankan islam!! Jeng jeng jeng. Best2. Perbankan Islam ialah jawapan kepada krisis ekonomi global masa kini. Dengan teras perjuangan untuk menentang riba' ekonomi konvensional, bidang perbankan islam ni makin mendapat tempat di mana-mana tempat duduk yang kosong. Okay la tu, ada jugak tempat. Er, fine, tak lawak, aku tahu tu.


                            As a Sharia Executive, I should help that old woman crossing the road,

Then, secara tak sengajanya dengan kepermurahan sifat Allah yang memang tak beragak pemurahNya, Dia pun rezekikan aku dapat 11A. Masa tu dalam dilema. Aku kena buktikan kepada Tuhan and diri aku sendiri yang walaupun aku mampu untuk ambik bidang medic and engineer and etc etc, aku akan still amik bidang agama.

Dalam otak aku, aku dah ada mind setting yg berbunyi macam ni,
"Takkan la kita nak bagi bidang agama kita dekat budak-budak smka or sma yang result tak seberapa. Kalau kita nak kembangkan agama, kita kena letak orang yang berkaliber and berwawasan kat barisan depan bidang nih. Baru bidang agama ada kreadibiliti sendiri. Baru orang respek. Ni ustaz-ustaz kalau tanya result SPM 4A...3A.."

Tak, aku tak kutuk sesiapa. None at all. Tu sekadar personal opinion. Tapi aku nak jugak la tengok ustaz-ustaz kita nih, akademik semua cemerlang. Bukan ustaz ni orang yang terpaksa. Bukan bidang agama ni untuk budak-budak smka yg tak cukup bagus untuk ambik bidang lain., lepas tu ambik bidang agama.  Bidang agama ni patut diletakkan orang yang layak ambik law, layak ambik medic, layak ambik engineer, tapi still nak ambik bidang agama. Yang tu bagi aku, memang ada class lah cakap. Tak kisah lah kelas 5 Ibnu Khaldun ke, 4 Ibnu Sina ke. Janji ada class. Baru maknanya kita letakkan orang yang betul-betul kompeten untuk berdiri sebagai agamawan.

So, dengan berbekalkan slip pekse and salinan surat beranak aku, aku pun nekad la isi borang and daftar masuk IKIP, amik perbankan islam. Kos dia dalam bahasa berlagaknya dipanggil, "Ijazah Sarjana Muda Syariah(Ekonomi Dan Perbankan Islam)"*siap letak bracket lagi tu*.

Inilah benda yang aku minat, ada maths and syariah. Ini lah yang akan aku perjuangkan sampai aku umur 53. 54 dah pencen, honeymoon ngan isteri plak. Tapi bidang ni buat aku rasa nak berjuang. Tak banyak pun ustaz-ustaz yang pakar dalam bidang nih. Ustaz-ustaz nak bagi kursus kawin banyak.

Tapi bila aku apply MARA, rupanya aku tak bleh apply sebab takde akaun and ekonomi. Kalau aku nak amik medic, aku bleh amik. Kalau aku nak hidup senang, kuar dah dijamin kerja, aku boleh amik medic. Tapi lepas tu, untuk apa aku hidup?? Apa yang aku nak perjuangkan lagi?? Doktor berjuang menyelamatkan nyawa. Aku, aku nak berjuang menyelamatkan IMAN. Masa tu aku memang kena pilih. Sampai kawan aku tpon aku, dia cakap,

" Tu lah botet...ko bodoh. Dah 11A tak nak amik medic. Tgok macam kitorg ni(yg straight A), amik medic, apply JPA, kan senang. Ni ko lepaskan MARA semata-mata nak amik perbankan islam ko tu. Ko ni...sia2 je 11A. Yelah, sekarang ko cakap ko tak minat. Tapi tgok 10 tahun akan datang, masa kitorg dah berjaya, dah kaya, ha...baru terngadah..."


Aku 11A and aku sia-siakan result aku?? 11A aku tu complete semata2 belas ikhsan Tuhan. Aku tak bijak pun. Sebab tu aku sentiasa rasa macam aku berhutang sesuatu dengan Tuhan. Sesuatu yang aku kena bayar balik. Dan dengan mengabaikan segala potensi yang aku mungkin ada dengan dapat 11A, aku harap yang aku dah tunjukkan kat Tuhan yang aku betul-betul ikhlas.

Aku abaikan medic.

Aku abaikan engineer.

Aku 11A, tapi aku apply Perbankan Islam. Perbankan Islam ialah sesuatu yang kalian pandang rendah. Sesuatu yang mak tak pernah ajar anak untuk ambik. Mak cuma ajar anak jadi doktor dan engineer jer. Sebagai hadiah daripada aku untuk Tuhan. Sebagai bukti keikhlasan aku.

Tapi kalian anggap aku bodoh sebab tak gunakan potensi yang ada. Aku dipertikai oleh kawan-kawan aku, and parent aku. Tapi lama-lama parent aku setuju jer. Nak buat macam mana. Tapi aku teruskan jugak. Aku tak boleh patah balik lagi. Aku dah pergi sejauh ni. Aku pun dalam dilema jugak.

Kawan aku pernah cakap,(dia pun dah amik perbankan islam)
"Kita nak cari orang yang boleh cakap pasal agama, boleh keluarkan dalil, dan boleh kuarkan hujah menentang riba' perbankan konvensional. Kita ialah orang yang akan buat pembaharuan kat negara ni. Kita kena ubah sistem ekonomi kapitalis ni. Kita kena buang dia jauh-jauh. Sebab tu walaupun Perbankan Islam kat IKIP ni cuma syaratkan kredit dalam PQS, PSI and BAT, takkan la kita nak orang yang buat pembaharuan kat negara ni orang yang akademiknya cukup-cukup makan?? Kita nak lawan orang kafir ni. Kena yang hantar orang yang TERBAIKKK..."


Aku harap, aku lah orang yang akan berjuang and buat pembaharuan tu. Aku ni, takde apa-apa pun. Semua belas ikhsan dari Tuhan. Sebab tu aku kena bagi Dia hadiah. Harap sangat aku dapat ambik bidang ni. Harap sangat-sangat. Sape yang baca entri aku nih, doakan la aku dapat amik bidang ni. May Allah bless.

3 comments:

  1. (29:2)
    "apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkn hanya dgn mengatakn'kami telah beriman' sedangkan mereka tidak di uji?

    ~semoga Allah memudahkn urusan dan memberi yg terbaik,insyaAllah..

    ReplyDelete
  2. HATI,teguhlah,
    biarkan doa dan tawakkal menjadi perisai..
    manangkis serangan dari setiap segi.
    HATI,tenanglah,
    katakan dugaan itu tak bisa menghancurkanmu..
    badai itu akan berakhir dgn kemenanganmu..
    HATI,kuatlah,
    biar iman yang mentadbir..
    biar ilmu yg mengiringi..
    andai kau tersadung di perjalanan,kedua itu akan m'jadi tongkatmu..

    ALLAH itu Maha Adil..
    takkan pahit andai akhirnya manis..
    takkan sakit andai akhirnya nikmat..

    HATI,yakinlah..
    janjiNYA itu PASTI

    insyaAllah :)

    ReplyDelete
  3. insyaAllah~~
    amin ya rabbal alamin~~

    semoge kmu sentiasa berada dalam nusrah Allah..

    ReplyDelete