Sunday 17 April 2011

Atheis

Well, kali ni tulisan aku agak-agak Islamik sikit(bukan selalu macam tu ke??), aku nak tulis pasal pandangan aku terhadap jenis-jenis orang yang mungkin kita akan jumpa kalau kita cakap pasal benda-benda agama.



ATHEIS
Atheis ni susah. Macam tak boleh nak cakap pasal agama langsung dengan diorang pun sebenarnya. Kalau search kat wikipedia, maksud atheis macam ni,



Atheism, in a broad sense, is the rejection of belief in the existence of deities.[1] In a narrower sense, atheism is specifically the position that there are no deities.[2] Most inclusively, atheism is simply the absence of belief that any deities exist.[3] Atheism is contrasted with theism,[4][5] which in its most general form is the belief that at least one deity exists.[5][6]

 Ateisme, adalah penolakan terhadap kepercayaan adanya Tuhan.




 Biar betul ada signboard ni tepi jalan??


Seriously, susah nak ajak borak ngan diaorang ni kalau pasal benda-benda agama. Aku pernah bukak dalam blogserius, masa tu ada komen pasal video Veena Malik.

http://blogserius.blogspot.com/2011/04/serius-bila-aktres-pakistan-layeth.html 

Antara komen yang atheis ni tulis,

"..since islam nye nama baik sgt la kan..sampai sesiapa yg dilahrikan islam takleh nk buat perkara yg xsenonoh..walaupun tak kacau org kalau tak boleh tetap tak boleh..skrg nie boleh tak org islam ni nak murtad..korang tak kasi jugak..korang kecam org murtad..islam is the real diktator now..u need to follow whatever they say..u dun follow u will be punished..if u wanna get out..u'll be killed for its halal bunuh org murtad..damn"
.
.
.
.
.
..
AND,


maybe ure a lucky man..or kau xpenah tanya cukup untuk dapat jawapan camnie..''benda2 cmnie takleh disoal..nnti sesat''..

kalau aku tanya ustaz..knp tuhan buat 100 billion manusia..pastu dia pilih yg siapa beragama islam je boleh masuk syurga..yg lain..yg xnah tau ada nya agama islam..yg lahir2 je dekat honduras semua akan masuk neraka..bias giler kalau camtu..

aku takyah tanya knp solat dan tutup aurat..i noe what dey gonna answer me..but what if i ask..knp tuhan buat manusia gay..pastu murka dorang..gay ni bukanya boleh di build..tapi dia naluri..macam mana kita suka pompuan camtue la dianya naluri..ibarat la kan..kau lahir2 kau suka pompuan..tapi agama kau suruh kau suka laki..
azab x kau nk ikut agama kau??..
kalau kau xdgr kau akan sentiasa dicerca..

can i ask these kinda question without u guys getting mad?.



Beb, mamat ni is seriously tegar bila kuarkan komen.

Lepas aku selidik, rupanya kebanyakan orang kat dunia ni yang lari daripada agama kebanyakannya tak faham hakikat qada' dan qadar Allah. Macam orang yang faham agama, mudah je nak sangkal. Mudah nak sangkal, tapi nak sedarkan si atheis ni sikit punya payah. Hidayah itu hak Allah. Manusia, cuma ada hak untuk berusaha.

Antara persoalan-persoalan yang tidak terjawab di minda sang-sang atheis dan menyebabkan mereka lari daripada agama ialah:


1) Kenapa Tuhan buat orang kafir, lepas tu Dia sendiri nak azab.

2) Kenapa Tuhan buat orang bapuk, lepas tu tak bg orang jadi bapuk pulak.

3) Kalau semua perkara ditentukan Tuhan, so lagi baik tak payah berusaha. Balik-balik Dia jugak yang
    buat semua.


Apabila persoalan-persoalan macam ni banyak timbul, and diorg tak bertanya, atau pun diorg tak dapat jawapan yang mengikut akal diorg, maka sedikit demi sedikit karakter yang menolak kewujudan Tuhan itu akan mula timbul. Dengan kebijaksanaan syaitan, fikiran-fikiran mereka akan mula beralih ke sudut dan perspektif yang lain, mempersoalkan perkara-perkara yang lebih kompleks. Makin lama, makin banyak persoalan yang tidak terjawab, at the end, mereka MENIDAKKAN TUHAN.

Sebab tu, dalam Islam, ada panduan berfikir. Kita boleh berfikir apa sahaja yang kita mahu,-bagus, kerana itu boleh trigger sifat ingin tahu. Namun apabila ianya tidak dikawal,same things happen-DISASTER. Dan sesetengahnya apabila ditanyakan, "Kalau mcm tu, siapa yg kawal dunia nih? Macam mana semua benda boleh terjadi??" Diorang akan jawab, "Itu ialah kuasa semulajadi yang terkandung kat alam ni untuk mengawal pergerakan dan kejadiannya sendiri.."

Sebenarnya segala sifat-sifat negatif yang ada dalam diri kita bertitik tolak daripada cara kita menerima sesuatu perkara. Macam aku selalu cakap,

"Hidup ialah apa yang berlaku ke atas kita, dan apakah refleksi(tindakan) kita terhadap perkara itu."

Sama ada kita nak ambil gelas tu sebagai separuh penuh atau separuh kosong. Sama ada kita nak jadi pesimis atau optimis. Sama ada kita nak percayakan Tuhan, atau tidak percayakan Dia.

Bak kata novel Hlovate, live well or live hell, we choose.

Aku pilih. Kita pilih. Aku pilih, untuk percayakan Tuhan. Anda??

Aku rasa lah, biasanya dalam diri atheis2 sekalian mungkin pernah terjadi sesuatu peristiwa besar. Peristiwa yang menjadi turning point untuk dia bertindak untuk tidak percaya. Makin lama, makin kelam, last2 diorg tak jumpa jalan.


Aku yakin, kalau persoalan qada' dan qadar ini difahami dengan sebaik mungkin, aku rasa mesti banyak masalah kat dunia ni akan selesai. Masalahnya, rata-rata kita tak dapat beza sejauh mana sesuatu itu diletakkan dalam lingkungan 'usaha manusia' atau 'ketentuan Tuhan'. Really, banyak antara kita yang tak faham.








Kuasa yang kita ada, ialah memilih. Hanya itu hak kita di dunia. Pilihlah untuk percaya. Tak salah percayakan Tuhan. Anda bermula sedikit, pasti Dia akan sambut anda. Wahai mereka yang tidak percaya, apabila tiba hari pengadilan, maka di saat itu kalian akan terngadah, dan di saat itu kalian akan menangis. Ketika ini, kalian boleh katakan apa sahaja, boleh mengutuk semua perkara. Di saat akhir, kalian pasti berharap, yang kalian boleh tersenyum.

Percayakan Tuhan, carilah kebenaran.



“..Barangsiapa diberi petunjuk oleh Allah,maka dialah yang mendapat petunjuk,dan barangsiapa yang disesatkaNya,maka engkau tidak akan mendapatkan seorang penolong yang dapat memberikan petunjuk kepadanya” (Al-Kahfi : 17)









  

No comments:

Post a Comment