Monday 5 September 2011

Kita Sayangkan Dia, Tapi Maksiat Lebih Sayangkan Kita

Aku malas tol nak ulas bab-bab jiwang nih. Sebabnya, aku sendiri pun tak pernah ada makwe pun. Setakat minat orang tu ada la. Tapi aku ada fahaman sendiri macam mana mekanisme yang dipanggil 'Cinta Remaja' ni bergerak.

Meh sini aku bgtau korg apa yg ada dalam cinta muda-mudi nih.

Aku ada sorang kawan. Nama dia Jennifer(mmg nama sebenar doe). Dia ni jenis pempuan yang kiut-kiut and riang ria raya giteeewww. And nak dijadikan cerita, dia yang kiut ni kapel la dengan sorang lelaki-yang aku-lagi hensem-dari-lelaki tu. So, main kapel kapel, ajak jalan-jalan so pegang-pegang tangan. Ni aku nak ulas pasal pegang-pegang tangan.

I mean, apa yang u'alls(girls) pker bila lelaki dah start pegang-pegang tangan lu?? Seyes aku pelik. Then Jennifer cakap, biasa la tu pegang-pegang tangan. Nama pun bercinta. Well, masalahnya biasanya it's gonna end setakat kat jari-jari korang. Aku pun tanya la, "Seyes pegang-pegang tangan jep?? Peluk-peluk xde??" Aiseh..rugi r setakat pegang tangan jer...alang-alang nak buat dosa, buat betul-betul...tak dedicated tol korang nih..

 "Ermm..aku no komen pasal tu..." jawab Jennifer.

See?? Aduhaii. Kalau aku, bukan setakat pegang tangan, dah lama aku....
.
.
.
.

....................

Okay, pegang-pegang pun aku takkan buat.

The thing is, lelaki ni memang dah dicipta untuk buat jahat rosakkan kaum wanita. Can't you girls see it?? Can't you?? Then Jennifer pun admit yang Michael Skrumaker pnah ajak dia main kawin-kawin/pondok-pondok versi orang dewasa.

Aku pun tanya la, "Dah dia dah ajak ko buat benda-benda camtu, kenapa ko masih stay dengan dia??"

"Aku..aku tau dia jahat...tapi aku sayangkan dia.."

Oh MY Gay. Aku rasa perempuan ni pun nak 'buat' jugak sebenarnya. Tapi untuk menunjukkan lelaki ni keji dan durjana, so better buat-buat menolak. Baru nampak cam perempuan yg ada maruah sikit. Kan?? Kan?? Aku tak paham. Serius. Dah tau BF you jahat camtu, apsal tak pilih aku tak tinggalkan jer dia?? Sebab sayang?? Weh, mamat ni bakal buat korang beranak tiga dalam masa setahun sebelum akad nikah. Masih perlu wujud ke 'sayang' tu?? Ish, kalo aku jadik pempuan, ada lelaki yang nak buat benda-benda tak senonoh and dia mintak pulak secara terang-terangan, dah lama aku blah.

Kecuali kalo aku memang tak suka status anak dara.

Nak tau kenapa benda macam ni terjadi?? Nak tau x??

Tindakan seseorang dalam dunia ni fully based on kesensitivian dia terhadap AGAMA dia. Sebab agama itu sendiri merangkumi setiap inci aspek kehidupan, so setiap perlakuan korang akan dinilai berdasarkan kesensitivian korang terhadap agama.







Ada orang sensitive(peka) dengan perintah Tuhan yang suruh dia bertudung menutup aurat, maka dia menutup aurat (aku tak suka guna istilah bertudung, sebab banyak perempuan memang pakai tudung jer).

Ada orang berhati-hati dalam menjaga perhubungan antara lelaki dan perempuan, maka dia suka kawin terus.

Sebab tu kita akan jumpe kat dunia ni, orang berfikiran sekular, dan berfikiran agama. Sebab agamawan cakna dan sensitif terhadap hal-hal agama, tapi sekular tidak.

The problem is, kita terlalu nampak segala-galanya BIASA. Pegang-pegang tangan, biasa. Minum air kencing setan, biasa. Main raba-raba, biasa. Segala-galanya dah terlalu biasa, so buat apa nak ubah, kan?? Just follow the people la. Don't follow the rules.

So how the hell kita akan berubah?? Ohhh ya, aku rasa kita memang taknak berubah pun jadi baik.

SIAPA TUHAN dalam hati kita, kan??






Kita Yang Salah

Semenjak dua menjak ni, aku rasa macam aku dah jadik kaunselor pun ada. Ada lah dua tiga orang kawan-kawan aku yang merujuk kat aku terutama bab-bab agama and bab-bab maksiat. Tapi bab-bab agama tak banyak pun sebenarnya. Bab-bab maksiat yang banyak ditanya sebenarnya.

Well, aku ni tak lah sebaik mana. Aku rasa memang tak baik pun. Maybe sebab course yang aku ambik menuntut aku untuk menjadi tempat rujuk dalam bidang agama nih. Aku terima dengan hati terbuka jer lah.

So, nak dijadikan entri cerita, semalam kawan aku yang aku nak gelar dalam blog ni sebagai Samad, tegur lah aku dalam fb semalam. Dia member aku kat sekolah dulu. Dia skang dah masuk U r. So dia ni pun mengadu lah kat aku, cakap yang dia jadik makin teruk. How's the bad he is??

Dia cakap kat aku, suasana U dia macam ni,
- Member2 dia ramai kaki botol.
-Kaki clubbing.
-Bawak perempuan masuk bilik.

So dia rasa agak tertekan sebab temptation kat sana sangat tinggi. Aku pun tanya la, "Takkan takde langsung yang yang baik-baik?? "

"Ada. Tapi aku tak baik dengan diorang."

So, bila seseorang tu terasa dirinya akan terjebak dengan maksiat, ada 2 benda penting yang akan diorang persalahkan, iaitu:

1) Suasana persekitaran.
2)Kawan-kawan yang jahat.

Gabungkan dua-dua, dengan kata lain bermaksud dunia ni mendorong diorang untuk jadik jahat.

Amat jarang aku dengar and korang dengar bila seseorang tu berubah menjadi lebih teruk, dia akan cakap,
"Aku jadik jahat ni sebab IMAN aku sendiri lemah."

Yup. Kita selalu diajar untuk salahkan orang lain. Kita tak diajar untuk melihat sesuatu tu sebagai SALAH KITA. Sebab kenapa?? Sebab kita ni penuh dengan alasan. Tapi, aku tak salahkan diorang.





Manusia tu memang dicipta sebahagian besarnya daripada AIR. Maka apakah sifat air itu?? Cuba try test korang letak air dalam bekas, air tu mesti ikut bekas tu, kan?? So bermaksud, manusia ni cenderung untuk mengikut suasana persekitaran dia. Kalau dah susana sekeliling dia minum arak, memang peratusan tinggi jugak lah untuk dia minum arak.

Kalau suasana lelaki sekeliling dia sume kaki perempuan, memang peratusan tinggi jugaklah untuk kaki diorang betul2 jadik cam kaki perempaun(xde bulu). HAHAHA.
.
.
.

Okay, serius tak kelakar.

So, apakah main point entri nih kali ni?? Aku cuma ank cakap, kengkadang kita kena belajar untuk melawan arus. Yup, kita akan cakap, kita DIPENGARUHI. Bukan salah kita. Dah tu, salah orang lain la, kan?? Bila tanya orang, orang pun akan cakap, bukan salah depa, salah kawan2 depa. Tanya kawan2 depa, sume salahkan kawan punya kawan kepada kawan2 depa. Sampai bila kitaran ni akan habis??

Sebab, kita tak pernah salahkan diri sendiri.

Kita tak pernah nak cuba melangkah sendiri. Kita selalu tunggu orang. Tunggu sesuatu yang berubah untuk kita berubah.

So, hari ni mari kita salahkan diri kita sendiri atas kesalahan diri kita sendiri.

Kita selalu nak pilih KAWAN2 YANG BAIK, supaya kia jadik baik. Pekata kita sendiri yang jadik BAIK, so boleh la kawan-kawan kita pilih kita untuk mengajar diorang menjadi baik, kan?? Ingat, orang yang mengajar, mudah untuk menguasai apa yang diajar.

Jangan tunggu siang nak hujan untuk kita dapat mandi.

Jangan tunggu Malaysia nak ada musim salji baru kita nak belajar buat ABC.

DUNIA, tak pernah menjadi ideal untuk kita. Tapi, kita boleh menjadi ideal untuk sentiasa layak hidup di dunia.

Selamat bertahan menahan diri. Selamat berubah kepada lebih baik.

Wish u'alls luck.



















Friday 2 September 2011

Hadiah Hari Jadi Untuk Si DIA

29/8/1993 ialah hari yang tidak asing lagi untuk kita semua. Seperti yang kita semua maklum, pada hari inilah Patih Gajahmada mendapat idea untuk menamakan tanah yang kita diami ini sebagai Tanah Melayu. Patih Gajahmada iaitu putera kesultanan Sulu, telah...                    
.
.
.
.
Okayy okayy. Atas tu mengarut jer. 29/8/1993 ialah tarikh yang tidak boleh dilupa oleh Si Tompok(kucing aku) sebab tarikh tu ialah Birthday Miss A!! Yeay!! Miss A.. = )

Miss A ialah bahagian yang agak penting dalam hidup aku. Dan blog ni. Sebab tu kalo korang baca blog ni, mana-mana tempat mesti terselit perkataan 'Miss A'.

So, aku rasa terpanggil untuk mewakili penduduk kampung aku dan seluruh jajahan takluk Sultan Pahang, bermakna aku mewakili negeri Pahang Darul Makmur untuk memberikan hadiah kepada Miss A nih. Kiranya maruah orang Pahang kat tangan aku laa. Kalo aku bagi hadiah murah-murah, malu la orang Pahang, ye dok??


Berdasarkan intuisi aku yang serba tidak tepat, aku pun akhirnya telah bagi dia rantai bertatahkan berlian keluaran Habibi Jewels.



                                                     Okay ni bukan gambar sebenar


Mula-mula aku ingat nak buat video dengan member STF aku iaitu Intan. Ala-ala MathLuthfi gitewww. Tapi akibat kekangan masa and kejatuhan ekonomi dunia baru-baru ni, kitorang terpaksa batalkan hasrat kitorang. So tinggal aku jer la yang boleh diharapkan untuk memberikan hadiah untuk Miss A. Ciss. Intan cuma bagi dorongan daripada belakang..

Akhirnya, dengan kerjasama yang tidak pernah terbelah daripada Pos Malaysia, parcel tu pun selamat sampai ke rumah Miss A.

.
.

Oh, ya, dalam parcel tu jugak disertakan coklat Cadburied. Ha?? Sebab nape aku letak coklat?? Ye la, aku tau la coklat tu akan cair. Korang xyah ajar aku xpe.

Coklat tu ibarat dengan hati aku. Bila letak dekat dengan necklace  bertemakan BINTANG, ia pun cair...
.
.
.
Tapi yg bestnye, coklat tu tak cair pun!! HAHA. = )

Okay, xde org gelak.
Sebelum tu aku ingat nak bagi Miss A cincin, sebab cincin lagi murah dpd rantai kat kedai tu. Dan lebih kelihatan. Dan senang dijaga. Dan sangat cantik sebenarnya. Tapi, macam jiwang sangat. Eh, bapak aku pikat mak aku pun tak bagi cincin. HAHA. So, baik aku bg rantai...

.
.
.
.
Last words from me: Kepada Miss A, Selamat Hari Jadi!! ^_^
Aku sentiasa akan doakan anda selalu. Sori sebab tak banyak yang aku mampu beri kat ko sepanjang kita kenal. Janji-janji aku pun byk tak ditepati. 

My deepest apologies. My wish is only to see YOU happy, and nourished with TAQWA. =)

p/s: Masa aku taip entri nih, tetiba lagu Setanggi Syurga bergema balik dalam otak aku... 




Golongan-golongan yang Aku SUKA Buat Kawan

Dah lama aku tak tulis. Ni nak menulis la ni.

Aku suka berkawan dengan 4 Golongan. First, lelaki yang lebih TUA dari aku, lelaki yang TAK DIKENALI, lelaki yang lebih MUDA dari aku, and perempuan yang sebaya dengan aku. So, aku rasa entri yang ni aku akan tulis pasal golongan yang aku PALING SUKA antara 4 golongan tu.

Lelaki Yang TAK DIKENALI

Aku pernah diajar oleh ustaz aku sendiri, bahawa sekiranya kita inginkan ilmu, satu dunia boleh jadik guru. Well, aku tau la ayat tu sangat-sangat cliche. Tapi ada betulnya doe. So aku ada kecenderungan untuk tegur sesapa yang aku tak kenal, untuk diajak borak-borak. Bila kita ajak orang borak-borak, banyak yang kita boleh tau sebenarnya. Serius banyak. Macam aku naik teksi, aku ajak pemandu tu borak-borak, dia cerita pasal politik la, LINUS la, apa ke haram jadah ntah(aku x minat politik). Tapi, well, it felt very nice for just borak-borak dengan orang yang tak dikenali. And banyak lah ilmu-ilmu yang kita akan dapat hanya dengan 'borak-borak kosong'.

Kenapa orang yang tak dikenali?? Sebab orang yang tak dikenali tak tau asal usul kita. Diorang tak tau keburukan kita. So bila kita cerita masalah kita, kita mintak pendapat diorang, diorang boleh bagi pure advice berdasarkan situasi yang diorang dengar daripada kita. Diorang tak fikir keburukan kita. So biasanya nasihat yang diorang bagi and pendapat diorang akan jadik amat-amat rasional.

Lagipun, biasanya orang yang kita tak kenal, even kalau kita cerita masalah kita seteruk mana pun, diorang takkan heboh kat orang lain. Kalau kita mintak pendapat kawan-kawan kita, peratusan untuk dihebahkan dan diumpat serta diaibkan itu agak tinggi sebenarnya.

So, orang yang tak dikenali mampu memberikan aku:
1) Ilmu yang tidak bertajuk, means apa-apa ilmu aku boleh dapat dengan 'borak-borak'.
2) Pendapat yang sangat rasional. tapi kerasionalan pendapat tu biasanya bergantaung kepada kadar intelektual orang yang kita mintak pendapat tu.

Ada satu cerita

Aku ada citer. Tak tau korang nak dengar ke tak. Tapi aku tau korang nak baca. Citernya camni. Ari tu aku pergilah majlis alumni sekolah aku. Tapi aku pergi pagi jep. Petang aku da berambus da. So dalam keberambusan aku tu, aku pergi lah Megamall.



                                               Berjaya Megamall. Tak best mana pun. 
                             

Lepas aku beli buku tajuk dia  "Bertanya Tentang Tuhan", aku nampak lah sorang pakcik ni duk atas bangku. Sebelah dia ada ruang kosong. And sebelah bangku yang pak cik tu duduk ada satu lagi bangku yang memang kosong. Kalau korang, korang pilih yang mana?? Sapa yang nak duduk berkongsi bangku bila dah tersedia bangku yang kosong untuk kita, kan?? Tapi aku pilih untuk duduk sebelah pakcik tu. Sebab aku rasa aku nak sesuatu daripada dia. And aku akan dapat sesuatu kalau duduk sbelah dia.



At the end, ni lah yang aku dapat,





                                                        Aku malas taruk gambar ayam




Lepas dalam 10 min borak, dia pun belanja aku ayam Kenny. Sepanjang hidup aku, aku x pernah pun rasa ayam Kenny. Mahal kot. Dengan ayam pakcik Kenny ni lah kitorang berbuka hari tu.



So, the moral is, kalau korang nak kan ilmu, satu dunia bleh jadik guru. Bak kata pepatah India,

"Guru kan datang bila perlu".


p/s: Credit kepada Miss A yang sentiasa beri aku galakan untuk terus berblog. It takes the earth to find a person like YOU. =)


.
.
.
Kbye.