Saturday 31 March 2012

Tentang Cinta, Cara Nak Buat Keputusan Dan Kahwin Awal, Baik Yang Islamic Atau Tidak

Aku baru-baru ni puas memikirkan apa sebenarnya matlamat, panduan yang diberikan oleh Islam tentang soal cinta, dan untuk umur macam aku ni, aku memikirkan tentang kahwin awal. Sebab aku percaya perkahwinan tu ada peranan yang lebih besar untuk agama dan umat ini.

Melakukan perkara yang halal tetapi tidak kena cara, akan mengundang musibah.

Contohnya, kita makan makanan dengan tangan yang tidak dibasuh. Makanan itu masih akan menjadi halal. Tapi masalahnya berpunca daripada 'tangan yang kotor'. Dan isu ini aku akan sentuh dalam bab 'Kahwin Awal.'

Cinta sebelum perkahwinan sedikit sebanyak ada peranannya sendiri dalam mencorakkan manusia dan mematangkan manusia.

Aku bukan nak menghalalkan yang haram. Tidak sama sekali. Ini sekadar pandangan yang aku mulakan dengan bacaan bismillah. Contohnya, doktor memberi suntikan insulin kepada pesakit dengan kadar 25 ml. 25 ml akan memberi manfaat yang sangat baik kepada pesakit. Tetapi 26 ml mengundang bencana. Dan isu ini aku akan sentuh dalam bab 'Cinta Sebelum Kahwin; Mengambil Yang Sekadarnya'




باسم الله الرحمن الرحيم

Kahwin Awal

Isu ni aku pernah sentuh sebelum ni, rasanya lebih baik aku sentuh sekali lagi sebab aku kira masih ramai yang memerlukan pencerahan dan sedikit panduan. Dan aku nak sentuh bab ni terutamanya kepada yang beraliran agama atau berfahaman agama yang kuat tak kira la dia belajar pengkhususan dalam bidang agama atau tidak. 


Aku tak boleh menafikan yang kebanyakan student beraliran agama mempunyai suatu stigma bahawa,

"Ishh, cinta sebelum kahwin kan berdosa? Mana boleh bercinta sebelum kahwin. So bila aku jatuh cinta, aku kena consider untuk kahwin terus."



So bila aku jatuh cinta, aku kena consider untuk kahwin terus.










Ini soalnya.

Dan bila minda seperti ini muncul(aku tak cakap salah), ianya akan membina suatu cara berfikir dengan terburu-buru.

Ya, berkahwin dengan terburu-buru, atas nama Islam.

Sebab aku pernah ada seorang kenalan yang telah bertunang, umurnya lebih kurang sama dengan aku. Dia mengadu kepada aku,

"Faizin, saya rasa tunang saya tu tak sesuai la untuk saya." Jelas Cik K.

"Kenapa awak rasa macam tu pulak? Bukan okay ke selama ni?" Aku bertanya kembali.

"Bila dah bertunang tu and saya semakin lama kenal dia, saya rasa dia memang tak sesuai untuk saya. Saya mula rasa yang saya taknak orang macam dia yang memimpin keluarga saya nanti."


Aku terdiam.

Dalam umur yang sebegitu muda, dah kena fikir soal calon suami. Belajar pun rasanya dia tak stabil lagi.

Memilih pasangan hidup ialah soal yang besar.


"Kenapa awak bertunang dengan dia in the first place?"

"Saya berjumpa dengan dia semasa kami sama-sama buat persediaan dulu. Sekarang dia sudah belajar di tempat lain. Saya pertama kali keluar dari suasana sekolah agama masa tu, and saya pertama kali jatuh cinta. Dan untuk pertama kali tu, dia pun sukakan saya juga. So, dia berikan saya sebentuk cincin dan ajak saya bertunang. Kedua-dua belah keluarga setuju."


Terangnya jujur.

"Malangnya apabila dia belajar dia tempat lain dan kami melalui tempoh pertunangan bersama-sama, saya mula kenal dia dengan lebih mendalam. Dan dia..dia ada buat sesuatu yang saya kira tak dapat saya maafkan. Saya menangis sebab perkara ni. Saya kecewa dengan dia.
"

Dalam penjelasan dia di sini, aku dapat detect dua masalah.

Yang pertama, wujudnya stigma jatuh cinta-so-kena kahwin terus.

Yang kedua, dia lepasan  sekolah agama so masih belum kenal jenis-jenis lelaki, minda masih belum cukup matang(aku tak cakap tak matang) and mungkin semasa dia buat persediaan tu, dia alami culuture shock. Maklumlah, pertama kali bercinta.


Ini membawa kepada satu konklusi lain iaitu 'membuat keputusan untuk berkahwin secara terburu-buru'.

Aku secara peribadi tak percayakan love in the first sight, sebab kadang-kadang ianya berdasarkan nafsu.

Ada tak orang lelaki yang alami cinta pandang pertama kepada (minta maaf cakap) perempuan yang kulit agak gelap, badan sedikit berisi and muka tidak berapa cantik? Tidak, kan?

Cinta pandang pertama kami ialah untuk perempuan-perempuan yang kulit cerah+ayu+bertudung labuh(untuk cinta versi islamic sikit). But then, sama je kan? Baik aliran Islam atau tidak, lelaki yang cinta pandang pertama ni biasanya hanya untuk perempuan cantik.


Kita, gagal membezakan cinta nafsu dengan cinta sejati. Dan kita selalu guna nama agama untuk capai/halalkan apa yang kita mahukan.


Ni pandangan peribadi aku tentang cara-cara nak pilih calon suami dan isteri. Tak kisah la kamu semua nak kahwin awal ke cepat, saya kira semua perkara ni perlu dipenuhi terlebih dahulu.



1) Aku tak galakkan kahwin kerana cinta semata-mata. Perkahwinan ialah suatu perkara yang lebih besar daripada tu. Kita berkahwin dengan orang yang dapat uruskan rumahtangga kita dengan cara terbaik. Mungkin kita cinta kepada orang tu, tapi rupanya dia dungu dalam menguruskan rumahtangga. Yang tak pandai seni perkahwinan, tak faham apa erti sebenar perkahwinan, pergi main jauh-jauh.














2) Kita berkahwinan bila kita rasa kita 'patut berkahwin', dan saya tak galakkan berkahwin bila kita 'perlu berkahwin.' Apa beza antara keduanya?

Patut kahwin.

"Aku umur baru 19 tahun. Tapi financial aku dah okay, aku pandai cari duit secara pasif dan pelajaran aku pun ok. Tak terlalu bijak tapi tak lah bodoh sangat. Aku pandai baiki-baiki paip dan peralatan elektrik. Aku jenis yang ada survival skill yang tinggi so aku rasa aku boleh mengemudi rumahtangga dalam apa jua keadaan. Dan aku juga pandai mengaji and jadi imam+solat tak pernah tinggal."

Perlu berkahwin




"Aku umur 22 tahun. Financial aku tak okay and belajar pun macam dungu jer. Tapi aku dah tak tahan dah ni fikir pasal Farah setiap masa. Rindu gila aku kat dia. Mandi buat-buat basah. Makan kadang-kadang jer kenyang. Serius tak tahan dah aku ni. Kalau dapat kahwin dengan Farah, dapat tidur dengan dia, PEHHHH.."


See the difference?

Bila kita kahwin dengan keadaan 'perlu berkahwin', kita mudah jadi tak rasional. Kita dikaburi cinta, dan nafsu. Kalau kita putus cinta, kita akan terjun bangunan.

Nak ke kamu wanita-wanita yang comel kahwin dengan lelaki yang dalam keadaan macam tu?

Pasti tidak.

Tapi itulah realiti sebenar lelaki yang mabuk cinta, nak berdating setiap masa dan berkepit dengan awek.








3) Kita perlu menilai calon pasangan TANPA perasaan cinta.















Bila kita dilamun cinta, fikiran kita hampir-hampir tidak ada. Akal tak sempat berfikir. Hati gundah gulana, teringat kepada si dia.

Ini akan membuatkan kita terburu-buru dalam berkahwin.

Cara nak buang cinta? Tanya rakan-rakan pasangan kita tu tentang diri pasangan kita tu. Means, tanya la kawan-kawan, Ramli tu baik ke tak, Fatimah ni pandai masak ke tak.

Aku pernah buat macam ni semasa aku cintakan Miss A dulu. Aku tak contact dia untuk tempoh yang agak lama, sibukkan diri, and kemudian cinta benar-benar hilang dari diri aku. Then baru aku nilai dia semula, berpaksikan soalan,

 "Boleh ke dia jadi ibu kepada anak-anak aku?"

Dan aku menilai dia dari sudut keibuan, bukan sudut nafsu atau tubuh fizikal yang ada pada dia. Dan aku kira inilah cara terbaik untuk cari menilai pasangan.



Konklusi untuk kali ni.


Aku fahami dan sedar yang terdapat ramai muda-mudi di luar sana yang berlatarbelakangkan agama yang berfikir tentang kahwin awal terutamanya untuk menjaga pandangan dan hawa nafsu. Aku tak nafikan kebenaran niat kamu semua dan aku rasa niat itu patut dipuji.

Tapi aku juga tak boleh setuju 100% jika kamu semua berkahwin dalam keadaan tidak matang, terutama para lelaki. Sebab lelaki yang akan memimpin rumahtangga. Lelaki yang tidak rasional dalam membuat keputusan akan mengundang bencana dalam rumahtangga.

Setakat sini sahaja entri aku untuk kali ni. Sebarang penambahbaikan atau komen berkenaan isu ini sangat aku alu-alukan.



Seterusnya, aku akan sambung dalam isu  'Cinta Sebelum Kahwin; Mengambil Yang Sekadarnya' dalam entri berikutnya.

Kem Sentuhan Nurani,Part 1

"Nama abang Muhammad Arif Alwan. Abang belajar di UIA Kuantan ni ambil course Dentistry. Selama 3 hari kita bersama, abang akan jadi headfaci untuk program Kem Sentuhan Nurani ni."





Head faci yang berkaliber and Abang Affiq yang sudah 
ada wawasan diri 
                                                             


Arif Alwan namanya. Dan untuk pertama kali menjadi faci dalam sejarah hidup rasanya tak ada pemimpin yang lebih aku harapkan melainkan Abang Arif ni. Pengalaman dia dalam mengendalikan program-program memang tak dapat dinafikan.


Malam tu, memang banyak kenalan baru yang sangat-sangat menarik. Taaruf dan Ice Breaking memang boleh jadi batu asas tentang sejauh mana kumpulan tu boleh menjadi akrab sepanjang tempoh program. Dan bagi aku, walaupun ini baru kali pertama, aku rasa okaylah jugak. Kalau Abang Ukasyah tengok bakat aku kendalikan kumpulan, mesti dia nak jadi ahli kumpulan aku.




Che' Un, bekas budak sekolah agama.


Reno, penghulu program. Paling tua, juga paling bijak antara semua.


Usopp dengan Dota yang tak habis-habis.


Mus.


Paling penting aku kenal kenalan faci yang baru, abang Azam. Dia ni ayah kepada Amirah. Amirah Azam. Dengar-dengar macam tu, tak tahu la betul ke tak.


Aku pernah tanya Abang Azam, kenapa dia suka snap gambar.
Dia cakap,


"Aku nak melihat dunia dari kaca mata yang boleh fokus."


Wah. Ayat amat berpuitis. Aku menulis 1000 entri pun, belum tentu dapat keluarkan kata-kata macam ni.


Teringat satu hari sebelumnya, kami berbincang di surau Kuliyyah of Pharmacy tentang modul program.


"Kita nak menjelaskan kepada para peserta kita fokus tentang ibadah SOLAT. Dan untuk itu, kita perlu ikut flow. Kita akan menerangkan tentang konsep HAMBA, IBADAH, dan kemudian SOLAT." Terang Abang Arif.




Hamba



















Kami bercakap tentang hamba.


Suatu konsep yang semua orang tahu, tapi tidak faham dengan sebenar-benar pemahaman. Kefahaman kita terhadap konsep hamba, barangkali tidak sama dengan kefahaman Nabi saw.


Apakah erti hamba?


Kata Nouman Ali Khan,


"If I made this cup, then I made it on purpose. The manufacturer of this cup, made it with a purpose."


Kita semua ada tujuan masing-masing. Tujuan yang sama, dengan jalan yang mungkin berbeza.


Objektif terbesar ialah dengan mengabdikan diri kepada Allah. Dan menjadi khalifah yang memakmurkan bumi.


Bila Abang Faizin ni bertanya kepada ahli-ahli kumpulan hampir semua tahu kenapa mereka dicipta. Khalifah, dan beribadah. Namun seperti yang disebut, konsep hamba yang kita faham, barangkali tak sama dengan konsep hamba yang Nabi saw fahami.


Pasal modul program tu, rasanya aku tak perlu tulis dalam entri ni. Tapi aku akan beri gambaran sedikit. Setiap peserta diberi sekeping kertas dan diminta melukis rekaannya. Setiap rekaan itu perlulah ada fungsi.


Setiap yang dicipta, dicipta dengan tujuan.


Itu fokus kami.


Selesai aktiviti, memang bermacam-macam gambar dan rekaan yang aku dan abang Azam dapat lihat.


1001 citarasa dan warna manusia.


Tapi aku yakin yang semua mad'u faham dan dapat hayati tentang konsep hamba dengan sebaiknya. Harap para dai'e faciteam semua dapat menghayati dengan lebih baik lagi.




IBADAH


Apakah maksud 'ibadah'?


Kata Syeikh Jaafar As-Sabhani, ibadah bermaksud,


العبادة هي الخضوع عن اعتقاد بألوهية المعبود

"Ibadah ialah proses penyerahan kepada suatu kepercayaan dengan menyembah sesuatu yang bersifat Ketuhanan. "


Ibadah ialah proses penyerahan. Pengabdian. Penyerahan diri kita kepada Tuhan secara mutlak. Penyerahan lebih difahami dengan maksud 'melakukan apa yang diminta dan meninggalkan apa yang dilarang.'

Segala apa yang diminta dan kita lakukan apa yang diminta, maka kita dikira telah beribadah.
Segala apa yang diminta dilarang dan kita tinggalkan, juga dikira kita telah menjalani ibadah.






Modul berkaitan ibadah untuk Kem Sentuhan Nurani ini ialah explorace. Ianya mengisahkan suatu perjalan si Luncai yang ingin memberi hadiah kepada rajanya yang sangat dia sayangi. Dengar-dengar modul ekspedisi ni ialah idea daripada Cik Nooreen AinNiena Rosdi.


Semasa taklimat berkenaan modul ni, rasanya dah cukup cantik. Maksud aku, dari segi susun atur dan flow modul ni memang patut dipuji. Bermula dengan pakaian, bersihkan badan, sehinggalah kepada berjumpa Raja tersebut.

Expect the unexpected.


Aku dapat kumpulan bersama Abang Azam, cik Faezah dan cik Fateen Farhati. Well, semua nya nampak lancar. Pada peringkat awal ada 2 kumpulan yang datang ke post kami di pondok kawalan.


    Kak Syu tengah membuat muka tricky



      Abang Faisal bagi taklimat kepada kumpulan Reno. Nama kumpulan tu aku 
  yang tentukan B-)


   Nama yang baju biru tu N.O.R.E.N



30 minit selepas kumpulan 2 sampai, masih tidak ada satu kumpulan pun yang sudi singgah di post kami. Sama ada abang Azam tak cukup hensem atau aku ni memang tak ada daya maskulin.

"Eh, apsaal takde orang datang tempat kita nih? Lama sangat ni. Orang kat sana tu ada buat silap la rasanya."  
Kak Faezah dah start berdialog sendiri.



Abang Azam relaks jer. Siap snap pic lagi. Semut, rumput, semua nya boleh menjadi bahan zikir untuk dia.


Then, datang 4 kumpulan secara serentak ke post kami.

"Aku rasa kat tempat kitorang ni tak ada kenduri pun. Yang datang ramai-ramai sangat ni kenapa?"  
Aku bermonolog sendiri.



Memang tak cukup tangan dibuatnya. Ada kumpulan yang baru nak buat baju. Ada yang nak makan. Ada yang nak bersihkan badan. 


Setelah disiasat oleh unit pencari pesalah yang ditubuhkan oleh aku sendiri, akhirnya kami dapat tahu yang kumpulan ***** tersilap bagi informasi pada peringkat awal. Tu yang kelam kabut sikit tu. Silap di satu peringkat, silap lah susun atur semua.


Sudahnya, ada post yang tak perlu buat sebahagian tugasan. Macam post kami, tak ada yang meminta untuk diberikan tugasan kelima, iaitu cari Puteri Pokok Cincai. Padahal abang Azam dah excited sangat dah nak buat aktiviti tu. Hehehe.




Konklusi Untuk Part 1


Untuk bahagian pertama report KSN ni, aku tuliskan sedikit sebanyak tentang apa yang berlaku pada hari pertama sehingga petang Sabtu. Secara keseluruhannya, perjalanan program sepanjang tempoh masa ni sangat-sangat memuaskan.


Terima kasih kepada Abang Ukasyah kerana selalu bagi sokongan yang selalu berbelah bahagi kepada aku sepanjang kem ni. Kepada keluarga Faciteam, terima kasih sebab sudi terima kehadiran aku ni. ^^

"Kita tak tahu, kadang-kadang kewujudan kita di dunia ni menjadi sumber inspirasi untuk orang lain bergerak ke hadapan."






Akan bersambung ke Part 2. ;-)















Wednesday 28 March 2012

Antara Nikmat dah Musibah


Semalam aku accident motor. Aku tunggang motor tu laju sangat, dan bila sampai selekoh aku tak mampu 
kawal motor tu. 


Selepas berguling-guling di atas jalan, maka sudah pastinya badan menjadi calar balar. 

Sakit.

Tapi aku tak rasa macam tu musibah. And aku tak rasa kita semua tak patut rasa ujian Allah tu musibah.

Contoh, kita anak perempuan. Keluar malam-malam. Balik pukul 12. Sampai rumah, ayah tengah tengok TV sama-sama dengan adik beradik lain. Ayah tak marah langsung. Rilek jer.

Hari esoknya, kita balik pun 1 pagi. Ayah masih tak marah. Bahkan bila kita minta duit nak pergi jalan-jalan dengan kawan-kawan, dia masih beri.

Kalau anda semua, anda nak macam ni ke? Silap kita tak ditegur. Nikmat pula yang makin bertambah.

Sama la macam Tuhan.

Di saat aku berguling-guling tu, aku hanya mampu kata,
"Alhamdulillah!"

Dan sehingga saat ni, masih tak terpacul keluar "Innalillah" dari mulut aku.

Dan Allah Azza Wajalla, Dia memberikan kepada kita kemanisan dalam sebuah kepahitan, yang kadangkala kita tak sedar benda tu manis.













"Assalamualaikum." Aku masuk sambil ketuk pintu.

"Waa'laikumussalam. Masuklah." Tersenyum doktor pandang aku.

Aku pun tengok muka Doktor tu. Macam kenal.

"Eh? Macam kenal jer Doktor nh. Pernah jumpa kan?"

"Ye ke? Kat mana ek?? Tak ingat pula saya." Muka Doktor macam hairan.

Bila aku duduk di atas kerusi tu, aku tengok nametag dia. "Zulhusni Abdul Halim". Sah sah ni abang yang aku jumpa masa pergi usrah IKRAM dulu!

"Errmm, abang ni kawan abang Tono kan? Betulla saya pernah jumpa abang dulu. Masa tu dekat office IKRAM. Kita usrah pasal pengenalan tentang ISK."

"OH, ni anak buah Tono la yek?"



Aku pernah jumpa abang Zulhusni sekali masa pergi join usrah IKRAM. Tak sangka pulak boleh jumpa lagi hari ni. Bertuah aku.


Lecturer pun ada call tanya keadaan aku.
"Assalamualaikum. Faizin, enta okay tak ni.? Ana dengar enta eksiden motor. Okay tak?" 


Ayah aku yang jarang sekali call aku, lepas tu terus call aku bila dapat tahu cerita dari mak aku.
"Assalamualaikum. Ijin, ayah dengar Ijin eksident. Bila kena? Apsal tak telefon ayah?"



And aku baru ni ada gaduh sikit-sikit dengan sahabat aku. Tapi bila aku sakit, dialah yang susah payah bawa aku ke HTAA.

Dan aku jumpa Abang Irwan and isterinya. Satu usrah dalam faciteam. Aku tak tahu kenapa, tapi bila tengok wajah ahli-ahli faciteam, rasa sejuk hati. Rupanya, memang ada sesetengah sahabat kita, yang bila jumpa mereka, teringat agama, teringat dakwah.

Hanya dengan melihat wajah.

Sejuk hati.

Kita tak tahu, rupanya kita menjadi inspirasi untuk orang lain terus berjuang.

Manusia, bila mereka mendapat kenikmatan, mereka sangka,

 "Tuhan tolong aku ni. Tuhan muliakan aku!"





A015

(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"


Dan bila dia mendapat kesusahan,

 "Apsal la Allah bagi aku ujian macam ni rupa. Apa la salah aku..!"




A016

Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"



Tuhan kata, KALLA!!


"Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). "


Bila Allah beri musibah, tak bermakna Allah benci kita.

Bahkan, bila Allah beri nikmat, tak semestinya Allah sayangkan kita.

Sifat Tuhan, dalam sebuah ujian yang kita sangka 'musibah' pun, masih banyak perkara manis yang boleh kita dapat. 

Kemanisan yang kita tak jumpa dalam sebuah 'nikmat'.

Bersyukurlah wahai manusia.

"Dan (ingatlah) tatkala Rab (Tuhan) kamu memberi peringatan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya ditambahkan (nikmat) kepada kamu, dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku (Allah) sangatlah pedih.” 
(Ibrahim:7)