Wednesday 14 December 2011

A Woman Who Loves YOU

One woman loves you

she loves you with all her heart 
everyday, she follows you like a shadow 
she is laughing but actually crying

How much longer that i must continue for you to love me? Come closer a little bit more
when i take step closer , you run away with both feet
i who loves you , even now im at your side 
that woman is crying
that woman is very timid 
so she learnt to laugh 
there are so many things that she can't tell her closest friend 
that woman's heart is full of tears 
so that woman said that she... Loved you because you were the same
another fool , another fool
won't you hug me once before you go? I want to be loved my dear , 
everyday in my heart , in my heart 
i shout out 
that woman is beside you even today

Do you know that woman is me? Don't tell me you know and are doing this to me? But you won't know because my dear , you're a fool

How much longer that i must gaze at you like this alone? This foolish love , this miserable love 
come closer a little bit more 
when i take a step closer you run away with both feet 
i who loves you , even now im at your side. That woman is crying.



.
.
A girl wrote this poem. A friend of mine.

And I understand this feeling very well.


Tuesday 13 December 2011

Cara Menikmati Nafsu: Bersyukur


Baru-baru ni aku ada pergi kem. Facilitator tanya,
"Cuba kalian semua senaraikan segala masalah yang berlaku dalam masyarakat kita dan siapa yang patut dipersalahkan!"

Kes-kes rogol dan zina yang berleluasa sampai nak catat and nak paparkan kat newspaper pun dah malas.

Kes-kes rompakan dan kecurian.

Kes minum arak.

Kes songlap duit company.

Kes anak derhaka mak, mak tinggalkan anak.

Kes cerai yang memang terlalu biasa. Lafaz talak tu dah macam cakap I LOVE YOU. Senang je nak cakap.

Dan segala macam ragam manusia yang mengundang kemurkaan Tuhan.

But then, apa kata Tuhan dalam hal ni??

"Kerosakan telah nampak di darat dan di laut kerana tangan-tangan manusia sendiri mengusahakan, supaya Dia merasakan kepada mereka sebahagian daripada apa yang mereka buat, supaya mereka kembali." (30:41)

Tuhan kata, segala masalah ni terjadi kerana tangan-tangan manusia. Tindak-tanduk manusia tu sendiri. Manusia itu yang patut dipersalahkan. Bukan Tuhan.
So, apa masalah dengan diri manusia tu sendiri?

NAFSU. Kehendak manusia.

Ya. Masalah manusia ialah nafsu.

Nafsu

Kalau kita cuba selami dalam-dalam, rasanya kita akan jumpa jawapan kepada segala permasalahan yang membelenggu manusia selama ni. Hampir 1001 masalah itu timbul disebabkan kerakusan nafsu manusia sendiri.

Nafsu itu rakus.

Sebab nafsu inginkan dunia ni untuk kita sendiri.



"Ohh..kalau macam tu, kita tak boleh nikmati or puaskan nafsu la, macam tu??"

Nafsu bukan tak boleh dinikmati langsung. Tapi dengan kadarnya.


Pesanan Habib Ali Al-Jufri

Suatu hari Ali Bin Abi Talib ra ditanya tentang minuman jenis apa yang dia suka untuk berbuka puasa. Pada ketika itu, orang-orang zuhud tak suka minum minuman sejuk.

Jawab Ali,
"Aku suka minuman yang sejuk. Kerana ia mengingatkan aku tentang keagungan Tuhan dan membuatkan aku bersyukur."






Saat seorang hamba yang sangat-sangat dahaga kepanasan, dia mendapat air sejuk lalu dia berkata;
"Alhamdulillah...!!!!"

Hatinya penuh dengan kekaguman terhadap Tuhan dan memuji-muji Tuhan. Walau dengan segelas air sejuk.

Apa konklusinya??

Buatlah apa yang kamu mahu, asalkan apa yang kamu buat itu dekat dengan redha Tuhan.!!

Orang yang bertaqwa itu, dia memiliki rumah banglo yang mewah. Tapi rumah dia yang mewah itu membuatkannya nampak kebesaran Tuhan. Ada yang rumah kecil, tapi dia tak nampak apa-apa pun. Tak ada kebesaran Tuhan pun.

Ada lelaki itu, dia mengejar isteri yang cantik. Dan akhirnya dia mendapat isteri yang sangat cantik. Isteri yang cantik itu membuatkan dia takjub dan kagum dengan kebesaran Tuhan.

Kahwinlah 4 sekalipun. Kejarlah harta bergunung pun. Terimalah pangkat hatta sebagai PM pun. Selagi kamu rasa apa yang kamu dapat itu dekat dengan keredhaan Tuhan.
Itulah cara menikmati nafsu yang sebenarnya.

Jika nafsu yang kita nikmati itu tak dapat mencapai keredhaan Tuhan??
Jika nafsu yang kita nikmati itu membuatkan kita jauh daripada Tuhan??

Berdoalah agar kita dijauhkan daripada segunung emas sekalipun, jikalau emas-emas itu membuatkan kita jauh daripadaNya..!!!








Saturday 10 December 2011

Ihsan; Sesuatu yang hilang.

Kita mulakan pembacaan entri kali ni dengan bacaan basmalah.

Then, kita teruskan entri ni dengan hadis tersebut,


Daripada Saidina Umar r.a beliau berkata: " Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang sangat putih bajunya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda-tanda perjalanan jauh dan tiada seorangpun di antara kami yang mengenalinya sehingga dia duduk di hadapan Rasulullah s.a.w. Lalu dia merapatkan lututnya ke lutut Rasulullah s.a.w dan meletakkan dua tapak tangannya di atas dua pehanya, lantas dia berkata: 


"Wahai Muhammad! Ceritakan kepadaku tentang Islam." Lalu Rasulullah s.a.w menjawab: " Islam itu ialah kamu menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, kamu mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji jika kamu mampu mengerjakannya." lelaki itu berkata: " Benarlah kamu!" Kami merasa hairan terhadapnya; dia bertanya dan dia juga membenarkannya.


Lelaki itu berkata lagi: " Ceritakan kepadaku tentang iman. " Baginda s.a.w bersabda: " Bahawa kamu beriman dengan Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari kiamat dan kamu beriman dengan kadar baik dan burukNya. " Lelaki itu berkata: " Benarlah kamu! "


Dia berkata lagi: " Ceritakan kepadaku tentang ihsan. " Baginda s.a.w menjawap: "bahawa kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya. Jika kamu tidak melihatNya, sesungguhnya Allah melihat kamu. "


Lelaki itu berkata lagi : " Ceritakan kepadaku tentang kiamat. " Baginda menjawab: " Tidaklah orang yang ditanya mengenainya (kiamat) lebih mengetahui daripada orang yang bertanya (maksudnya kedua-duanya tidak mengetahui tentang bila berlaku kiamat). "



Lelaki itu berkata lagi: " Ceritakan kepadaku tentang tanda-tandanya. " Baginda menjawap: " Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila kamu melihat orang yang tidak berkasut, tidak berbaju, miskin dan pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan. " Kemudian lelaki itupun pergi. Maka akupun menunggu beberapa hari. Kemudian Rasulullah s.a.w berkata: " Wahai Umar! Tahukah kamu siapakah orang yang bertanya itu. " Aku menjawab: " Allah dan RasulNya lebih mengetahui. " Sabda Rasulullah s.a.w: " Sesungguhnya dia adalah Jibril. Dia datang untuk mengajar kamu tentang agama kamu. "


Rukun Iman yang kita belajar daripada sekolah rendah tu, diambil daripada hadis ni. Rukun Islam pun diambil daripada hadis ni.

Rukun Ihsan?? Ada tak benda macam tu?

Kita terlupa pasal tu sebenarnya. Sebenarnya, ada sebab Ihsan ni termasuk sekali dalam hadis Nabi SAW yang masyhur tu.

Kita belajar tentang Islam. Ucap kalimah syahadah,solat, puasa, zakat, haji.
Kita belajar tentang Iman. Beriman kepada Allah, Nabi, Malaikat,  Kitab, Hari kiamat dan Qada' dan Qadar Allah.

Tapi kita terlupa tentang Ihsan.
Well, what is this so-called Ihsan anyway??



Ihsan:The Missing Piece




                                                                   
                                                                       missing...




Jom check diri kita.
Sembahyang sudah.
Puasa sudah.

Zakat sudah.
Haji sudah.

Tapi kita masih tak dapat ubah diri kita. Tak, kita masih tak berubah. Masih dengan akhlak yang sama, kelemahan yang sama, dan kita hidup dengan keburukan diri kita tu bertahun-tahun.

Dan kita keburukan(sayyiah) diri kita tu akan dihisab oleh Allah Azza Wajalla.

Apa sebab kita dah beramal tapi tidak menjadi soleh??

Sebab kita tidak  membayangkan seperti kita melihat Allah, dan Allah seperti melihat kita.

Dan itulah IHSAN.

Ketika bersembahyang, kita tak pernah bayangkan Allah melihat gerak geri kita. Hati kita bertumpu kepada yang lain.

Masa kita puasa, kita ikut orang. Masa kita puasa sunat, terutama masa hari-hari sunat berpuasa, kita selalu tanya, "Amir,ko puasa tak esok? Esok hari Asyura. Kalau ko puasa aku puasa.."

Masa kita berzakat, kita bayar zakat sebab kita tau cukai pendapatan kita akan dipotong sikit dengan bayar zakat.

Masa kita pergi haji, kita nak dapatkan title 'Tuan Haji.'

Di mana Allah di hati kita??

Ihsan mengajar kita hidup dengan berpaksikan Allah.

Bila beribadat, kita nak tunjuk kepada Allah, bukan orang lain.
Bila kita rasa nak buat dosa, kita tahu Allah nampak kita.

Ihsan ialah asas yang melengkapkan IMAN dan ISLAM.

Kenapa kita terlupa ea??





Tuesday 6 December 2011

Kita Dan Pandangan Manusia. Pandangan Allah Macam Mana Pulak??

Secara jujur, aku tengah dalam tahap nak ubah diri aku secara keseluruhannya. Blog aku pada tahap ni akan akan banyak unsur-unsur dakwah, sebab sementara aku rasa aku dapat kemanisan iman, aku nak share dengan orang lain. Kalau tenggelam semula nanti, aku harap akan ada seseorang yang akan tarik aku semula ke alam nyata.

Alam nyata ialah alam yang dilihat dari sudut nabi-nabi dan orang soleh lihat. Tu lah hakikat sebenar dunia ni.
Alam tak nyata ialah apa yang orang biasa lihat. Ianya tak nyata sebab ianya adalah tipuan semata-mata.

So aku nak ulas pasal pandangan manusia and sejauh mana ianya effect diri kita.

"Kalau aku nak BERUBAH, apa pandangan orang kat aku? Nanti orang lain cakap apa pasal aku? Kalau kawan-kawan aku tinggalkan aku, macam mana??"

Senang jer nak jawab.
Kalau kita tak berubah, and Allah tinggalkan kita, macam mana??

Rasanya kita tak pernah peduli pun apa pandangan Allah terhadap kita. Okay. Katakan la kita nak berubah. Then pagi tu kita bangun awal nak sembahyang kat masjid. Kita pun dengan penuh kesejukannya berjalan menuju masjid;kira dah habis gigih la ni.

Kita pun sembahyang la.

Lepas kita sembahyang,
"Eh Ramli Marsudin, ko buang tabiat ke apa datang masjid subuh-subuh ni? Sebelum ni aku tak pernah nampak ko pun...."

"Ko nak berhenti smoking? HAHAHHAHAHHA. Kelakar gila doe. Aku bleh bet 100 ko akan ulang balik smoking kau."

"Eh hari tu aku nampak ko pakai kopiah kat mall. Dating ngan awek ko pun pakai kopiah eh?"

Then benda tu tersebar,
"Weh hari tu aku nampak Putri pakai tudung la kat mega."

"Serius?? Bukan dia dulu rupa dah macam pelacur ke?? Aku rasa dia tu memang dah tak suci dah pun..dia pakai tudung tu mesti sebab bunting da, nak cover terlanjur la tu...HAHHAHAHA"

Yup. Setiap orang yang ada di sekeliling kita boleh cakap 1001 cemuhan pada kita. Sebab kenapa dicemuh? Sebab ianya berlainan dengan adat.
Kalau macam aku yang persekitaran aku ada budak-budak yang base islamic dia tinggi, aku akan dicemuh kalau aku buat benda-benda jahat.
Kalau aku ni dalam persekitaran budak-budak jahat, aku akan dicemuh kalau aku buat benda-benda baik.

Pandangan orang berbeza mengikut persekitaran. Dan kebanyakan pandangan manusia tu membawa ke neraka.

Tapi korang kena ingat,
Kalau korang tak berubah sebab mereka dan akhirnya korang masuk neraka, apa yang korang boleh buat??
Nak salahkan mereka? Boleh ke kita kutuk mereka and cakap di hadapan Allah SWT dan menjadikan mereka sebagai alasan kita melakukan maksiat?

Kita dah ada dalam kubur, peluang kita nak bertaubat sudah tertutup.

Sedang mereka berada di atas dunia,mereka masih berpeluang bertaubat.

Berbaloi ke masuk neraka dengan semata-mata mempertahankan pandangan manusia??

Aku tak sanggup.

And betul, ada jugak budak-budak dalam course aku ni yang kutuk aku, terutamanya muslimah la. Aku ketua kelas. Korang bleh nampak every single kesalahan yang aku buat. Pemimpin ni biasanya peribadi dia semua orang nak pandang. Semua orang akan jumpa kesalahan, tapi kebaikan kita tak ada orang nak ingat.

Betul. tak ada orang nak ingat.






Ingat senang ke nak berubah?

Well, it obviously tasted like hell.
Tapi aku rela rasa neraka dunia daripada rasa neraka akhirat.

Tak senang nak berubah. Korang tengok, aku buat blog islamik. Korang ingat aku baik sangat ke? Tak. Aku tak baik mana pun. Aku pun macam korang. Nak smoking. Nak bercinta. Nak bergayut malam-malam. Nak dating ngan awek. Aku pun jeles gak tengok member-member aku dating sana-sini dengan awek cun diorang. Jeles gila kot. Aku pun manusia yang ada hormon. Jeles dengan member-member aku yang tertulis kat profile diorang "In a relationship with apa yang bakal membawa ke neraka."
Susah.

Susah je nak istiqamah baca Quran. Nak puasa. Nak semayang jemaah.
Tapi aku jugak tak boleh afford untuk masuk neraka. Itu adalah kegagalan mutlak seorang manusia.

Pandangan Allah??

Tu la yang membawa ke syurga. Tu la sebab aku cuba bertahan sampai sekarang. Aku tak dapat buat banyak untuk Dia. Tak banyak pun aku sumbang untuk agama Dia. Nak balas nikmat-nikmat Dia, aku tak mampu.

Tolong aku. Kita sama-sama, biar kita dapat bertahan sama-sama. 
Siapa kat sini nak berubah? Angkat tangan.











Saturday 3 December 2011

Kalau Aku Bertaubat, Lepas tu Aku Buat Semula Macam Mana??



Ada orang cakap, 
"Kalau aku bertaubat, then aku buat semula macam mana?? Baik tak payah bertaubat terus. At the end, sama jugak. Aku tetap tak dapat nak ubah diri aku..."

:-(

Ramai orang fikir macam tu. Siap ada smiley sedih lagi. Kalau kita buat sesuatu tapi tak dapat ubah apa-apa, baik kita tak payah buat terus kan? Contohnya, kita baru lepas pergi dengar ceramah Imam Muda Fakhrul(nak cakap aku baru pergi padahal). Kita dengar ceramah dia. Then kita insaf. Rasa nak bertaubat. So kita balik umah, kita dah target dah nak ubah diri kita. Kita tak nak hisap rokok dah.

Tak sampai seminggu, kita buat balik. 

Okay, then kita menyesal. Kita bangun awal pagi, semayang tahajud, taubat, and hari tu kita puasa. Kita cuba lagi. Tambah amalan. Tambah iman. Kita taknak kalah lagi. So kita sediakan IMAN dengan secukupnya.

Selang tiga hari, kita kalah. Lagi. Kita masih merokok. Then kita cuba lagi. Pergi tazkirah sana sini. Pergi usrah. Jalan pergi bandar, kita pakai kopiah. Biar rasa malu sikit nak buat jahat. Biar tunduk sikit pandangan kalau ternampak perempuan-perempuan seksi. Amoi-amoi cina. 

Kita balik rumah. Bukak laci, ternampak rokok. Ada lagi dua batang. And then kita..
.
.
Kita kalah lagi. Fed up. Kita doa kat Tuhan siang malam, mintak sangat-sangat agar kita dapat jadik baik. Dapat tunduk pandangan bila jalan-jalan kat bandar. Dapat berhenti hisap rokok. Dapat berhenti bergayut malam-malam dengan awek. Dapat berhenti mengumpat kawan-kawan kita.

Kita harap kita dapat hentikan segala-galanya, harap masa dapat berputar and kita tak nak start hisap rokok pun. Kita harap masa dapat berputar and kita tak minum arak pun. Tak payah lah susah-susah nak ubah diri kita sekarang ni,kan??

Kenapa tuhan taknak tolong kita jadi baik?? Benda baik pun tuhan taknak tolong?? 

Truthly, kita PENAT.

Penat kan ubah diri kita?? Kita berhabis wang ringgit pergi tazkirah sana-sini, beli buku agama mahal-mahal. Apa kita dapat ek?? 



.
.
.
.


Apa kita dapat?? Takde apa-apa kan?? Kita memang dah tak boleh menang kan dengan syaitan??

Tapi kamu semua tahu satu perkara tak,

Perasan tak tadi kamu cuma dapat tahan merokok seminggu, kan?? Hari ketujuh kamu kalah. So 6 hari kamu tadi kita panggil apa ek??

Kamu menang selama enam hari.

Kamu cakap kamu pergi tazkirah, beli buku-buku agama, kan? Kamu bukak blog-blog agama dan blog aku kan??

Bukan ke tu kemenangan kamu??

Setiap kali kamu berjaya membuat sesuatu usaha, kamu dah catatkan satu kemenangan.

Whooaa. Kira nya hati kamu ni silap la jadik pengadil. Kamu ingat kamu kalah. Rupanya kamu dah menang banyak da..

Sebab tu kita kena ingat, Allah tak pernah tengok hasil akhir. Allah tengok apa yang kamu buat untuk sampai kepada agama dia. Kalau Allah nak tengok hasil akhir, aku rasa Nabi Nuh AS dah lama kalah. Baginda kan gagal membawa kaumnya ke agama Allah, sehingga kaumnya akhirnya ditenggelamkan?

Tapi baginda menang, kerana usaha baginda beratus-ratus tahun.

Sama juga kita. So setiap satu perkara baik yang berjaya kita lakukan, kita mendapat satu kemenangan. So jangan berputus asa.

.
.
Jangan berputus asa untuk berubah tau. Tau??

Janji ea??

Janji ea kita akan sama-sama berusaha untuk berubah??

Kamu semua dan saya. Jom jom.
.
.

.



HR. Bukhari, Muslim melalui Abu Hurairah r.a
Rasulullah Saw bersabda tentang apa yang Beliau terima dari Allah SWT berkata:
Seorang hamba Allah melakukan dosa lalu berdoa:
'Wahai Tuhanku! ampunilah dosaku'

Allah SWT berfirman: hamba-Ku telah melakukan dosa, tetapi dia tahu bahwa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau menghukumnya karena melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: wahai Tuhanku! ampunilah dosaku.

Allah SWT berfirman: hamba-Ku melakukan dosa, tetapi dia tahu bahwa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau menghukumnya karena melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: wahai Tuhanku! ampunilah dosaku.

Allah SWT berfirman: hamba-Ku melakukan dosa, tetapi dia tahu bahwa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau menghukumnya karena melakukan dosa. Oleh karena itu buatlah sesuka hatimu, Aku akan ampuni dosamu.

Hamba tersebut berkata: "aku tidak tahu hingga kali ke tiga atau ke empat aku meminta ampunan, tetapi Allah SWT tetap berfirman: 'buatlah sesuka hatimu, Aku tetap akan mengampuni dosamu'".





















Kenapa Ramai Orang Tak Endah Pasal Taubat.

Dalam entri ni aku nak ulas pasal taubat. Ramai orang cakap pasal tutup aurat, jangan minum arak, etc etc, tapi tak ramai orang bercakap pasal taubat. Antara ahli agamawan sendiri pun tak banyak yang bercakap pasal taubat. Biasanya kami bercakap pasal perkara yang kami tak buat. Contohnya aku perempuan and aku pakai tudung, boleh la aku sound orang yang tak pakai tudung, kan?

Same goes for taubat. Sebab tak ramai agamawan yang bertaubat, so dey'all tak boleh la nak ulas panjang-panjang bab taubat ni. Nanti kena maki.

Biodata Taubat
Kata Al-Imam Ibnu Qayyim taubat bererti:

 فحقيقة التوبة هي الندم على ما سلف منه في الماضي، والإقلاع عنه في الحال، والعزم على ألا يعاوده في المستقبل 

"Pada hakikatnya taubat bererti menyesal terhadap maksiat, mencabut terus dosa itu daripada diri kita, dan berazam untuk tidak mengulang lagi pada masa hadapan."

Sebab itu kita tengok, ramai orang setiap kali selepas sembahyang dia beristighfar, mungkin 100x setiap kali lepas sembahyang. Tapi roh taubat itu tidak ada dan dia masih di takuk yang lama. Masih lagi dengan mengumpatnya, mengejek orang nya. Sebab rasanya ulama tak pernah pun tafsirkan taubat tu denagn hanya perkataan di bibir.

Action speaks louder than words.

Analoginya:
Aku masak megi pada waktu malam. Kat luar hujan. Sejuk. Maggi tu megi kari. Ada telur, cili, sayur dan udang sikit. Cili kasi banyak sikit la, baru best. So sebelum aku makan, aku cakap kuat-kuat,
"Aku nak makan megi."
.
5 minit berlalu, aku masih tak jamah pun megi aku.
"Aku nak makan megi nih!!!" Dengan muka riang dan melaungkan sekuat hati aku nak makan megi, tapi aku masih tak makan lagi. Masih tengok lagi megi tu. Padahal depan mata aku je.

Kemudian aku laungkan aku nak makan megi lagi 100x pun, aku tak makan lagi megi tu. Sian, kembang megi.

Macam tu jugalah taubat.  Rasanya semua dah faham maksud aku. Taubat bukan lafaz. Taubat ialah tindakan, yang tujuan utamanya untuk membuktikan keapda Tuhan yang kita sanggup berubah demi Dia.

Kita mungkin tak sedar, melakukan taubat itu wajib. Dan menangguhkan taubat itu berdosa. 
Sudahlah dosa kita ni dah memang terlampau banyak dan tak dapat dikira, ni dapat pulak dosa sebab tak bertaubat. Aduhyai. Malangnya nasib..



عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : قَالَ اللهُ تَعَالَى : يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَاكَانَ مِنْكَ وَلاَ أُبَالِي، يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوْبُكَ عَنَانَ السَّماَءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ، يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ اْلأَرْضِ خَطاَياَ ثُمَّ لَقِيْتَنِي لاَ تُشْرِكْ بِي شَيْئاً لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً

[رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح ]


Dari Anas Radhiallahuanhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Allah Ta’ala berfirman: “Wahai anak Adam, sesungguhnya Engkau berdoa kepada-Ku dan memohon kepada-Ku, maka akan aku ampuni engkau, Aku tidak peduli (berapapun banyaknya dan besarnya dosamu). Wahai anak Adam seandainya dosa-dosamu (sebanyak) awan di langit kemudian engkau minta ampun kepada-Ku niscaya akan Aku ampuni engkau. Wahai anak Adam sesungguhnya jika engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiku dengan tidak menyekutukan Aku sedikitpun maka akan Aku temui engkau dengan sepenuh itu pula ampunan “
(Riwayat Turmuzi dan dia berkata : haditsnya hasan shahih).

Allah menunggu kita untuk bertaubat. Pada waktu siang dia membuka 'tanganNya' dan menunggu untuk memberi keampunan kepada orang yang bertaubat pada waktu malam. PAda waktu malam dia menunggu orang pada waktu siang untuk bertaubat.

Kenapa kita tak rasa kasih sayang Allah ea?? Hmm..

He's waiting. He never bored.
Until 50 years. Or 60 years. He's waiting n wating.


So kita nak ke biarkan Dia tunggu lebih lama lagi??
Allah kasihan kat kita. Tapi kita tak kasihan kat diri kita.
So entri pertama ni aku nak memperkenalkan Taubat kepada korang. Sahabat kita yang kita dah lama lupa. Nama dia Taubat. Siapa yang sudi berkawan dengan dia, bos Taubat akan bagi kita rahmat yang tak terkira.

Aku perkenalkan taubat ni dulu. Lepas ni aku ajar macam mana kita nak berkawan dengan dia. Mana nak cari dia. Apa kepentingan dia terhadap hidup kita..



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ نُورُهُمْ يَسْعَى بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: “Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”. (QS, 66:8)



We'll continue in the next part. ;-)

 

Wednesday 30 November 2011

Trick Nak Berubah Menjadi Baik

Hari ni kembali ke segmen tentang bagaimana nak mengaplikaskan taubat dalam hidup kita. Trick ni diilhamkan dan diekstrak dan dicipta daripada sebuah dalil syarak yang masyhur,


 من جاء بالحسنة فله عشر أمثالها 
  "Siapa yang mendatangkan satu kebaikan maka baginya sepuluh kebaikan"

Sebab banyak di antara kita yang diberi tazkirah, baca artikel-artikel islamik, tapi masih tak dapat nak mengaplikasikan keinsafan walaupun perasaan nak bertaubat tu timbul. Kita asyik berulang-ulang buat amalan yang sama and kesilapan yang sama. Kadang-kadang kita dah berdoa setiap hari minta ampun, and minta agar Tuhan ubah diri kita, tapi kita masih tak berubah. Dan itulah isunya sekarang ni.



Cara kita nak ubah diri kita macam ni,

"Setiap kali kita buat dosa=Satu amalan ISTIQOMAH"

Katakan, aku rasa aku dah menipu kawan aku. So aku akan tambah dalam daily routine aku, setiap kali lepas makan tengah hari aku akan istighfar 11 kali.

See, benda ni nampak simple and boleh dipraktikkan. Realistik. And and antara kelebihan dia, semakin kita banyak buat dosa, kebaikan yang kita buat akan sentiasa bertambah.

Kita bukan tipu orang setiap hari. Tapi once kita dah tipu orang, kita akan bertasbih selepas sarapan 11 kali sampai akhir hayat kita.
Kita bukan dengki kat orang setiap masa. Tapi once kita rasa dalam hati kita timbul perasaan dengki tu, kita akan baca Al-Quran satu muka surat selepas Subuh sampai kita mati.

See, dengan cara ni for sure pahala kita akan overcome dosa kita. Yeay!! ^_^

And bagi para pendosa yang banyak buat dosa, memang kena tambah-tambah banyak gila ah dalam list 'amalan istiqomah' mereka. 

So sesiapa yang terbaca blog ni, harapnya dapat ambil pengajaran la and cuba mempraktikkan cara yang diilhamkan Allah swt kepada aku ni. Allah Azza Wajalla, Penguasa seluruh alam ni.

We pray.
We beg Him for His Forgiveness.
But guys,you know what??

"Action speaks louder than words".

So start acting right now. May Allah bless. ;-)






Tuesday 29 November 2011

Lagi Topik Pasal Kawin

Aku tak tau kenapa aku tulis lagi entri pasal kawin ni. Jangan tanya aku kenapa. Ni semua sebab kawan aku nama Husnul Hadi.

Okay, petang semalam aku macam nyakat-nyakat la Hadi dengan buah ati dia Nisa. Dia memang cair gila kot dengan Nisa. Tapi sekarang tak dah kot. Dia cakap dia dah tobat nak stadi jer. Tak main la jiwang-jiwang ni. Masalahnya aku tak tobat lagi. Then Ustaz Azhar Jaafar lalu depan aku. Dia macam pandang lama. Then Hadi cakap kat Ustaz,

"Ustaz, ni Faizin gatal ni, dia cakap dia nak kawin dah. Sound dia sket Ustaz.."

"Ha?? Betul kamu nak kawin dah Faizin?" Ustaz Azhar dengan muka mengacahnya. Dia memang kuat nyakat orang.

"Ish...takde la Ustaz. Gila ke apa saya nak kawin. Umur saya ni baligh pun belum tentu lagi Ustaz." Aku jawab acuh tak acuh. Aku tak cakap aku nak kawin pun!

"Faizin, enta dah ada calon?"

Keharusan Yang Dibolehkan Dalam Agama


"Err...saya ni ada la calon ustaz. Tapi tak tau la plak dia jadikan saya sebagai calon ke tak(nampak sangat bertepuk sbelah tangan tu)".

"Bagus la tu. Adik Ustaz pun kawin umur-umur macam kamu juga. Baru tahun lepas dia kawin. Ustaz pun kawin masa umur-umur macam kamu juga. Okay je. Takde masalah. Yang penting niat kena betul." Ustaz Azhar kira nak galakkan kawin masa belajar la ni.

"Tapi Ustaz, nikah gantung ni bukan senang nak buat. Apa kata keluarga perempuan nanti. Apa kata orang. Macam la parent saya nak setuju. Paling penting, macam la 'dia' nak setuju." Tiba-tiba aku teringat kat dia.

"Aih, kita lelaki. Kena la buat pilihan sendiri untuk hidup  kita. Memang kadang-kadang benda ni nampak macam lawan arus. Orang biasa kawin lepas dapat kerja semua. Tapi kawin sekarang pun tak ada salahnya dalam agama. Dan bagi Ustaz sendiri, Ustaz galakkan muda-muda macam kamu ni kawin awal. Biar kurang sikit gelora-gelora masa muda ni. Enta dah jumpa dia? Dia orang mana?" Ustaz cuba nak cungkil sikit pasal diri dia.

"Err. Saya tak pernah jumpa dia masalahnya. Tak, dia yang tak pernah jumpa saya pun. Saya pernah nampak dia. Dia duduk jauh. Selangor. Pernah ternampak pun masa kitorang ada program."

"Kalau macam tu, enta kenalah pergi rumah dia. Bincang macam mana. Yang penting ayat la. Lelaki kan pandai main ayat."

" Tapi Ustaz, benda macam ni PERLU ke buat masa sekarang. And BETUL ke kalau saya kawin umur macam ni?" Aku cuba ajukan persoalan yang memang semua remaja akan terfikir soalan ni.

"Ustaz rasa benda ni BETUL dan Ustaz sokong enta 100%. Ustaz boleh support duit sikit-sikit pun kalau enta nak, setakat beli-beli cincin tu. Tapi sama ada PERLU atau tidak, tu enta kena tanya diri enta sendiri."
Ustaz Azhar menutup perbincangan kami hari tu.

Antara BETUL atau PERLU

Betul dalam konteks keadaan kawin masa muda ni, ialah keharusan perkahwinan ni dalam agama. Malahan Nabi saw pun pernah menyuruh seorang pemuda untuk berkahwin. Banyak hikmah yang ada dalam berkahwin masa muda ni.

Tapi banyak juga keburukan yang bakal menyusul kalau keharusan itu tidak diguna dnegan baik.

Perlu di sini memang kena dijawab oleh diri masing-masing. Sama ada dia ni dah peringkat wajib kahwin, sunat kahwin, harus kawin, and macam-macam lagi.

Ada garis halus dalam betul dan perlu ni. Bila kita nak bicarakan soal kahwin masa muda ni, la budda lana, kita mesti teliti dulu dua faktor ni. Dan aku nak tambahkan satu lagi aspek yang kita klena telitikan. Apa sumbangan perkahwinan kita tu terhadap diri kita, kawan-kawan kita, keluarga kedua-dua belah pihak, dan manusia keseluruhan secara am.

Ramai orang bila diminta pendapat tentang kahwin awal, "Tak payah lah kawin masa belajar ni. kerja entah ke mana. Nanti belajar entah ke mana, bini entah ke mana."

                                                       gambar sape ntah aku cilok

Suara Seorang Ibu


"Ibu, Ijin ada minat kat orang lah." Itu ayat pertama yang keluarga dari mulut aku masa aku telefon mak aku malam tu.

"Ha? Dengan sapa?" Dengan nada terkejut.

"Adalah. Ibu kalau Ijin cakap kat ibu Ijin nak kawin masa muda-muda ni, ibu nak cakap apa?" Aku cuba provoke mak aku. Bunyi macam aku nak kawin lari jer.

"Hah. Tak payah mengarutla Ijin. Duit belanja pun ibu yang bagi."
Cis. Berani merendahkan maruah aku sebagai lelaki. Okay lepas ni aku tak mintak duit da.

"Apa pendapat ibu? Kenapa tak boleh? Alah, nikah gantung jer. Untuk bagi permission untuk muda-mudi ni sms, bergayut, and macam-macam lagi. Tak payah la dapat anak or duduk sama-sama. Ijin rasa ni jer penyelesaian terhadap krisis yang melanda muda-mudi sekarang ni."

"Ijin, kahwin ni bukan benda kecik. Orang yang kita nak kahwin tu ialah orang yang kita nak duduk dengannya sampai kita mati. Sampai 50 60 tahun lagi. Bukan benda kecik. And kalau Ijin dengan dia setuju pun, kalau la, ada ke parent diorang nak setuju? Kita kena fikir pasal pihak perempuan. Senang-senang ke parent diorang nak lepaskan anak diorang. Anak yang diorang besarkan dnegan penat lelah, dengan kasih sayang semua, senang ke diorang nak lepaskan anak diorang ke tangan orang yang diorang tak kenal. Kita kena ingat tu. And ahli keluarga dia semua. Adik-beradik dia. Apa kata mereka? Ijin kena ingat satu benda ni;

 "Kita kahwin, bukan degan orang yang kita sayang je. Kita kahwin, kita kahwin dengan dia, adik-beradik dia, ibu bapa dia seluruh keluarga dia, dengan semua orang tu kita kahwin. Semua kita kena kenal. Sebab tu persetujuan dan keizinan semua pihak-pihak tu penting. Sebab hidup ni bukan antara kita and dia jer."

"Hidup ni bukan antara kita dan dia jer."

Wow. Mak aku ni pun agak philosophy rupanya. Patut la baka menurun kat anak. Hehheheheh.

"Ohhhh. Ijin dah faham." Aku memang setuju sangat dengan mak aku.

"Sape budak tu Ijin??" Mak aku tiba nak kenal.

"Err. Nama dia **** ***** Binti ******. Dia duduk jauh. Kat Sungai Buloh. Area Sungai Buloh la."

"Tempat Wak Min la kan?"

"Ye la kot. Dia belajar kat Penang. So, apa nasihat last ibu kat Ijin nih??."

" Kawan je la dulu ngan dia. Kenal-kenal dia. Tanya stadi dia macam mana. Makan dia. Minum dia. Dia sihat ke tak. Kenal-kenal ngan keluarga dia. Jadik kawan dulu. Nanti dah balik Jordan ada rezeki adalah. Dia pun macam Ijin. Dia pegang amanah parent dia. Betapa parent dia nak tengok dia berjaya. And ibu pun nak tengok Ijin berjaya. Ijin kata nak jadik pendakwah. So yang paling utama sekarang ialah kejar cita-cita masing-masing. Genggam betul-betul!"

"Dia pegang amanah parent dia. Betapa parent dia nak tengok dia berjaya."


Aku rasa benda ni jarang muda-mudi fikir. Apa yang couple-couple fikir ialah bercinta and menikmati pasangan masing-masing. Aku rasa bila hidup kita ni ada benda yang lebih besar untuk dikejar, kita takkan mudah tersekat dengan persoalan cinta. And kalau jatuh cinta pun, kita akan mampu guna cinta tu sebagai kuasa untuk buat kita lebih berjaya.

Aku teringat akan kami berdua.

Betapa dulu pernah berjanji akan mencapai cita-cita bersama-sama.

Betapa besarnya impian dan keyakinan kami, masing-masing mendorong antara satu sama lain untuk terus berjaya.

Dia mendorong aku untuk berjaya. Dia tak pernah menyuruh aku bercinta.

And she once said;

"Aku nak jadik seorang doktor askar yang berjaya. Lepas habis diploma ni aku nak masuk bidang perubatan. And nanti kat nama aku akan tertulis, "Kapten Dr Noor ***** Binti ******". Aku akan capai cita-cita aku ni suatu hari nanti."

And I said,

"Aku nak jadik penceramah and pendakwah yang hebat bila besar nanti. And aku nak kerja jadik Penasihat Syariah Bank Islam besar nanti. Biar lenyap RIBA dari muka bumi ni."


Berjuanglah wahai diri ini. Jangan berpatah balik.

Tuhan, aku nak pergi berjuang di atas jalan-Mu ni. Tolong jaga dia ea? =)





Friday 18 November 2011

Our PRIDE

Kadang-kadang kita tak tahu macam mana nak ukur keikhlasan kita. Bila kita buat sesuatu yang baik, kita selalu terfikir sama ada kita buat benda tu untuk Allah, atau untuk manusia pandang.

Hari tu aku kuar ngan member-member sek men aku. Tibe Qareif saja nak bergurau,
"Tet, orang cakap ko skang dah ada awek. Siap jalan-jalan kat ECM lagi. Betul ke ni Tet?? Agak-agak la Tet.."

Aku pun jawab, "Agak-agak la Qareif..aku study syariah sekarang..takkan aku buat benda camtu..."

"Oh, kiranya ko buat baik sebab ko budak syariah la..??

Aku macam terdiam kejap. Betul jugak. Aku tak tahu sama ada aku buat semua ni untuk memenuhi expectation orang kat aku, atau memenuhi expectation Allah kat aku. And bila kita jadik orang agama, kita banyak diuji oleh niat kita sendiri.

Bila kita berdakwah, orang puji kita, orang pandang mulia kepada kita, dan Allah menutup kelemahan-kelemahan kita. Kita nampak mulia di sisi orang.

Bila kita berdakwah, orang bagi harta kepada kita, sedang kita tak mengharap semua tu pada awalnya. Kita akan tanya, "Aku buat ni untuk harta ni atau untuk agama Allah??"

Dan yang paling orang agama tersilap, ialah mereka mengharapkan kemenangan, bukan kebenaran.

Oh, dialog aku ngan Qareif tadi buat aku cam startled, and aku pun fikir sekejap.
.
.

Aku rasa situasi dia sama la macam ni,

Steve Jobs            : Mat, jom kita pi clubbing sat.
Mohamad Ali        : Tak bleh la...aku budak Islam...

Yup. Korang mungkin nampak aku buat semua ni sebab aku student syariah. I have my own pride. Maruah aku tak benarkan korang memandang aku hina bila aku buat sesuatu yang bertentangan dengan syarak.

"Hari tu aku nampak Faizin dating ngan awek dia doe. Diorang tangan camni camni ha. Giler ah. Harap jer budak syariah..."



Maruah kita sebagai umat Islam pulak, kita tak boleh nampak hina di hadapan Allah, di hadapan syaitan, di hadapan manusia dan di hadapan segala yang ada di langit dan di bumi.

Macam mana kita mahu supaya tak nampak hina di hadapan semua ni.??

Dengan patuh perintah Allah.

Barulah Syaitan kagum dengan kita, bumi mengiktiraf kita sebagai khalifahm, dan malaikat menyebut-nyebut nama kita di atas sana. Kita semua ada maruah masing-masing. Maruah kita, tak benarkan kita masuk ke neraka. maruah kita, tak benarkan kita masuk ke neraka.

Kerana kita memegang maruah masing-masing. A part of me to all this as a sharia student. And you all should do this as you guys are Muslim. The pride of islam lies above your shoulder.

Banggalah sikit!! Sape syaitan nak jatuhkan kita?? Kita ni makhluk termulia di sisi Allah.

Aku bangga, aku MUSLIM.




Tuesday 8 November 2011

The One and, The Only

Ok ok. Kali ni post ni aku nak cerita pasal diri aku. Pengajaran dalam entri ni kurang sikit. So kalau korang tak nak baca, it's okay. (lagipun maybe entri ni agak jiwang)

Hari ni aku dapat hadiah bufday. ^_^

Hadiahnya berupa..
.
.
.

Rahsia la. Mana boleh beritau.

Hari ni aku dapat the one and the only birthday present tahun ni.

Hadiah ni diberi oleh the one and the only friend yang aku sayang sangat-sangat tapi tak pernah berjumpa face to face pun.

She is the one and only person who named herself STAR in my entire life.

She is first one yang bagi aku parcel/bungkusan sepanjang aku hidup 18 tahun guna POS Malaysia.

And bermacam-macam perkara lagi la yang cuma ada tentang dia.







To many things that is indescribable.
I think that's enough.

Kan. = )



Sunday 6 November 2011

Enemy/Nemesys Is Very Essential in Our So-Called L.I.F.E

Hello Guys and Girls. Gays are excluded.
Kita jumpa lagi dalam blog yang mengajar kita cara-cara untuk jadik matang.

Dalam hidup kita, mesti ada orang yang kita benci. Ada orang yang kita jadikan sebagai musuh. Ada orang yang kita nak buruk-burukkan kat belakang kita.

Bila orang tu dapat sesuatu nikmat, kita panas punggung.
Bila orang tu kene musibah, GOD is in our side.

Well, pihak yang kita tak suka itu dipanggil MUSUH.

Kepentingan Musuh dalam hidup KITA

Musuh ialah benda asas yang akan ada dalam setiap benda yang ada unsur politik. Contohnya, PAS dengan DAP dengan PKR sanggup bersatu untuk tumbangkan UMNO. Muhajirin and Ansar bersatu untuk tumbangkan kafir Quraisy.
Di sini, musuh menyatukan manusia.

Musuh menaikkan kreativiti manusia ke tahap tertinggi untuk menjatuhkan lawannya. Kita dapat lihat macam mana pahlawan-pahlawan Islam terdahulu begitu licik, cilik dan cerdik berfikir menggunakan keintelektualan yang ada untuk menjatuhkan orang kafir.Kita belajar daripada sejarah, bahawa Sultan Muhammad Al-Fateh itu gah dengan namanya, dan gah juga dengan kapal-kapalnya yang belayar di darat.

Musuh memberi manusia objektif. Objektif sebilangan besar umat Islam di dunia ini ialah untuk membebaskan Al-Aqsa daripada cengkaman Israel. NGO-NGO diwujudkan dengan satu objektif yang sama, untuk menghancurkan Israel. Thanks to the Israelians, the umat Islam now had united to bring you'alls to the lowest doom you've ever think of.

So, rasanya kita dah nampak apa kepentingan musuh di dalam hidup kita.
.
.
.


Kita semua perlukan musuh. Tanpa musuh, kita hanya bertarung dengan diri sendiri. 










Adakah musuh itu perlu?? Ya. So, kita kena kenalpasti musuh-musuh kita.

Orang-orang muttaqin itu, musuh utama mereka ialah Syaitan Laknatullah dan nafsu yang tidak dikawal.
Orang-orang ahli maksiat itu, musuh mereka ialah pegawai-pegawai JAKIM yang sudah lanjut umurnya.

Siapakah musuh-musuh kalian??

Sungguh sebahagian BESAR manusia menjadikan rakan-rakan, sahabat handai mereka sebagai musuh mereka. Mereka mengeji orang-orang yang dekat dengan diri mereka, mereka mengumpat orang-orang dalam kalangan mereka sendiri.

Mereka terlupa ada musuh yang jauh lebih utama di Al-Aqsa sana yang lebih perlu diumpat, dimaki dan dicerca berbanding rakan-rakan merela.

Wahai penghina manusia, tidakkah kalian berfikir??

Pilihlah apa yang kalian ingin jadikan sebagai musuh.





Friday 28 October 2011

Sifat Asas Sesuatu Musibah



Pernah tak korang hilang barang?? Aku pun ada gak hilang barang. Ni nak citer nih.


Ada Satu Cerita
Masa tu aku kat umah. Cuti seminggu. And masa tu tiba-tiba rasa macam iman meningkat+ rasa macam banyak berdosa+rasa macam nak bertaubat. And aku pun tambahkan amal-amal sunat aku.
Satu hari lepas aku semayang jumaat masa hari Jumaat, aku semayang taubat 2 rakaat. Mintak keampunan. Mintak pencerahan. Mintak lah apa-apa yang boleh aku mintak. Tapi masa tu azam untuk berubah memang tinggi giler.

Lepas aku balik umah jer, aku lepak-lepak, carik makanan, peluk-peluk Tompok, bukak FB, and hidup seperti manusia biasa. Then masa aku nak siapkan borang pendaftaran untuk aku masuk IKIP, aku perasan yang fail biru aku hilang.



Fail aku yang warna biru. 
Korang nak tau apa ada dalam fail tu?? Nak??
- IC sementara aku(aku buat IC baru masa tu)
- Sijil SPM
- Sijil KIBA

- Sijil lahir
- Surat berhenti sekolah
- Segala macam maklumat pasal akaun Maybank, CIMB, and bank Islam aku which means aku taktau berapa num akaun aku pun..!!!

-And macam2 lagi.

This was totally.,..urg...UNBELIEVABLE. Lusa nak daftar kolej. Aku takde IC pun nak bagi..!! Man, I was totally doomed this time.

Rasa nak meraung, melalak, semua ada. Ibu pun dah naik giler dah memikirkan sijil SPM anaknya yang dibangga-banggakan tu hilang. Kreadibiliti dia sebagai pengetua tergugat(ye ke??) Ayah takde efek, coz fail aku tak menyebabkan jualan nangka dia jatuh. So dia bleh bertenang.

Aku TAK BOLEH BERTENANG.

Rasa macam nak menangis da. Wooo...woo...fail hilang...

Tapi masa tu, aku tiba-tiba terdetik untuk serahkan urusan ni kat Allah. Sebab Dia yang buat. Pandailah dia cover untuk aku.

Nak dijadikan citer, aku jumpa fail tu hari esoknyer. Dekat kedai makan Ali, sebelah CIMB. Sebab sehari sebelum tu aku ada beli paper Utusan kat kedai tu. Masa tu, punyalah gembira jangan cakaplah.

GILER EXCITED AKU!!! Kalo boleh nak tulis " :-D x 10000000000 " dekat wall Abrahim Lincoln..

.
.
.
.
.

So apa kaitan dengan tajuk entri hari ni?? Bila aku perasan, sifat asas sesuatu musibah ialah,



"Allah menarik sesuatu daripada hamba-hambanya. Dan membuat manusia rasa 'kehilangan'."

Manusia yang putus tangan, akan rasa 'kehilangan' terhadap tangan.
Manusia yang ditimpa kematian ahli keluarga, 'kehilangan' ahli keluarga.
Manusia yang ditimpa kegagalan, dia 'kehilangan' kejayaan'.

Apakah hikmah Allah ciptakan sifat asas musibah itu kehilangan??

Supaya manusia BERTAUBAT. Ini membawa kita kepada kisah tersebut:


 "Allah amat gembira dengan taubat hambaNya ketika ia bertaubat kepadaNya melebihi kegembiraan seseorang dari kamu yang menunggang kenderaan(unta) di padang pasir yang tandus, kemudian kenderaan yang membawa bekalan makanan dan minumannya itu hilang. Ia berputus-asa. Ia berbaring di bawah naungan sebuah pohon dalam keadaan kecewa kerana kehilangan kenderaan tersebut. Tiba-tiba kenderaannya itu berdiri di sisi, lalu ia memegang tali pengikatnya dan berkata dalam keadaan yang amat gembira: ‘Ya Allah, Engkau adalah hambaku dan aku adalah TuhanMu’. Ia tersasul kerana terlalu gembira."



Riwayat Muslim.


Allah beri kita rasa kehilangan supaya kita tahu bahawa DIA kehilangan kita. Dia ingin kita kembali kepada dia. Bahkan apabila kita bertaubat, Dia berjuta-juta kali lagi gembira daripada gembiranya aku masa aku dapat fail tadi tu..!!!

Do you guys get it?? Good, now you've got it.



عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : قَالَ اللهُ تَعَالَى : يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَاكَانَ مِنْكَ وَلاَ أُبَالِي، يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوْبُكَ عَنَانَ السَّماَءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ، يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ اْلأَرْضِ خَطاَياَ ثُمَّ لَقِيْتَنِي لاَ تُشْرِكْ بِي شَيْئاً لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً

[رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح ]


Dari Anas Radhiallahuanhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Allah Ta’ala berfirman: “Wahai anak Adam, sesungguhnya Engkau berdoa kepada-Ku dan memohon kepada-Ku, maka akan aku ampuni engkau, Aku tidak peduli (berapapun banyaknya dan besarnya dosamu). Wahai anak Adam seandainya dosa-dosamu (sebanyak) awan di langit kemudian engkau minta ampun kepada-Ku niscaya akan Aku ampuni engkau. Wahai anak Adam sesungguhnya jika engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiku dengan tidak menyekutukan Aku sedikitpun maka akan Aku temui engkau dengan sepenuh itu pula ampunan “
(Riwayat Turmuzi dan dia berkata : haditsnya hasan shahih).






Kita barang Allah. Milik Allah. Jom jom balik semula kat DIA. Kompem dia gembira giler ah, ;-)



Wednesday 26 October 2011

Aku Nak Jadi Baik

Kalau ditanya kepada orang, pasti semua orang nak jadi BAIK. Baik dalam erti kata bertaqwa. Kerana orang bertaqwa itu tempatnya di syurga sana. Tapi tak rtamai yang MAMPU buat. Ramai yang tahu dan mampu.

Kalau ditanya, "Apakah hukum solat??"
Kita senang menjawab, "WAJIB."

Adakah kamu solat dan adakah kamu solat dengan sempurna??
.
.

Kita akan teragak-agak untuk menjawab.

Kita tahu solat itu WAJIB, puasa itu wajib. 




Sesungguhnya Allah telah mewajibkan beberapa fardhu  maka jangan kamu abaikannya, dan Dia telah menentukan batas-batas hudud maka jangan kamu melampauinya, dan Dia telah mengharamkan beberapa perkara maka jangan kamu mencerobohinya, dan Dia mendiamkan beberapa perkara sebagai rahmat untuk kamu bukan kerana terlupa maka jangan kamu mencari-carinya.


Sesuatu ilmu itu dinilai dari segi sejauh mana ia boleh diaplikasi dalam kehidupan.

Allah menilai sejauh mana kita boleh mempraktikkan Islam dalam kehidupan. Sejauh mana Islam itu diamal dalam amalan-amalan kita, sejauh mana sunnah Nabi Muhammad saw diikut.
Dan Allah ingin melihat di mana DIA di hati kita.
Tatkala setiap orang pernah mempunyai hasrat untuk berubah menjadi lebih baik dan lebih bertaqwa, kita dihalangi oleh suatu tembok yang dipanggil 'aplikasi'. Dan tatkala kita semakin gagal untuk aplikasikan Islam dalam hidup kita, kita semakin mudah berputus asa.

Semakin lemah dan semakin lemah, seolah-olah tidak ada daya dan tidak ada upaya. 

Kalau sesuatu itu ditimpakan oleh Allah, kita boleh bersabar. Ini musibah. Tatkala kita ditimpa kehilangan harta benda, kemalangan jiwa, kita boleh bersabar. Kita boleh lalui hari-hari kita selepas itu InsyaAllah. Mungkin halangan kita hanyalah sebuah kesedihan.

Tapi tatkala seorang hamba itu kekal dalam maksiatnya, dan tidak mampu untuk keluar daripada belenggu kejahatan itu, apakah yang dia boleh ucapkan??

Jika Allah memberi dugaan kepada kita, kita boleh bersabar.
Jika kita ini hamba yang menimbulkan masalah kepada agama Allah?? Mampukah kita berpaling kepada Allah?? Sesungguhnya Allah Maha Sabar lagi Maha Mengasihani.

Maksiat itu dugaan, bala itu juga dugaan.
Tapi cara menghadapinya berbeza. 

Kita memandang serong orang-orang melakukan maksiat, kita menghina mereka, menjauhi mereka, merasakan kita lebih mulia daripada mereka. Tapi kita tidak pernah memandang serong terhadap musibah yang menimpa orang-orang di sekeliling kita. Bahkan tangan kita terbuka untuk membantu mereka.

Aku berharap Allah tidak pernah memandang serong terhadap hamba Mu yang hina ini. Seorang pelajar syariah yang tidak dapat mengamalkan syariah. Berhujah dengan syariah tetapi maksud syariah itu sendiri mungkin tidak sampai ke hatinya. 

Aku pernah bersabar dengan dugaan-dugaanMu Ya Allah. Aku merayu agar Engkau bersabar dengan pelbagai kerenah hambaMu ini. 



 


Jangan berputus asa untuk menjadi baik. Jangan berputus asa untuk berubah.

Biar seribu orang mencerca kita, biar kita mungkin masih digelar ahli maksiat, jangan berputus asa untuk berdoa kepada Allah.

Allah bukan eksklusif untuk orang-orang bertaqwa sahaja.

Allah itu, untuk semua.

JUST BELIEVE ;-)


Monday 5 September 2011

Kita Sayangkan Dia, Tapi Maksiat Lebih Sayangkan Kita

Aku malas tol nak ulas bab-bab jiwang nih. Sebabnya, aku sendiri pun tak pernah ada makwe pun. Setakat minat orang tu ada la. Tapi aku ada fahaman sendiri macam mana mekanisme yang dipanggil 'Cinta Remaja' ni bergerak.

Meh sini aku bgtau korg apa yg ada dalam cinta muda-mudi nih.

Aku ada sorang kawan. Nama dia Jennifer(mmg nama sebenar doe). Dia ni jenis pempuan yang kiut-kiut and riang ria raya giteeewww. And nak dijadikan cerita, dia yang kiut ni kapel la dengan sorang lelaki-yang aku-lagi hensem-dari-lelaki tu. So, main kapel kapel, ajak jalan-jalan so pegang-pegang tangan. Ni aku nak ulas pasal pegang-pegang tangan.

I mean, apa yang u'alls(girls) pker bila lelaki dah start pegang-pegang tangan lu?? Seyes aku pelik. Then Jennifer cakap, biasa la tu pegang-pegang tangan. Nama pun bercinta. Well, masalahnya biasanya it's gonna end setakat kat jari-jari korang. Aku pun tanya la, "Seyes pegang-pegang tangan jep?? Peluk-peluk xde??" Aiseh..rugi r setakat pegang tangan jer...alang-alang nak buat dosa, buat betul-betul...tak dedicated tol korang nih..

 "Ermm..aku no komen pasal tu..." jawab Jennifer.

See?? Aduhaii. Kalau aku, bukan setakat pegang tangan, dah lama aku....
.
.
.
.

....................

Okay, pegang-pegang pun aku takkan buat.

The thing is, lelaki ni memang dah dicipta untuk buat jahat rosakkan kaum wanita. Can't you girls see it?? Can't you?? Then Jennifer pun admit yang Michael Skrumaker pnah ajak dia main kawin-kawin/pondok-pondok versi orang dewasa.

Aku pun tanya la, "Dah dia dah ajak ko buat benda-benda camtu, kenapa ko masih stay dengan dia??"

"Aku..aku tau dia jahat...tapi aku sayangkan dia.."

Oh MY Gay. Aku rasa perempuan ni pun nak 'buat' jugak sebenarnya. Tapi untuk menunjukkan lelaki ni keji dan durjana, so better buat-buat menolak. Baru nampak cam perempuan yg ada maruah sikit. Kan?? Kan?? Aku tak paham. Serius. Dah tau BF you jahat camtu, apsal tak pilih aku tak tinggalkan jer dia?? Sebab sayang?? Weh, mamat ni bakal buat korang beranak tiga dalam masa setahun sebelum akad nikah. Masih perlu wujud ke 'sayang' tu?? Ish, kalo aku jadik pempuan, ada lelaki yang nak buat benda-benda tak senonoh and dia mintak pulak secara terang-terangan, dah lama aku blah.

Kecuali kalo aku memang tak suka status anak dara.

Nak tau kenapa benda macam ni terjadi?? Nak tau x??

Tindakan seseorang dalam dunia ni fully based on kesensitivian dia terhadap AGAMA dia. Sebab agama itu sendiri merangkumi setiap inci aspek kehidupan, so setiap perlakuan korang akan dinilai berdasarkan kesensitivian korang terhadap agama.







Ada orang sensitive(peka) dengan perintah Tuhan yang suruh dia bertudung menutup aurat, maka dia menutup aurat (aku tak suka guna istilah bertudung, sebab banyak perempuan memang pakai tudung jer).

Ada orang berhati-hati dalam menjaga perhubungan antara lelaki dan perempuan, maka dia suka kawin terus.

Sebab tu kita akan jumpe kat dunia ni, orang berfikiran sekular, dan berfikiran agama. Sebab agamawan cakna dan sensitif terhadap hal-hal agama, tapi sekular tidak.

The problem is, kita terlalu nampak segala-galanya BIASA. Pegang-pegang tangan, biasa. Minum air kencing setan, biasa. Main raba-raba, biasa. Segala-galanya dah terlalu biasa, so buat apa nak ubah, kan?? Just follow the people la. Don't follow the rules.

So how the hell kita akan berubah?? Ohhh ya, aku rasa kita memang taknak berubah pun jadi baik.

SIAPA TUHAN dalam hati kita, kan??






Kita Yang Salah

Semenjak dua menjak ni, aku rasa macam aku dah jadik kaunselor pun ada. Ada lah dua tiga orang kawan-kawan aku yang merujuk kat aku terutama bab-bab agama and bab-bab maksiat. Tapi bab-bab agama tak banyak pun sebenarnya. Bab-bab maksiat yang banyak ditanya sebenarnya.

Well, aku ni tak lah sebaik mana. Aku rasa memang tak baik pun. Maybe sebab course yang aku ambik menuntut aku untuk menjadi tempat rujuk dalam bidang agama nih. Aku terima dengan hati terbuka jer lah.

So, nak dijadikan entri cerita, semalam kawan aku yang aku nak gelar dalam blog ni sebagai Samad, tegur lah aku dalam fb semalam. Dia member aku kat sekolah dulu. Dia skang dah masuk U r. So dia ni pun mengadu lah kat aku, cakap yang dia jadik makin teruk. How's the bad he is??

Dia cakap kat aku, suasana U dia macam ni,
- Member2 dia ramai kaki botol.
-Kaki clubbing.
-Bawak perempuan masuk bilik.

So dia rasa agak tertekan sebab temptation kat sana sangat tinggi. Aku pun tanya la, "Takkan takde langsung yang yang baik-baik?? "

"Ada. Tapi aku tak baik dengan diorang."

So, bila seseorang tu terasa dirinya akan terjebak dengan maksiat, ada 2 benda penting yang akan diorang persalahkan, iaitu:

1) Suasana persekitaran.
2)Kawan-kawan yang jahat.

Gabungkan dua-dua, dengan kata lain bermaksud dunia ni mendorong diorang untuk jadik jahat.

Amat jarang aku dengar and korang dengar bila seseorang tu berubah menjadi lebih teruk, dia akan cakap,
"Aku jadik jahat ni sebab IMAN aku sendiri lemah."

Yup. Kita selalu diajar untuk salahkan orang lain. Kita tak diajar untuk melihat sesuatu tu sebagai SALAH KITA. Sebab kenapa?? Sebab kita ni penuh dengan alasan. Tapi, aku tak salahkan diorang.





Manusia tu memang dicipta sebahagian besarnya daripada AIR. Maka apakah sifat air itu?? Cuba try test korang letak air dalam bekas, air tu mesti ikut bekas tu, kan?? So bermaksud, manusia ni cenderung untuk mengikut suasana persekitaran dia. Kalau dah susana sekeliling dia minum arak, memang peratusan tinggi jugak lah untuk dia minum arak.

Kalau suasana lelaki sekeliling dia sume kaki perempuan, memang peratusan tinggi jugaklah untuk kaki diorang betul2 jadik cam kaki perempaun(xde bulu). HAHAHA.
.
.
.

Okay, serius tak kelakar.

So, apakah main point entri nih kali ni?? Aku cuma ank cakap, kengkadang kita kena belajar untuk melawan arus. Yup, kita akan cakap, kita DIPENGARUHI. Bukan salah kita. Dah tu, salah orang lain la, kan?? Bila tanya orang, orang pun akan cakap, bukan salah depa, salah kawan2 depa. Tanya kawan2 depa, sume salahkan kawan punya kawan kepada kawan2 depa. Sampai bila kitaran ni akan habis??

Sebab, kita tak pernah salahkan diri sendiri.

Kita tak pernah nak cuba melangkah sendiri. Kita selalu tunggu orang. Tunggu sesuatu yang berubah untuk kita berubah.

So, hari ni mari kita salahkan diri kita sendiri atas kesalahan diri kita sendiri.

Kita selalu nak pilih KAWAN2 YANG BAIK, supaya kia jadik baik. Pekata kita sendiri yang jadik BAIK, so boleh la kawan-kawan kita pilih kita untuk mengajar diorang menjadi baik, kan?? Ingat, orang yang mengajar, mudah untuk menguasai apa yang diajar.

Jangan tunggu siang nak hujan untuk kita dapat mandi.

Jangan tunggu Malaysia nak ada musim salji baru kita nak belajar buat ABC.

DUNIA, tak pernah menjadi ideal untuk kita. Tapi, kita boleh menjadi ideal untuk sentiasa layak hidup di dunia.

Selamat bertahan menahan diri. Selamat berubah kepada lebih baik.

Wish u'alls luck.