Wednesday 14 December 2011

A Woman Who Loves YOU

One woman loves you

she loves you with all her heart 
everyday, she follows you like a shadow 
she is laughing but actually crying

How much longer that i must continue for you to love me? Come closer a little bit more
when i take step closer , you run away with both feet
i who loves you , even now im at your side 
that woman is crying
that woman is very timid 
so she learnt to laugh 
there are so many things that she can't tell her closest friend 
that woman's heart is full of tears 
so that woman said that she... Loved you because you were the same
another fool , another fool
won't you hug me once before you go? I want to be loved my dear , 
everyday in my heart , in my heart 
i shout out 
that woman is beside you even today

Do you know that woman is me? Don't tell me you know and are doing this to me? But you won't know because my dear , you're a fool

How much longer that i must gaze at you like this alone? This foolish love , this miserable love 
come closer a little bit more 
when i take a step closer you run away with both feet 
i who loves you , even now im at your side. That woman is crying.



.
.
A girl wrote this poem. A friend of mine.

And I understand this feeling very well.


Tuesday 13 December 2011

Cara Menikmati Nafsu: Bersyukur


Baru-baru ni aku ada pergi kem. Facilitator tanya,
"Cuba kalian semua senaraikan segala masalah yang berlaku dalam masyarakat kita dan siapa yang patut dipersalahkan!"

Kes-kes rogol dan zina yang berleluasa sampai nak catat and nak paparkan kat newspaper pun dah malas.

Kes-kes rompakan dan kecurian.

Kes minum arak.

Kes songlap duit company.

Kes anak derhaka mak, mak tinggalkan anak.

Kes cerai yang memang terlalu biasa. Lafaz talak tu dah macam cakap I LOVE YOU. Senang je nak cakap.

Dan segala macam ragam manusia yang mengundang kemurkaan Tuhan.

But then, apa kata Tuhan dalam hal ni??

"Kerosakan telah nampak di darat dan di laut kerana tangan-tangan manusia sendiri mengusahakan, supaya Dia merasakan kepada mereka sebahagian daripada apa yang mereka buat, supaya mereka kembali." (30:41)

Tuhan kata, segala masalah ni terjadi kerana tangan-tangan manusia. Tindak-tanduk manusia tu sendiri. Manusia itu yang patut dipersalahkan. Bukan Tuhan.
So, apa masalah dengan diri manusia tu sendiri?

NAFSU. Kehendak manusia.

Ya. Masalah manusia ialah nafsu.

Nafsu

Kalau kita cuba selami dalam-dalam, rasanya kita akan jumpa jawapan kepada segala permasalahan yang membelenggu manusia selama ni. Hampir 1001 masalah itu timbul disebabkan kerakusan nafsu manusia sendiri.

Nafsu itu rakus.

Sebab nafsu inginkan dunia ni untuk kita sendiri.



"Ohh..kalau macam tu, kita tak boleh nikmati or puaskan nafsu la, macam tu??"

Nafsu bukan tak boleh dinikmati langsung. Tapi dengan kadarnya.


Pesanan Habib Ali Al-Jufri

Suatu hari Ali Bin Abi Talib ra ditanya tentang minuman jenis apa yang dia suka untuk berbuka puasa. Pada ketika itu, orang-orang zuhud tak suka minum minuman sejuk.

Jawab Ali,
"Aku suka minuman yang sejuk. Kerana ia mengingatkan aku tentang keagungan Tuhan dan membuatkan aku bersyukur."






Saat seorang hamba yang sangat-sangat dahaga kepanasan, dia mendapat air sejuk lalu dia berkata;
"Alhamdulillah...!!!!"

Hatinya penuh dengan kekaguman terhadap Tuhan dan memuji-muji Tuhan. Walau dengan segelas air sejuk.

Apa konklusinya??

Buatlah apa yang kamu mahu, asalkan apa yang kamu buat itu dekat dengan redha Tuhan.!!

Orang yang bertaqwa itu, dia memiliki rumah banglo yang mewah. Tapi rumah dia yang mewah itu membuatkannya nampak kebesaran Tuhan. Ada yang rumah kecil, tapi dia tak nampak apa-apa pun. Tak ada kebesaran Tuhan pun.

Ada lelaki itu, dia mengejar isteri yang cantik. Dan akhirnya dia mendapat isteri yang sangat cantik. Isteri yang cantik itu membuatkan dia takjub dan kagum dengan kebesaran Tuhan.

Kahwinlah 4 sekalipun. Kejarlah harta bergunung pun. Terimalah pangkat hatta sebagai PM pun. Selagi kamu rasa apa yang kamu dapat itu dekat dengan keredhaan Tuhan.
Itulah cara menikmati nafsu yang sebenarnya.

Jika nafsu yang kita nikmati itu tak dapat mencapai keredhaan Tuhan??
Jika nafsu yang kita nikmati itu membuatkan kita jauh daripada Tuhan??

Berdoalah agar kita dijauhkan daripada segunung emas sekalipun, jikalau emas-emas itu membuatkan kita jauh daripadaNya..!!!








Saturday 10 December 2011

Ihsan; Sesuatu yang hilang.

Kita mulakan pembacaan entri kali ni dengan bacaan basmalah.

Then, kita teruskan entri ni dengan hadis tersebut,


Daripada Saidina Umar r.a beliau berkata: " Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang sangat putih bajunya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda-tanda perjalanan jauh dan tiada seorangpun di antara kami yang mengenalinya sehingga dia duduk di hadapan Rasulullah s.a.w. Lalu dia merapatkan lututnya ke lutut Rasulullah s.a.w dan meletakkan dua tapak tangannya di atas dua pehanya, lantas dia berkata: 


"Wahai Muhammad! Ceritakan kepadaku tentang Islam." Lalu Rasulullah s.a.w menjawab: " Islam itu ialah kamu menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, kamu mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji jika kamu mampu mengerjakannya." lelaki itu berkata: " Benarlah kamu!" Kami merasa hairan terhadapnya; dia bertanya dan dia juga membenarkannya.


Lelaki itu berkata lagi: " Ceritakan kepadaku tentang iman. " Baginda s.a.w bersabda: " Bahawa kamu beriman dengan Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari kiamat dan kamu beriman dengan kadar baik dan burukNya. " Lelaki itu berkata: " Benarlah kamu! "


Dia berkata lagi: " Ceritakan kepadaku tentang ihsan. " Baginda s.a.w menjawap: "bahawa kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya. Jika kamu tidak melihatNya, sesungguhnya Allah melihat kamu. "


Lelaki itu berkata lagi : " Ceritakan kepadaku tentang kiamat. " Baginda menjawab: " Tidaklah orang yang ditanya mengenainya (kiamat) lebih mengetahui daripada orang yang bertanya (maksudnya kedua-duanya tidak mengetahui tentang bila berlaku kiamat). "



Lelaki itu berkata lagi: " Ceritakan kepadaku tentang tanda-tandanya. " Baginda menjawap: " Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila kamu melihat orang yang tidak berkasut, tidak berbaju, miskin dan pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan. " Kemudian lelaki itupun pergi. Maka akupun menunggu beberapa hari. Kemudian Rasulullah s.a.w berkata: " Wahai Umar! Tahukah kamu siapakah orang yang bertanya itu. " Aku menjawab: " Allah dan RasulNya lebih mengetahui. " Sabda Rasulullah s.a.w: " Sesungguhnya dia adalah Jibril. Dia datang untuk mengajar kamu tentang agama kamu. "


Rukun Iman yang kita belajar daripada sekolah rendah tu, diambil daripada hadis ni. Rukun Islam pun diambil daripada hadis ni.

Rukun Ihsan?? Ada tak benda macam tu?

Kita terlupa pasal tu sebenarnya. Sebenarnya, ada sebab Ihsan ni termasuk sekali dalam hadis Nabi SAW yang masyhur tu.

Kita belajar tentang Islam. Ucap kalimah syahadah,solat, puasa, zakat, haji.
Kita belajar tentang Iman. Beriman kepada Allah, Nabi, Malaikat,  Kitab, Hari kiamat dan Qada' dan Qadar Allah.

Tapi kita terlupa tentang Ihsan.
Well, what is this so-called Ihsan anyway??



Ihsan:The Missing Piece




                                                                   
                                                                       missing...




Jom check diri kita.
Sembahyang sudah.
Puasa sudah.

Zakat sudah.
Haji sudah.

Tapi kita masih tak dapat ubah diri kita. Tak, kita masih tak berubah. Masih dengan akhlak yang sama, kelemahan yang sama, dan kita hidup dengan keburukan diri kita tu bertahun-tahun.

Dan kita keburukan(sayyiah) diri kita tu akan dihisab oleh Allah Azza Wajalla.

Apa sebab kita dah beramal tapi tidak menjadi soleh??

Sebab kita tidak  membayangkan seperti kita melihat Allah, dan Allah seperti melihat kita.

Dan itulah IHSAN.

Ketika bersembahyang, kita tak pernah bayangkan Allah melihat gerak geri kita. Hati kita bertumpu kepada yang lain.

Masa kita puasa, kita ikut orang. Masa kita puasa sunat, terutama masa hari-hari sunat berpuasa, kita selalu tanya, "Amir,ko puasa tak esok? Esok hari Asyura. Kalau ko puasa aku puasa.."

Masa kita berzakat, kita bayar zakat sebab kita tau cukai pendapatan kita akan dipotong sikit dengan bayar zakat.

Masa kita pergi haji, kita nak dapatkan title 'Tuan Haji.'

Di mana Allah di hati kita??

Ihsan mengajar kita hidup dengan berpaksikan Allah.

Bila beribadat, kita nak tunjuk kepada Allah, bukan orang lain.
Bila kita rasa nak buat dosa, kita tahu Allah nampak kita.

Ihsan ialah asas yang melengkapkan IMAN dan ISLAM.

Kenapa kita terlupa ea??





Tuesday 6 December 2011

Kita Dan Pandangan Manusia. Pandangan Allah Macam Mana Pulak??

Secara jujur, aku tengah dalam tahap nak ubah diri aku secara keseluruhannya. Blog aku pada tahap ni akan akan banyak unsur-unsur dakwah, sebab sementara aku rasa aku dapat kemanisan iman, aku nak share dengan orang lain. Kalau tenggelam semula nanti, aku harap akan ada seseorang yang akan tarik aku semula ke alam nyata.

Alam nyata ialah alam yang dilihat dari sudut nabi-nabi dan orang soleh lihat. Tu lah hakikat sebenar dunia ni.
Alam tak nyata ialah apa yang orang biasa lihat. Ianya tak nyata sebab ianya adalah tipuan semata-mata.

So aku nak ulas pasal pandangan manusia and sejauh mana ianya effect diri kita.

"Kalau aku nak BERUBAH, apa pandangan orang kat aku? Nanti orang lain cakap apa pasal aku? Kalau kawan-kawan aku tinggalkan aku, macam mana??"

Senang jer nak jawab.
Kalau kita tak berubah, and Allah tinggalkan kita, macam mana??

Rasanya kita tak pernah peduli pun apa pandangan Allah terhadap kita. Okay. Katakan la kita nak berubah. Then pagi tu kita bangun awal nak sembahyang kat masjid. Kita pun dengan penuh kesejukannya berjalan menuju masjid;kira dah habis gigih la ni.

Kita pun sembahyang la.

Lepas kita sembahyang,
"Eh Ramli Marsudin, ko buang tabiat ke apa datang masjid subuh-subuh ni? Sebelum ni aku tak pernah nampak ko pun...."

"Ko nak berhenti smoking? HAHAHHAHAHHA. Kelakar gila doe. Aku bleh bet 100 ko akan ulang balik smoking kau."

"Eh hari tu aku nampak ko pakai kopiah kat mall. Dating ngan awek ko pun pakai kopiah eh?"

Then benda tu tersebar,
"Weh hari tu aku nampak Putri pakai tudung la kat mega."

"Serius?? Bukan dia dulu rupa dah macam pelacur ke?? Aku rasa dia tu memang dah tak suci dah pun..dia pakai tudung tu mesti sebab bunting da, nak cover terlanjur la tu...HAHHAHAHA"

Yup. Setiap orang yang ada di sekeliling kita boleh cakap 1001 cemuhan pada kita. Sebab kenapa dicemuh? Sebab ianya berlainan dengan adat.
Kalau macam aku yang persekitaran aku ada budak-budak yang base islamic dia tinggi, aku akan dicemuh kalau aku buat benda-benda jahat.
Kalau aku ni dalam persekitaran budak-budak jahat, aku akan dicemuh kalau aku buat benda-benda baik.

Pandangan orang berbeza mengikut persekitaran. Dan kebanyakan pandangan manusia tu membawa ke neraka.

Tapi korang kena ingat,
Kalau korang tak berubah sebab mereka dan akhirnya korang masuk neraka, apa yang korang boleh buat??
Nak salahkan mereka? Boleh ke kita kutuk mereka and cakap di hadapan Allah SWT dan menjadikan mereka sebagai alasan kita melakukan maksiat?

Kita dah ada dalam kubur, peluang kita nak bertaubat sudah tertutup.

Sedang mereka berada di atas dunia,mereka masih berpeluang bertaubat.

Berbaloi ke masuk neraka dengan semata-mata mempertahankan pandangan manusia??

Aku tak sanggup.

And betul, ada jugak budak-budak dalam course aku ni yang kutuk aku, terutamanya muslimah la. Aku ketua kelas. Korang bleh nampak every single kesalahan yang aku buat. Pemimpin ni biasanya peribadi dia semua orang nak pandang. Semua orang akan jumpa kesalahan, tapi kebaikan kita tak ada orang nak ingat.

Betul. tak ada orang nak ingat.






Ingat senang ke nak berubah?

Well, it obviously tasted like hell.
Tapi aku rela rasa neraka dunia daripada rasa neraka akhirat.

Tak senang nak berubah. Korang tengok, aku buat blog islamik. Korang ingat aku baik sangat ke? Tak. Aku tak baik mana pun. Aku pun macam korang. Nak smoking. Nak bercinta. Nak bergayut malam-malam. Nak dating ngan awek. Aku pun jeles gak tengok member-member aku dating sana-sini dengan awek cun diorang. Jeles gila kot. Aku pun manusia yang ada hormon. Jeles dengan member-member aku yang tertulis kat profile diorang "In a relationship with apa yang bakal membawa ke neraka."
Susah.

Susah je nak istiqamah baca Quran. Nak puasa. Nak semayang jemaah.
Tapi aku jugak tak boleh afford untuk masuk neraka. Itu adalah kegagalan mutlak seorang manusia.

Pandangan Allah??

Tu la yang membawa ke syurga. Tu la sebab aku cuba bertahan sampai sekarang. Aku tak dapat buat banyak untuk Dia. Tak banyak pun aku sumbang untuk agama Dia. Nak balas nikmat-nikmat Dia, aku tak mampu.

Tolong aku. Kita sama-sama, biar kita dapat bertahan sama-sama. 
Siapa kat sini nak berubah? Angkat tangan.











Saturday 3 December 2011

Kalau Aku Bertaubat, Lepas tu Aku Buat Semula Macam Mana??



Ada orang cakap, 
"Kalau aku bertaubat, then aku buat semula macam mana?? Baik tak payah bertaubat terus. At the end, sama jugak. Aku tetap tak dapat nak ubah diri aku..."

:-(

Ramai orang fikir macam tu. Siap ada smiley sedih lagi. Kalau kita buat sesuatu tapi tak dapat ubah apa-apa, baik kita tak payah buat terus kan? Contohnya, kita baru lepas pergi dengar ceramah Imam Muda Fakhrul(nak cakap aku baru pergi padahal). Kita dengar ceramah dia. Then kita insaf. Rasa nak bertaubat. So kita balik umah, kita dah target dah nak ubah diri kita. Kita tak nak hisap rokok dah.

Tak sampai seminggu, kita buat balik. 

Okay, then kita menyesal. Kita bangun awal pagi, semayang tahajud, taubat, and hari tu kita puasa. Kita cuba lagi. Tambah amalan. Tambah iman. Kita taknak kalah lagi. So kita sediakan IMAN dengan secukupnya.

Selang tiga hari, kita kalah. Lagi. Kita masih merokok. Then kita cuba lagi. Pergi tazkirah sana sini. Pergi usrah. Jalan pergi bandar, kita pakai kopiah. Biar rasa malu sikit nak buat jahat. Biar tunduk sikit pandangan kalau ternampak perempuan-perempuan seksi. Amoi-amoi cina. 

Kita balik rumah. Bukak laci, ternampak rokok. Ada lagi dua batang. And then kita..
.
.
Kita kalah lagi. Fed up. Kita doa kat Tuhan siang malam, mintak sangat-sangat agar kita dapat jadik baik. Dapat tunduk pandangan bila jalan-jalan kat bandar. Dapat berhenti hisap rokok. Dapat berhenti bergayut malam-malam dengan awek. Dapat berhenti mengumpat kawan-kawan kita.

Kita harap kita dapat hentikan segala-galanya, harap masa dapat berputar and kita tak nak start hisap rokok pun. Kita harap masa dapat berputar and kita tak minum arak pun. Tak payah lah susah-susah nak ubah diri kita sekarang ni,kan??

Kenapa tuhan taknak tolong kita jadi baik?? Benda baik pun tuhan taknak tolong?? 

Truthly, kita PENAT.

Penat kan ubah diri kita?? Kita berhabis wang ringgit pergi tazkirah sana-sini, beli buku agama mahal-mahal. Apa kita dapat ek?? 



.
.
.
.


Apa kita dapat?? Takde apa-apa kan?? Kita memang dah tak boleh menang kan dengan syaitan??

Tapi kamu semua tahu satu perkara tak,

Perasan tak tadi kamu cuma dapat tahan merokok seminggu, kan?? Hari ketujuh kamu kalah. So 6 hari kamu tadi kita panggil apa ek??

Kamu menang selama enam hari.

Kamu cakap kamu pergi tazkirah, beli buku-buku agama, kan? Kamu bukak blog-blog agama dan blog aku kan??

Bukan ke tu kemenangan kamu??

Setiap kali kamu berjaya membuat sesuatu usaha, kamu dah catatkan satu kemenangan.

Whooaa. Kira nya hati kamu ni silap la jadik pengadil. Kamu ingat kamu kalah. Rupanya kamu dah menang banyak da..

Sebab tu kita kena ingat, Allah tak pernah tengok hasil akhir. Allah tengok apa yang kamu buat untuk sampai kepada agama dia. Kalau Allah nak tengok hasil akhir, aku rasa Nabi Nuh AS dah lama kalah. Baginda kan gagal membawa kaumnya ke agama Allah, sehingga kaumnya akhirnya ditenggelamkan?

Tapi baginda menang, kerana usaha baginda beratus-ratus tahun.

Sama juga kita. So setiap satu perkara baik yang berjaya kita lakukan, kita mendapat satu kemenangan. So jangan berputus asa.

.
.
Jangan berputus asa untuk berubah tau. Tau??

Janji ea??

Janji ea kita akan sama-sama berusaha untuk berubah??

Kamu semua dan saya. Jom jom.
.
.

.



HR. Bukhari, Muslim melalui Abu Hurairah r.a
Rasulullah Saw bersabda tentang apa yang Beliau terima dari Allah SWT berkata:
Seorang hamba Allah melakukan dosa lalu berdoa:
'Wahai Tuhanku! ampunilah dosaku'

Allah SWT berfirman: hamba-Ku telah melakukan dosa, tetapi dia tahu bahwa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau menghukumnya karena melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: wahai Tuhanku! ampunilah dosaku.

Allah SWT berfirman: hamba-Ku melakukan dosa, tetapi dia tahu bahwa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau menghukumnya karena melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: wahai Tuhanku! ampunilah dosaku.

Allah SWT berfirman: hamba-Ku melakukan dosa, tetapi dia tahu bahwa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau menghukumnya karena melakukan dosa. Oleh karena itu buatlah sesuka hatimu, Aku akan ampuni dosamu.

Hamba tersebut berkata: "aku tidak tahu hingga kali ke tiga atau ke empat aku meminta ampunan, tetapi Allah SWT tetap berfirman: 'buatlah sesuka hatimu, Aku tetap akan mengampuni dosamu'".





















Kenapa Ramai Orang Tak Endah Pasal Taubat.

Dalam entri ni aku nak ulas pasal taubat. Ramai orang cakap pasal tutup aurat, jangan minum arak, etc etc, tapi tak ramai orang bercakap pasal taubat. Antara ahli agamawan sendiri pun tak banyak yang bercakap pasal taubat. Biasanya kami bercakap pasal perkara yang kami tak buat. Contohnya aku perempuan and aku pakai tudung, boleh la aku sound orang yang tak pakai tudung, kan?

Same goes for taubat. Sebab tak ramai agamawan yang bertaubat, so dey'all tak boleh la nak ulas panjang-panjang bab taubat ni. Nanti kena maki.

Biodata Taubat
Kata Al-Imam Ibnu Qayyim taubat bererti:

 فحقيقة التوبة هي الندم على ما سلف منه في الماضي، والإقلاع عنه في الحال، والعزم على ألا يعاوده في المستقبل 

"Pada hakikatnya taubat bererti menyesal terhadap maksiat, mencabut terus dosa itu daripada diri kita, dan berazam untuk tidak mengulang lagi pada masa hadapan."

Sebab itu kita tengok, ramai orang setiap kali selepas sembahyang dia beristighfar, mungkin 100x setiap kali lepas sembahyang. Tapi roh taubat itu tidak ada dan dia masih di takuk yang lama. Masih lagi dengan mengumpatnya, mengejek orang nya. Sebab rasanya ulama tak pernah pun tafsirkan taubat tu denagn hanya perkataan di bibir.

Action speaks louder than words.

Analoginya:
Aku masak megi pada waktu malam. Kat luar hujan. Sejuk. Maggi tu megi kari. Ada telur, cili, sayur dan udang sikit. Cili kasi banyak sikit la, baru best. So sebelum aku makan, aku cakap kuat-kuat,
"Aku nak makan megi."
.
5 minit berlalu, aku masih tak jamah pun megi aku.
"Aku nak makan megi nih!!!" Dengan muka riang dan melaungkan sekuat hati aku nak makan megi, tapi aku masih tak makan lagi. Masih tengok lagi megi tu. Padahal depan mata aku je.

Kemudian aku laungkan aku nak makan megi lagi 100x pun, aku tak makan lagi megi tu. Sian, kembang megi.

Macam tu jugalah taubat.  Rasanya semua dah faham maksud aku. Taubat bukan lafaz. Taubat ialah tindakan, yang tujuan utamanya untuk membuktikan keapda Tuhan yang kita sanggup berubah demi Dia.

Kita mungkin tak sedar, melakukan taubat itu wajib. Dan menangguhkan taubat itu berdosa. 
Sudahlah dosa kita ni dah memang terlampau banyak dan tak dapat dikira, ni dapat pulak dosa sebab tak bertaubat. Aduhyai. Malangnya nasib..



عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : قَالَ اللهُ تَعَالَى : يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَاكَانَ مِنْكَ وَلاَ أُبَالِي، يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوْبُكَ عَنَانَ السَّماَءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ، يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ اْلأَرْضِ خَطاَياَ ثُمَّ لَقِيْتَنِي لاَ تُشْرِكْ بِي شَيْئاً لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً

[رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح ]


Dari Anas Radhiallahuanhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Allah Ta’ala berfirman: “Wahai anak Adam, sesungguhnya Engkau berdoa kepada-Ku dan memohon kepada-Ku, maka akan aku ampuni engkau, Aku tidak peduli (berapapun banyaknya dan besarnya dosamu). Wahai anak Adam seandainya dosa-dosamu (sebanyak) awan di langit kemudian engkau minta ampun kepada-Ku niscaya akan Aku ampuni engkau. Wahai anak Adam sesungguhnya jika engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiku dengan tidak menyekutukan Aku sedikitpun maka akan Aku temui engkau dengan sepenuh itu pula ampunan “
(Riwayat Turmuzi dan dia berkata : haditsnya hasan shahih).

Allah menunggu kita untuk bertaubat. Pada waktu siang dia membuka 'tanganNya' dan menunggu untuk memberi keampunan kepada orang yang bertaubat pada waktu malam. PAda waktu malam dia menunggu orang pada waktu siang untuk bertaubat.

Kenapa kita tak rasa kasih sayang Allah ea?? Hmm..

He's waiting. He never bored.
Until 50 years. Or 60 years. He's waiting n wating.


So kita nak ke biarkan Dia tunggu lebih lama lagi??
Allah kasihan kat kita. Tapi kita tak kasihan kat diri kita.
So entri pertama ni aku nak memperkenalkan Taubat kepada korang. Sahabat kita yang kita dah lama lupa. Nama dia Taubat. Siapa yang sudi berkawan dengan dia, bos Taubat akan bagi kita rahmat yang tak terkira.

Aku perkenalkan taubat ni dulu. Lepas ni aku ajar macam mana kita nak berkawan dengan dia. Mana nak cari dia. Apa kepentingan dia terhadap hidup kita..



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ نُورُهُمْ يَسْعَى بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: “Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”. (QS, 66:8)



We'll continue in the next part. ;-)