Saturday 30 April 2011

Kesilapan-kesilapan Orang Dakwah Bila Berdakwah

Kali ni aku nak kupas tentang kesilapan-kesilapan pendakwah menurut kaca mata aku. Tak, aku tak pakai spec pun. Entri aku kali ni berdasarkan apa yang aku fikir and apa yang aku nak tulis and semata-mata untuk Miss A korang baca. Sape korang?? Well, of course lah korang tu jejaka-jejaka berserban and muslimah tudung labuh sekalian.




 Menganggap Diri Sebagai Terlalu Heroic

Terlalu heroic adalah bodoh, sebab kat dunia ni takde pun orang pakai underwear kat luar (Superman contohnya). Bila kita berdakwah, tak cukup dengan yakin ayat-ayat menyedapkan hati macam ni,

"Kalau kita tolong orang, mesti Allah akan tolong kita."
"Kalau kita tolong agama Allah, pasti Dia akan tolong kita."

Ayat-ayat di atas ialah 100% tepat. Tapi kita tak boleh dengan bendul nya berpegang dengan ayat-ayat sedemikian semata-mata. Aku dulu lagi pernah buat benda bodoh. Jump ke dalam lubang buaya pun. Dalam lubang tu ada Mr D,(bunyi mcm McD) yang masa tu ialah ketua pelawan arus(gangster). Masa tu baru dapat jawatan kan, so 1st assignment aku yang aku sendiri nak buat ialah tegur dia. Tapi tak jadik pun. Dihentam habis-habisan lagi ada. HAHA. So, korang jangan nak berlagak hero and ingat dalam sume circumstance korang lah yang betul. TAK. Korang boleh je salah. Nak-nak, kalau korang tersilap, korang punya mad'u lagi jauh daripada Islam, tu lagi teruk.













Tak faham lagi maksud bodoh heroic ni?? Well, analogi dia macam ni. Ahmad budak F1 masuk dorm F5 and kejut diorang semayang zohor. Dalam dorm tu semua orang tengah tdo. Pulak tu, semua pakai boxer.

The result:
99% vote yang Ahmad semayang zohor dengan mata lebam.
1%   vote yang Ahmad tak mampu nak semayang dah.

Yang penting, takde orang vote F5 tu akan gi semayang.

So, walaupun korang berada di atas jalan yang bapak lah lurusnya, jangan jadi terlalu heroic.

Terlalu Kuat Menggatal Bercakap Soal Cinta/Cetek Ilmu Agama

Pengalaman aku, bila kat sekolah ni, tak habis-habis bercakap pasal perhubungan awam antara lelaki dan wanita. Kapel la, aurat la. Tak habis-habis. Kalo kat sekolah aku dulu, ada Mr. S ni yang daripada sekolah agama. Tapi kalau tiap kali cakap kat depan, tak habis-habis sound pasal aurat., and kapel. Aurat, kapel. Aurat, kapel. Tengok, sampai aku pun dah ulang 3 kali. Ye, aku tau korang perempuan rasa macam menyampah gila bila laki dok sebok cakap suruh korang pakai baju. Korang tau la nak pakai baju, kan??
Tak kisah la baju adik ke, nenek ke, asalkan baju.

Asik-asik ulang benda sama. Tak berusaha mengupdate kan ilmu agama yang ada untuk bercakap dengan lebih baik di hadapan. Sebab tu asik main cintan cintun je sokmo. Cis. Cuba try bukak topik pasal PERBANKAN ISLAM ke, pasal Kak Jah yang baru bersalin ke, pasal apa-apa la. HAHA. Jangan ngumpat aku sudah. Mentang-mentang aku dah kuar skul.

Bila korang variasikan ilmu yang korang ada, baru nampak yang korang ni BIJAK. Antara sebab kita bercakap kat depan adalah untuk tunjukkan diri kita BIJAK berdakwah. So kita kena lah jadik orang yang tau lebih daripada orang lain, baru boleh menyampaikan ilmu namanya.

Apa?? Kita kena beri peringatan walaupun orang dah tau?? Memang la. Tapi macam aku cakap tadi, bila kita tunjukkan diri kita ni LEBIH TAHU, baru nampak kreadibiliti agamawan kat situ. Tak perlulah tiap masa nak ulas pasal munakahat jer. Muamalat tak pernah nye nak sentuh. Ni ha bak mai aku citer pasal muamalat sket. HAHA.






Semua Benda Nak DiHARAMkan


Bab ni antara aku paling benci. Semua benda nak diharamkan. Konon-konon mulia sangat lah bila korang tak buat apa yang manusia biasa buat. Korang tak pernah jatuh cinta, so sesape yang jatuh cinta automatik kena banned. Aku benci sape yang tak benarkan orang lain jatuh cinta, then gunakan agama. Sebab nya, korang pun tak tau sangat pun bab-bab cinta ni. Tapi disebabkan bila korang lawan perasaan korang tu korang rasa macam hebat, so korang pun buat r.

Ada keadaan yang boleh, ada yang tak boleh. Cinta tu banyak jenis pun. So jangan nak memandai.

Ada cerita pasal seorang dai'e yang bodoh  heroic  buat-buat tau, Arg, aku pun tak tau nak tulis ape untuk klasifikasikan dia nih. Tapi cerita pasal dia ada ditampal di belakang surau aku and mana-mana sekolah yang nak anak murid dia masuk syurga.



Apabila saya terlibat dengan kerja dakwah, barulah saya tahu saya telah banyak melakukan zina hati,” kata seorang pemuda.
“Itulah dulu pun saya ada kekasih, dan kami saling cinta menyintai dan merancang untuk berkahwin apabila sampai masanya, tapi apabila saya tahu hubungan saya dengan dia tu menyebabkan saya dan dia terjebak dengan zina hati maka saya putuskan”

Ape sal naif sangat budak ni. Dah nak kawin tu, kawin jer la. Kalau aku, dah ada calon isteri yang sudi cintai aku(cheWAHHH!!), aku dah bersyukur dah. Memang kawin r.  Slack aku ni looser. Haii.
Dah la, xde idea dah. Lain kali kalau ada idea lagi, aku buat entri bahagian kedua plak. Dan lagi satu, malas search gambar bebanyak kali ni, HAHA. Lantak korang lah nak baca. Yang penting Miss A aku puas hati.

Adios.

Plot Yang Mungkin Ada Dalam Sebuah Novel Islamik And Opinion Aku

Hai muslimah-muslimah bertudung labuh and lelaki-lelaki berserban sekalian. Kali ni aku nak ulas sikit pasal novel islamik. Aku tak suka novel islamik sebab banyak nya tak berpijak pada realiti. Aku benci orang yang kuat berangan and tak berpijak kepada realiti. Sebab tu aku benci korea., and perempuan-perempuan yang kuat berangan and demand lebih-lebih.

Ni antara plot yang mungkin ada dalam sesebuah novel Islamik. Sila berangan lebih agar korang dapat suami macam Ashraf Muslim. Korang memang kuat berangan and sentiasa demand.

1) Perempuan tu umur 21 baru. Tapi tetiba family suruh kahwin. Perempuan tu pun meronta-ronta agar dilepaskan. Tapi terpaksa jugak kahwin. Last-last suami dia ni rupanya hensem+ pandai baca quran+ pandai jadik imam+ subur. And memang penyayang. So lepas setahun kahwin dah ada anak. Sebab tu bukan main bahagia. Heppi ending, kan??


Ulasan aku:
Tu yang korang perempuan selalu expect. Perkahwinan yang jodoh datang tergolek-golek atas pinangan orang. Korang tak payah usaha pun. Ayat korang, "Jodoh kan tangan Tuhan." So korang dengan hebatnya tunggu orang masuk meminang. Tapi kes-kes terpencil macam ni biasanya berlaku kalau korang ni memang lawa. Kalau tak lawa pun, mata sedap memandang. Tambah-tambah korang ni mesti baik punya. So no problem lah untuk lelaki yang lemah iman macam kami ni cair dengan kesopanan kalian and senyuman manis kalian. Bak kata aku sendiri, kalau pijak semut yang mati, semut tu boleh hidup balik pun.

And biasanya kes-kes kahwin paksa ni mesti dapat suami yang almost perfect lah, tak macam aku. So mesti suami dia pandai baca quran+jadik imam+subur++++, yang semuanya tak macam aku. No wonder lah aku tak pernah bercinta.










2) Lelaki tu umur ntah bape ntah. Tapi novel kan, so watak-watak kompem area 20-an yang tengah menggila nak cari pasangan. Nak dijadikan cerita, lelaki ni jahat. Then dia jumpa perempuan baik. Lelaki ni jatuh cinta. Lepas tu lelaki ni usaha+usaha+usaha+taubat+++, then dia pun jadik baik. Seperti janji Allah s.w.t Yang Maha Agung, lelaki baik kan untuk perempuan baik. Lepas tu diorang kawin sesegera mungkin sebab masing-masing dah tak sabar. Kira dah tahap wajib kahwin r.


Ulasan aku:

Okay, memang lah perempuan baik untuk lelaki baik. Tu takde orang nak nafikan. Tapi kalau kalian pakai tudung labuh, pakai serban, and behave like the way of the Prophet semata-mata nak dapat jodoh yang baik-baik, baik tak payah. Walaupun lelaki baik untuk perempuan baik, tapi still ada slightest chance yang perempuan baik mungkin dapat lelaki jahat. And bila benda tu terjadi, korang yang kuat berangan  ni, aku risau tak boleh terima kenyataan.

Number 1 rule in this world: Buat baik tak semestinya dibalas baik.
Number 1 rule in the other world: Buat baik kompem dibalas baik.


Ujian Tuhan, suka hati Dia lah nak uji kita apa. Ada ke rule dalam adat berTuhan yang kalau kita taat kepada Allah, kita akan dapat yang baik-baik jer? Tak, kan?? Alangkan Nabi s.a.w pun tidur atas tikar.

Bagi perempuan solehah tu, ini dugaan dia.

Bagi lelaki jahat tu, ini rahmat untuk dia.


So, Tuhan lagi pandai mengatur.


The main point is, kita jangan banyak berangan.
Terlalu demand=Mudah kecewa.
Tak demand=Takde nafsu.





Bye.

Friday 29 April 2011

Kenapa Agamawan Berdakwah Tak Berjaya


Cara Diorang Yang Tak Sesuai

Of course lah kalau nak ajak orang masuk Islam cara kena betul. Sume orang tau. Orang kristian pun ada cara diorang jugak nak tarik orang masuk Kristian.  Tapi ada segelintir dai’e ni dia tak boleh nak adapt dengan keadaan social mad’u tu. Mungkin dai’e ni pakai jubah putih+serban+sayap angel kat belakang dia. Sah-sah la diorang punya target lari. Kenapa diorang lari?? Sebab mad’u ni rasa dai’ e ni orang daripada dunia lain. Well, memanglah macam dunia lain, yang letak sayap angel sekali tu sapa suruh.


Dan bila berdakwah pun selalu gunakan bahasa-bahasa yang murni sangat. Jumpa orang pakai legging and singlet, bahasakan diri sebagai ana wa anti lagi. Nak tau apa yang girl separuh tak pakai baju tu fikir?? Dia akan fikir, ‘Bajet bagus lah minah ni…”. Ini dipanggil Islamophobia. Yakni anti dengan mana-mana unsur-unsur kopiah or jubah putih. Dan kebanyakan orang ada benda ni. Orang yang hati tak suci lah, korang dah pendakwah kompem hati suci dari lubuk hati nurani. Aku tahu, aku tak macam korang. 

Bayangkan. Korang pakai jubah putih, and korang ketuk pintu rumah orang. Kuar-kuar anak muda yang meningkat hormone kelelakiannya kuar pakai boxer. Korang ajak dia pergi masjid. Korang rasa apa yang orang muda tu buat??

Confirm lah tak pergi. Silap-silap parent dia keluar sekali halau korang, sape tau??

Lagi satu, pakai kopiah tu bukan NAMPAK PUN IMAN KORANG. Dia banyak based kepada peribadi orang tu sendiri. Aku pernah nampak orang tua yang pakai kopiah, tapi hisap rokok and bila tegur panas-panas baran. So apa yang jatuh?? Imej Islam tu lah jatuh. And aku pernah nampak orang keluar bandar tak pakai kopiah pun, tapi muka bersih, pakaian sopan. Bila ditegur polite gila. Kalau aku yang lelaki ni tergugat dengan peribadi lelaki ni, apatah lagi korang perempuan-perempuan muslimah di luar sana yang tak habis-habis bayangkan suami yang korang akan dapat ialah lelaki macam Ashraf Muslim.




                                                Korang mesti tergila-gilakan aku, kan??


 

Blog Diorang Membosankan

Ramai para agamawan telah discover bahawa salah satu cara diorang untuk ajak orang masuk syurga ialah dengan berblogging. Buat blog. Tapi masalahnya blog-blog diorang ni almost memboringkan sangat. Blog bila kita bukak penuh dengan kisah-kisah para sahabat, salafussalih, and cerita-cerita pedoman. Lepas tu bahasakan diri sebagai ana wa anti. Korang nak tau sape yang akan baca?? Orang yang memang cukup iman macam korang. Orang yang jalan-jalan pakai legging kompem tak baca blog korang.

And, diorang letakkan tajuk dah memang macam penghuni syurga orang agamawan. Seriously, ramai yang bila blog-walking, jumpa tajuk-tajuk blog yang berunsurkan Islam ni, diorang akan terus avoid. Sebab, bagi diorang, MEMBORINGKAN. Lagi satu, ramai yang tak boleh olah blog diorang dengan baik. Bukan lah aku suruh korang mencarut or cakap lucah semata-mata nak menarik orang. Tak, tu bukan maksud aku. At least, bahasakan diri macam orang yang pernah lalui remaja sikit. Biar orang yang baca rasa macam kita ni normal, kita ni orang yang buat mistakes. Most of them bahasakan diri macam malaikat.  



Lagipun, orang yang buat blog-blog Islamik ni aku tengok most of them PEREMPUAN. Tu kelemahan besar. Nak tau apa kelemahan perempuan?? Well, dia samalah macam korang tengok Jihan Maharaja Lawak. Perempuan kebanyakannya lack of the ability untuk menarik perhatian. Kurang kebolehan untuk mengolah. Sebab tu penceramah-penceramah banyaknya LELAKI. Sebab lelaki boleh tarik perhatian, boleh buat orang gelak. Lelaki ni interesting. Mungkin kaum hawa ni dah takde cara lain untuk tarik perhatian, so diorang pun pakailah sexy2. Mungkinlah, aku tak cakap pun. Perempuan, jarang boleh guna bahasa akal, blog diorang cuma guna bahasa hati jer.

Kalau nak buat benda baik, bukan kena ada niat yang betul je. CARA pun mesti betul. 

Aku tahu, niat and hati korang suci. Blog pertama aku dulu pun tajuk dia ada unsur-unsur Islamik macam ni rasanya. Tajuk pun dah nak macam calon penghuni syurga pun. Tapi satu masa aku realize yang if we want to drag someone from the mud, we must at least touch the mud. Ramai agamawan gagal buat macam ni. Ramai yang gagal memahami, jadi orang lain pun kompem tak nak memahami diorang. Bak kata Ustaz Hasrizal yang suka mencilok pepatah omputih, 

"Seek to understand, then to be understood"

Do you understand them??










Thursday 28 April 2011

Jenis-jenis Orang And Pandangan Diorang Kepada Agama (Part 1)

Entri kali ni aku nak kupas pasal manusia sikit. Asik kupas pasal jiwang jer. Ni berkaitan dengan sifat-sifat manusia yang completely based on my personal opinion lah. Tapi disertakan hadis-hadis sikit, so entri ni patutnya ada rasa lemak berkrim sikit.


AGAMAWAN( Yang Lurus)


Golongan ni ialah golongan yang akan beli kopiah, and akan berkopiah. Tapi kalau diorang pakai kot atau blazer,biasanya they' alls akan pakai songkok. Agamawan ini terdapat di mana-mana sahaja di serta dunia, kerana Allah dengan sifatNya Yang Maha Memberi Hidayah telah bagi hidayah kat diorang. Bak kata Hadis Rasulullah s.a.w, "Barang siapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, maka dia akan diberi kefahaman akan agamanya".

Agamawan ni pendek katanya orang-orang alim la. Tak pun ada jiwa islamik dalam diri diorang. Kalau korang tegur diorang dengan bagi dalil sikit-sikit, insyaAllah diorang akan buat. Contohnya,

"Man, ko tolong aku boleh tak?? Pinjam 200. Bukan ke kalau kita tolong orang, Allah akan tolong kita kat akhirat..."

See, agak simple. Kalau korang ni daripada mu'tazilah or qadariah ke, korang buat artikel, then korang selit kat hujung artikel tu, "Rasulullah s.a.w bersabda, Sampaikanlah dariku walau satu ayat...". Kompem dengan sukarela lah diorang sebarkan, padahal tak tau pun benda tu betul ke tak. Kalau korang nak buat mesej berantai yang menyesatkan umat ke, korang jugak boleh sertakan ayat klise macam ni, "Sebarkan kalau korang sayangkan Islam!!"

Memang diorang terus request Credit Advance untuk forward mesej berantai korang tu.

And satu lagi yang interesting pasal diorang ni, biasanya mempunyai wajah yang suci murni, dari lubuk hati nurani. Memang pure lah. Senyuman manis, memang takde cacat cela. Kalau nak buat calon bini/suami, memang sesuai sangat. Agamawan yang bendul lurus ni jugak biasanya akan percaya semua yang diorang baca kat internet ke, asalkan related to Islam. Best apa. So aku agak diorang dah khatam video The Arrival and post kat wall diorag dan tulis, "Guys, tgok video nih kalau korang still sayangkan Islam..!"

Diorang boleh je percaya mana-mana artikel terutama artikel yang pangkah Yahudi. So maybe lah diorang takkan minum coca-cola, takkan makan KFC and MCD, and takkan topup sim MAXIS diorang. Diorang takkan bukak lampu pun mungkin. Kan lampu ni THOMAS EDISON YANG BUAT. Yahudi, kan??

Kalau golongan ni dari jenis perempuan, diorang mungkin suka percaya yang jodoh boleh datang bergolek. Diorang akan demand love-love story yang islamik punya. Nak tau cerita islamik dalam novel tu macam mana??

Lelaki pinang perempuan. Perkahwinan ditentukan family. Mula-mula si gadis memberontak taknak kawin awal. Lepas tu bila kahwin rupanya suami diorang nih  memang perfect ar cakap. Kacak+ Pandai baca Quran+ Pandai jadi imam+++. Korang tambah sendiri.


Okay, tu Agamawan yang BENDUL. Ahha!! Aku tak terasa pun. Sah-sah bukan aku.







AGAMAWAN (Yang Bijak)

Agamawan yang ni kategori bijak. Bijak maksudnya tak mudah tertipu, tak mudah percaya orang, kiranya adapt with real life la. Diorang tak lah macam bila ada orang mintak sedekah pakai compang camping je, terus hulur sepuluh. Kira diorang akan fikir gak r sama ada ni memang miskin or sindiket penipuan.

"Kita tolong orang, maka Allah akan tolong kita". Agamawan macam ni walaupun tahu dalil ni, tapi dia akan tolong orang secara bijak. Kiranya takde la aplikasikan dalil-dalil dalam semua keadaan. Diorang thinks twice, and thrice.

And, diorang tak lah jumud. Boleh dikatakan jiwa yang agak kontemporari. Boleh fikir dari sudut dunia, and dari sudut Islam.Takde lah macam orang bendul lurus agama yang mengekang sangat. Ini haram, itu haram. Yang lelaki terlanggar tiang sebab menunudukkan pandangan, yang perempuan suara jadi garau sebab tak nak buat suara manja takut menimbulkan fitnah. No, diorang tak macam tu.

Diorang mungkin dianggap memudahkan agama. Tapi, kan ke agama tu memang mudah. And, cara diorang nak sampaikan Islam tu biasanya diterima umum, sebab cara diorang yang tak berapa nak berkopiah and bahasa diorang yang agak mencarut mengikut peredaran zaman. So diorang punya mad'u terasa macam diorang ni sebahagian dari diorang. Kalau agamawan lurus tu, diorang act macam malaikat mungkin.








So, korang nak jadik yang mana??



p/s: lepas ni kita buat entri pasal orang takde agama plak.

Seorang Lelaki Looser Jatuh Cinta

Ada seorang lelaki yang jatuh cinta. Tapi dia ni muka takde la macam Ashraf Shafiq Ashraf Muslim. Dia ni sangat-sangat tak de confident yang one day akan aa girl fall for him. Cinta bagi dia ialah looser. Tak, bukan, bukan. Cinta tu sendiri anggap lelaki ni sebagai looser. HAHA!

Ni perbualan dia dengan kawan dia pada satu hari yang sepi dan agak clear kalau sesiapa nak buat maksiat. Tapi lagi clear kalau nak buat tahajud ke, baca quran ke.


 Putih: Looser tu, bukan aku.   Ungu: Vokalis band Ungu


Weh, aku rasa aku minat orang lagi la... :-)  *aku tak tau mcm mana boleh ada emoticon, padahal tgah borak*

Ko memang...direct minat orang jer...pastu kena reject. HAHAHAHA.Er..back tu the point, Kenapa ko minat dia??

Er..well, she's a nice girl of course. Aku pun rasa dia macam minat aku jugak,HAHA.

Kenapa ko pikir macam tu??

Ye lah, kitorang kan slalu chatting dalam fb, ym, twitter, saifulislam.com, zaharuddin.net. Kitorang share story, tukar-tukar pendapat, borak-borak pasal isu semasa, inflasi dunia, global warming, etc etc. Wah, romantik gile kitorang. Lagipun, aku rasa dia ni caring lebih la kat aku. Mana ada pmpuan lain layan aku camni, (ada ke pempuan lain nak layan ko??)

Hahaha. Dia caring kat ko?? Macam ni la. Kalo orang cakap kat ko 'Terima Kasih', apa ko akan buat??

Er..aku jawab la 'Sama-sama'.

So, bila ko tgur dia dalam fb, twitter, tak kisahla dalam apa-apa pun, mesti dia balas, kan?? Tu tak bermakna dia caring. Dia nak dumb ko je kot,HAHA. Ko kan looser.

Er..tapi dia layan aku cam lain daripada orang lain. Tu pasal aku rasa dia pun minat kat aku. Cuma cinta kami terhalang oleh orang ketiga...isk isk..


Banyak la ko orang ketiga. Dia caring kat ko?? Maybe tu cuma fantasi ko je. Ko suke dekat dia, so ko pun cipta satu persepsi dalam diri ko sendiri yg dia pun sukakan ko, padahal tak pun. Bahasa romantiknya, ko sebenarnya PERASAN jer.  So bila dia balas mesej ko, chatting ngn ko, ko akan rasa dia layan ko lagi special dari orang lain. Sebab tu ko rasa dia pun suka kat ko. Padahalnye, sume orang dia layan macam tu. Nak tau benda lagi best?? Masa ko chatting ngn dia kat fb, ko cuma bukak chat box dia jer. Tapi, dia bukak 10 chat box. And sume dia layan sama jer, macam dia layan ko.

Kira nya dia tak suka aku lah ni??



.
.
.
.
.




Theres no way a girl would like a looser. Shame on  me him.

Borak-borak Remaja Dengan Ustaz

Semalam aku borak-borak dengan ustaz aku yang selalu aku luah perasaan(apsal bunyi cam pelik je??)
Borak-borak remaja lah katakan. Bab-bab remaja ni kompem soal cinta punya. Takde soal lain. Sebab time remaja ni takde benda lain nak pikir selain cinta. Bila dah tua nanti boleh la pikir pasal Israel ke, Mahathir ke, Illuminati ke...







So, dengan tidak membuang masa, aku dengan matangnya macam budak baru lepas akil baligh pun tanya la ustaz aku. Tajuk dia apa lagi, love-love ni lah. Alah, kalo aku tanya benda lain, bukan korang nak baca.

Putih: Aku   Ungu: Ustaz

Ustaz, saya bukak chat box ni ada hajat ni.

Tak payah cakap..ustaz dah tahu...
Er?? Macam mana ustaz tahu?? Saya tak sempat pikir pun lagi hajat saya,
Ustaz buat-buat tahu jer..hehehehe..

*dah dah. Atas tu tipu jer. Ni kat bawah ni yang betul*


Salam ustaz. :-) *ada emoticon lagi*

W'salam.

Ustaz, nak tanya ustaz pasal isu remaja boleh tak?? Memang isu lapuk dah, tapi saya tak jelas lagi lah..

Sila.

Ustaz, kalau lelaki tu nak mengorat perempuan untuk buat bini, sikit-sikit orang cakap zina hati la, mendekati zina la. Dah tu, macam mana kami lelaki ni termasuk ustaz sebagai kaum yang dilanda kepupusan ni nak carik jodoh?? Asal step ke arah cinta je macam step ke arah zina...baca blog-blog orang pun mengekang benda nih....

:-) Macam mana Rasulullah s.a.w buat??

Rasullullah tak buat apa-apa pun..Siti Khadijah yang cair ngan dia...dia pun amik je la. Kalau saya yang muka tak macam fahrin ahamd ni nak tunggu orang minat saya, alamat tak kahwin la ustaz...

Hahahaha. kamu ni. Ye, memang la Siti Khadijah yang offer dulu. Tapi Rasullulah pun ada main peranan dia. Dia siasat keturunan Khadijah ni. Khadijah janda umur 40, tapi kecantikan dia masa tu memang boleh tahan. Lagipun, dia daripada bangsawan Quraisy, dan keturunan dia pun daripada keturunan Hawariyun. Jadi, keturunan baik, cantik, berharta, boleh katakan Khadijah ni lengkap serba serbi la nak buat isteri. Bukan Rasulullah main rembat je tak siasat apa-apa.

*Hawariyun ialah golongan pengikut Nabi Isa a.s yang setia. Kalau orang Kristian, diorang panggil mereka ni sebagai Gospels. Banyak cerita, nanti aku sambung tmpat lain,*

Tapi orang sekarang ni kan nak kawin bila suka sama suka. Kalau main siasat-siasat jer, alamat tak kahwin la saya ustaz...

Sebab tu ler orang kita sekarang banyak silap. Cinta plastik. Padahal yang Rasulullah bagi contoh tu dah elok sangat. Cinta tu perlu dibuktikan dengan komitmen. komitmen tu sama ada harta, ada kemampuan. Cinta yang sekadar bermanis mulut semata-mata...tu playboy namanya, hehehehe


 *aih, cam perli je. Tak, tak terasa pun*

Dah tu ustaz..kalau yang jatuh cinta umur 18 ni..sume memang gatal la semata-mata ustaz?? Ye la..komitmen apa nye...belaja pun tak habis lagi..kirenye cinta kitorg ni sume nye dusta la ek?? Memang tak de dalam agama??

Ustaz tak cakap macam tu. Komitmen tu ada berbagai bentuk. Sama ada kasih sayang, kesetiaan, harta, dan lain-lain lagi. Sebab tu sebelum kamu jatuh cinta, tanya diri dulu. Sudi tak bagi komitmen?? Dah sedia nak jaga anak dara orang?? Die ke pilihan hati kamu betol-betol?? Kalau sudi bagi komitmen, ajak jumpa mak bapak dia terus. Jumpa parent dia. Baru nampak serius. Baru nampak usaha nak bagi komitmen tu ada. Tapi ustaz syorkan guna orang tengah, macam Rasulullah gunakan Maisarah..

Dah paham!!

Paham tak paham ke...bercinta tu pun penuh dengan pantang larang, kamu tahu?? Bukan takat bagi komitmen and jumpa parent dia kamu dah boleh bawak kuar anak dara orang...no, no...syariah is syariah, peraturan is peraturan..



.
.
.
.
.




Aku harap, aku tak tersilap langkah.. MA.

Wednesday 27 April 2011

Perbankan Islam: Hidup Aku

Masa aku sekolah rendah, aku minat gila maths. Selalu dapat markah 100. 100 beb. Kira anak murid kesayangan cikgu-cikgu la masa tu. Ye la, sape tak suka anak murid dia bijak kan?? Tapi aku tak la bangga sangat pun. Sebab masa tu tak baligh lagi kot, so tak pandai la nak riak-riak ni. Lagipun mak tak ajar macam mana nak bangga.

Masa aku F3, aku cuma dapat 8A PMR. Okay apa 8A. Tapi B Arab, tu yang tak tahan tu. Tapi masa F4, nak jugak ambik Sains Agama. Padahal benci jer Arab. Tapi sebab minat dengan PQS and PSI, so amik la jugak sains agama. Masa tu tak ramai pihak yang  menentang keputusan nekad aku tu. Diorang tak menentang pun, sindir je. Masa tu niat hati memang suci murni,dari lubuk hati nurani, nak amik sains agama nak jadik ustaz. Sebabnya?? Sebab ustaz ialah antara pekerjaan yang disertakan dengan nama. Ustaz, doktor, and cikgu. 3 pekerjaan yang akan disebut dengan nama.

"Doktor Faizin"..."Ustaz Faizin.."..."Cikgu Faizin.."

Mana ada orang kampung panggil "Peguam Faizin". Takde, mana ada. Lagipun kalau jadik ustaz, bab-bab carik jodoh ni senang sikit.

"Kak Jah, awak nak kawinkan Si Fatimah tu dengan Ustaz kampung sebelah tu?? Hah, elok sangat la tu. Kawin ngan ustaz, aman sikit hidup nanti yek.."

Er, tak, tak. Bukan sebab nak kawin. Sekali lagi, bukan sebab nak kawin. Miss A, Fatimah tu takde pun dalam hidup aku. HAHAHA. Serius.

Tapi masa F5, aku jumpa satu-satunya bidang yang gabungkan maths dengan syariah. Yakni, perbankan islam!! Jeng jeng jeng. Best2. Perbankan Islam ialah jawapan kepada krisis ekonomi global masa kini. Dengan teras perjuangan untuk menentang riba' ekonomi konvensional, bidang perbankan islam ni makin mendapat tempat di mana-mana tempat duduk yang kosong. Okay la tu, ada jugak tempat. Er, fine, tak lawak, aku tahu tu.


                            As a Sharia Executive, I should help that old woman crossing the road,

Then, secara tak sengajanya dengan kepermurahan sifat Allah yang memang tak beragak pemurahNya, Dia pun rezekikan aku dapat 11A. Masa tu dalam dilema. Aku kena buktikan kepada Tuhan and diri aku sendiri yang walaupun aku mampu untuk ambik bidang medic and engineer and etc etc, aku akan still amik bidang agama.

Dalam otak aku, aku dah ada mind setting yg berbunyi macam ni,
"Takkan la kita nak bagi bidang agama kita dekat budak-budak smka or sma yang result tak seberapa. Kalau kita nak kembangkan agama, kita kena letak orang yang berkaliber and berwawasan kat barisan depan bidang nih. Baru bidang agama ada kreadibiliti sendiri. Baru orang respek. Ni ustaz-ustaz kalau tanya result SPM 4A...3A.."

Tak, aku tak kutuk sesiapa. None at all. Tu sekadar personal opinion. Tapi aku nak jugak la tengok ustaz-ustaz kita nih, akademik semua cemerlang. Bukan ustaz ni orang yang terpaksa. Bukan bidang agama ni untuk budak-budak smka yg tak cukup bagus untuk ambik bidang lain., lepas tu ambik bidang agama.  Bidang agama ni patut diletakkan orang yang layak ambik law, layak ambik medic, layak ambik engineer, tapi still nak ambik bidang agama. Yang tu bagi aku, memang ada class lah cakap. Tak kisah lah kelas 5 Ibnu Khaldun ke, 4 Ibnu Sina ke. Janji ada class. Baru maknanya kita letakkan orang yang betul-betul kompeten untuk berdiri sebagai agamawan.

So, dengan berbekalkan slip pekse and salinan surat beranak aku, aku pun nekad la isi borang and daftar masuk IKIP, amik perbankan islam. Kos dia dalam bahasa berlagaknya dipanggil, "Ijazah Sarjana Muda Syariah(Ekonomi Dan Perbankan Islam)"*siap letak bracket lagi tu*.

Inilah benda yang aku minat, ada maths and syariah. Ini lah yang akan aku perjuangkan sampai aku umur 53. 54 dah pencen, honeymoon ngan isteri plak. Tapi bidang ni buat aku rasa nak berjuang. Tak banyak pun ustaz-ustaz yang pakar dalam bidang nih. Ustaz-ustaz nak bagi kursus kawin banyak.

Tapi bila aku apply MARA, rupanya aku tak bleh apply sebab takde akaun and ekonomi. Kalau aku nak amik medic, aku bleh amik. Kalau aku nak hidup senang, kuar dah dijamin kerja, aku boleh amik medic. Tapi lepas tu, untuk apa aku hidup?? Apa yang aku nak perjuangkan lagi?? Doktor berjuang menyelamatkan nyawa. Aku, aku nak berjuang menyelamatkan IMAN. Masa tu aku memang kena pilih. Sampai kawan aku tpon aku, dia cakap,

" Tu lah botet...ko bodoh. Dah 11A tak nak amik medic. Tgok macam kitorg ni(yg straight A), amik medic, apply JPA, kan senang. Ni ko lepaskan MARA semata-mata nak amik perbankan islam ko tu. Ko ni...sia2 je 11A. Yelah, sekarang ko cakap ko tak minat. Tapi tgok 10 tahun akan datang, masa kitorg dah berjaya, dah kaya, ha...baru terngadah..."


Aku 11A and aku sia-siakan result aku?? 11A aku tu complete semata2 belas ikhsan Tuhan. Aku tak bijak pun. Sebab tu aku sentiasa rasa macam aku berhutang sesuatu dengan Tuhan. Sesuatu yang aku kena bayar balik. Dan dengan mengabaikan segala potensi yang aku mungkin ada dengan dapat 11A, aku harap yang aku dah tunjukkan kat Tuhan yang aku betul-betul ikhlas.

Aku abaikan medic.

Aku abaikan engineer.

Aku 11A, tapi aku apply Perbankan Islam. Perbankan Islam ialah sesuatu yang kalian pandang rendah. Sesuatu yang mak tak pernah ajar anak untuk ambik. Mak cuma ajar anak jadi doktor dan engineer jer. Sebagai hadiah daripada aku untuk Tuhan. Sebagai bukti keikhlasan aku.

Tapi kalian anggap aku bodoh sebab tak gunakan potensi yang ada. Aku dipertikai oleh kawan-kawan aku, and parent aku. Tapi lama-lama parent aku setuju jer. Nak buat macam mana. Tapi aku teruskan jugak. Aku tak boleh patah balik lagi. Aku dah pergi sejauh ni. Aku pun dalam dilema jugak.

Kawan aku pernah cakap,(dia pun dah amik perbankan islam)
"Kita nak cari orang yang boleh cakap pasal agama, boleh keluarkan dalil, dan boleh kuarkan hujah menentang riba' perbankan konvensional. Kita ialah orang yang akan buat pembaharuan kat negara ni. Kita kena ubah sistem ekonomi kapitalis ni. Kita kena buang dia jauh-jauh. Sebab tu walaupun Perbankan Islam kat IKIP ni cuma syaratkan kredit dalam PQS, PSI and BAT, takkan la kita nak orang yang buat pembaharuan kat negara ni orang yang akademiknya cukup-cukup makan?? Kita nak lawan orang kafir ni. Kena yang hantar orang yang TERBAIKKK..."


Aku harap, aku lah orang yang akan berjuang and buat pembaharuan tu. Aku ni, takde apa-apa pun. Semua belas ikhsan dari Tuhan. Sebab tu aku kena bagi Dia hadiah. Harap sangat aku dapat ambik bidang ni. Harap sangat-sangat. Sape yang baca entri aku nih, doakan la aku dapat amik bidang ni. May Allah bless.

Tuesday 26 April 2011

Temuduga Cikgu Yang Pelik

Hari ni aku temuduga cikgu. Datang-datang dah lewat 15 minit. Okay lagi. Temuduga kat Seremban lagipun. Pagi-pagi dah sesat jalan. Pulak tu, jam traffic sungguh teruk kat seremban ni. Memang menguji iman lah. Duhh.

So, malas nak panjangkan cerita. Aku dapat bilik N01B. Mujur bilik bukan macam bilik mayat. Tapi awal-awal dah silap susun fail. Cis. Aku letak sume sijil aku dalam fail. Termasuk sijil kawin. Tapi dia nak sijil je, tak nak fail. So aku dengan terhegeh-hegehnya kuarkan r semua barang aku dari fail. Mujur ganja yang aku seludup tak terkeluar sekali.

Soalan kumpulan yang aku dapat,

"Bagaimanakah aktiviti ko-kurikulum dapat membentuk keperibadian murid yang baik?"

Aku pun dengan spontan dan penuh dengan tipu daya pun jawablah,

"Saya sokong pandangan saudara Asyraf tadi. Bagi pendapat saya, secara peribadi, kesibukan yang dihasilkan oleh aktiviti ko-kurikulum itu sendiri akan membentuk para pelajar. Ada satu pepatah Arab yang berbunyi, Air yang tenang, akan dirosakkan oleh ketenangannya sendiri. Kita ambil contoh, air yang diisi dalam tempaya. kalau dibiarkan lama, pasti rosak. Tapi air yang mengalir, tidak akan rosak. Sebab tu bagi saya, dalam nak membentuk para pelajar ni, kita kena lebihkan aktiviti-aktiviti berunsur rohani. Macam pengalaman saya kat sekolah dulu, saya ada terlibat dengan Nadwah Kepemimpinan Islam. kalau yang bukan Islam, kita boleh jemput pakar motivasi atau syarikat jururunding latihan untuk bagi ceramah. Saya percaya yang aktiviti seperti ini dapat membentuk keperibadian yang mulia. Lagipun, bila para pelajar ni sibuk, diorang tak ada masa lah nak buat benda pelik-pelik...."

Ceh, ayat memang ayat student SBP yang kompeten.



                                                     Mungkin aku 10 tahun akan datang

Bila aku kuar bilik je, kawan-kawan sume tanya,
"Hang ni hebat betoi...eden ketar2 lutut ni ha..."
"Hang dah pnah pi tmuduga lain sebelom ni??"


Padahal aku LEBAT JER.

Lepas tu tmuduga individu. Ni paling lawak.



F:Aku M: Penemu duga lelaki

M: Saya tertarik dengan pepatah arab tadi. Dan awak cakap awak pernah pergi nadwah la, dengar ceramah la. Ni saya tgok pun Quran Sunah dan Syariah awak A+. Kenapa awak tak mintak nak jadik ustaz??
F: (Ha'ah, baru aku terfikir) Er..sebab saya suka kat math. Kalau encik tgok, Addmath dan Math saya pun A+. So memang kena pilih la.
M: Awak pandai baca Quran?? Awak hafal surah tak?? 
F: Hafal la jugak dalam 2 3 surah.
M: Boleh baca surah sajdah?? Saya nak dengar surah sajdah.
F: Er...surah tu saya hafal tapi kurang sikit. Kalau Al-waqiah ke tahrim ke saya ok, boleh baca lancar.
M: Taknak, saya nak As-Sajdah jugak(aih, demand plak. aku nak amik cikgu math kot)


Tergagap2 aku baca.

Tu lah yang menariknye. Yang lain borak-borak kosong. Bukak topik pasal mak aku la. Macam mana mak aku org johor jumpe bapak aku org kelantan. Siap tanya kisah cinta parent aku. Ish, nyibuk je. Mujur tak bukak citer pasal mak tiri aku. Pasal 14 adik bradik aku HAHA. N pasal NKRA. N blah, blah blah. Tu je. Abis citer.



p/s:aku x citer pun pasal parent aku

Gudluck.

Sunday 24 April 2011

My Poem

Cinta Di Mata Seorang Ulama
Akan menghinalah mereka yang tak mengenal cinta
Sungguh cintamu padanya wajar adanya
Mereka kata, cinta buat kau gila
Padahal kau orang paling faham agama

Ku katakan pada mereka
Mengapa kalian iri padanya?
Jawabnya
Kerana ia mencinta dan dicintai pujaan jiwa

Bila masanya Muhammad mengharamkan cinta
Dan apakah ia menghina umatnya yang jatuh cinta
Janganlah kau berlagak mulia
Dengan menyebut cinta sebagai dosa

Janganlah kau pedulikan apa kata orang tentang cinta
Entah yang berkata keras atau halus biasa
Bukankah manusia harus menetapi pilihannya
Bukankah kata tersembunyi tak bererti diam seribu bahasa

*) Syair ini dikutip dari kitab :
– Tauqul Hamamah karya Ibnu Hazm al-Andalusi



















































Sunday 17 April 2011

Atheis

Well, kali ni tulisan aku agak-agak Islamik sikit(bukan selalu macam tu ke??), aku nak tulis pasal pandangan aku terhadap jenis-jenis orang yang mungkin kita akan jumpa kalau kita cakap pasal benda-benda agama.



ATHEIS
Atheis ni susah. Macam tak boleh nak cakap pasal agama langsung dengan diorang pun sebenarnya. Kalau search kat wikipedia, maksud atheis macam ni,



Atheism, in a broad sense, is the rejection of belief in the existence of deities.[1] In a narrower sense, atheism is specifically the position that there are no deities.[2] Most inclusively, atheism is simply the absence of belief that any deities exist.[3] Atheism is contrasted with theism,[4][5] which in its most general form is the belief that at least one deity exists.[5][6]

 Ateisme, adalah penolakan terhadap kepercayaan adanya Tuhan.




 Biar betul ada signboard ni tepi jalan??


Seriously, susah nak ajak borak ngan diaorang ni kalau pasal benda-benda agama. Aku pernah bukak dalam blogserius, masa tu ada komen pasal video Veena Malik.

http://blogserius.blogspot.com/2011/04/serius-bila-aktres-pakistan-layeth.html 

Antara komen yang atheis ni tulis,

"..since islam nye nama baik sgt la kan..sampai sesiapa yg dilahrikan islam takleh nk buat perkara yg xsenonoh..walaupun tak kacau org kalau tak boleh tetap tak boleh..skrg nie boleh tak org islam ni nak murtad..korang tak kasi jugak..korang kecam org murtad..islam is the real diktator now..u need to follow whatever they say..u dun follow u will be punished..if u wanna get out..u'll be killed for its halal bunuh org murtad..damn"
.
.
.
.
.
..
AND,


maybe ure a lucky man..or kau xpenah tanya cukup untuk dapat jawapan camnie..''benda2 cmnie takleh disoal..nnti sesat''..

kalau aku tanya ustaz..knp tuhan buat 100 billion manusia..pastu dia pilih yg siapa beragama islam je boleh masuk syurga..yg lain..yg xnah tau ada nya agama islam..yg lahir2 je dekat honduras semua akan masuk neraka..bias giler kalau camtu..

aku takyah tanya knp solat dan tutup aurat..i noe what dey gonna answer me..but what if i ask..knp tuhan buat manusia gay..pastu murka dorang..gay ni bukanya boleh di build..tapi dia naluri..macam mana kita suka pompuan camtue la dianya naluri..ibarat la kan..kau lahir2 kau suka pompuan..tapi agama kau suruh kau suka laki..
azab x kau nk ikut agama kau??..
kalau kau xdgr kau akan sentiasa dicerca..

can i ask these kinda question without u guys getting mad?.



Beb, mamat ni is seriously tegar bila kuarkan komen.

Lepas aku selidik, rupanya kebanyakan orang kat dunia ni yang lari daripada agama kebanyakannya tak faham hakikat qada' dan qadar Allah. Macam orang yang faham agama, mudah je nak sangkal. Mudah nak sangkal, tapi nak sedarkan si atheis ni sikit punya payah. Hidayah itu hak Allah. Manusia, cuma ada hak untuk berusaha.

Antara persoalan-persoalan yang tidak terjawab di minda sang-sang atheis dan menyebabkan mereka lari daripada agama ialah:


1) Kenapa Tuhan buat orang kafir, lepas tu Dia sendiri nak azab.

2) Kenapa Tuhan buat orang bapuk, lepas tu tak bg orang jadi bapuk pulak.

3) Kalau semua perkara ditentukan Tuhan, so lagi baik tak payah berusaha. Balik-balik Dia jugak yang
    buat semua.


Apabila persoalan-persoalan macam ni banyak timbul, and diorg tak bertanya, atau pun diorg tak dapat jawapan yang mengikut akal diorg, maka sedikit demi sedikit karakter yang menolak kewujudan Tuhan itu akan mula timbul. Dengan kebijaksanaan syaitan, fikiran-fikiran mereka akan mula beralih ke sudut dan perspektif yang lain, mempersoalkan perkara-perkara yang lebih kompleks. Makin lama, makin banyak persoalan yang tidak terjawab, at the end, mereka MENIDAKKAN TUHAN.

Sebab tu, dalam Islam, ada panduan berfikir. Kita boleh berfikir apa sahaja yang kita mahu,-bagus, kerana itu boleh trigger sifat ingin tahu. Namun apabila ianya tidak dikawal,same things happen-DISASTER. Dan sesetengahnya apabila ditanyakan, "Kalau mcm tu, siapa yg kawal dunia nih? Macam mana semua benda boleh terjadi??" Diorang akan jawab, "Itu ialah kuasa semulajadi yang terkandung kat alam ni untuk mengawal pergerakan dan kejadiannya sendiri.."

Sebenarnya segala sifat-sifat negatif yang ada dalam diri kita bertitik tolak daripada cara kita menerima sesuatu perkara. Macam aku selalu cakap,

"Hidup ialah apa yang berlaku ke atas kita, dan apakah refleksi(tindakan) kita terhadap perkara itu."

Sama ada kita nak ambil gelas tu sebagai separuh penuh atau separuh kosong. Sama ada kita nak jadi pesimis atau optimis. Sama ada kita nak percayakan Tuhan, atau tidak percayakan Dia.

Bak kata novel Hlovate, live well or live hell, we choose.

Aku pilih. Kita pilih. Aku pilih, untuk percayakan Tuhan. Anda??

Aku rasa lah, biasanya dalam diri atheis2 sekalian mungkin pernah terjadi sesuatu peristiwa besar. Peristiwa yang menjadi turning point untuk dia bertindak untuk tidak percaya. Makin lama, makin kelam, last2 diorg tak jumpa jalan.


Aku yakin, kalau persoalan qada' dan qadar ini difahami dengan sebaik mungkin, aku rasa mesti banyak masalah kat dunia ni akan selesai. Masalahnya, rata-rata kita tak dapat beza sejauh mana sesuatu itu diletakkan dalam lingkungan 'usaha manusia' atau 'ketentuan Tuhan'. Really, banyak antara kita yang tak faham.








Kuasa yang kita ada, ialah memilih. Hanya itu hak kita di dunia. Pilihlah untuk percaya. Tak salah percayakan Tuhan. Anda bermula sedikit, pasti Dia akan sambut anda. Wahai mereka yang tidak percaya, apabila tiba hari pengadilan, maka di saat itu kalian akan terngadah, dan di saat itu kalian akan menangis. Ketika ini, kalian boleh katakan apa sahaja, boleh mengutuk semua perkara. Di saat akhir, kalian pasti berharap, yang kalian boleh tersenyum.

Percayakan Tuhan, carilah kebenaran.



“..Barangsiapa diberi petunjuk oleh Allah,maka dialah yang mendapat petunjuk,dan barangsiapa yang disesatkaNya,maka engkau tidak akan mendapatkan seorang penolong yang dapat memberikan petunjuk kepadanya” (Al-Kahfi : 17)









  

Jiwang-jiwang

Er,..aku sebenarnya tak nak bercakap pasal cinta ni. Tapi aku memerlukan panduan, jadi aku cuba mengeluarkan pandangan, agar kita sama-sama beroleh manfaat. Mana yang aku tersilap, boleh sama-sama tegur, agar kita bertambah ilmu.

Dalam banyak-banyak artikel-artikel yang aku jumpa pun, banyak yang cakap kapel ni haram. Well, mari kita kaji, apakah makna couple ni sebenarnya??

"A male and female associated together; esp., a man and woman who are married or betrothed."

Orang yang tidak pernah jatuh cinta, mungkin senang sahaja mengatakan,
"Kapel ni haram!!"
"Korang tak takut neraka ke??"
"Ni zina semata-mata.."
Well, janganlah offense sangat.

Siapa kat sini pernah jatuh cinta?? Aku pernah. Siapa kat sini merindui dan mencintai buah hatinya sepenuh hati?? Aku cinta. Dan kamu katakan perasaan rindu aku itu sebagai zina hati?? Begitu?? Dan aku ingin bertanya kamu satu soalan. Adakah aku memilih untuk jatuh cinta??

Aku ini hanyalah manusia fitrah, aku bukan malaikat.

Kalau kamu katakan bahawa perasaan rindu itu sebagai zina hati, maka aku ingin katakan di sini, bahawa zina hati itu ialah apabila kita membayangkan bahawa kita dengan si dia...errrr.....okay, sambung ayat sendiri. Sume dah belajar bio masa F5.

Situasi A:
- "Aku berkapel. Tapi aku cuma chat dengan dia je. Aku duduk pahang, dia duduk  Johor. Kami tidak pernah berjumpa. Kami cuma declare bercinta, tapi kami tidak buat ayat-ayat jiwang pun. Maklum la, aku ni pendiam sikit. Mak pun tak ajar macam mana dia bercinta dengan ayah dulu."

Situasi B:
- "Aku berkawan. Tapi kawan baik kan, so rilek r main pegang-pegang. Kawan baik kan. Alah, bestfren mane bleh berkira sangat. Alah, setakat ringan-ringan ni, no hal lah."

Di mana yang salah?? Situasi A ke B yang salah?? Kapel tu salah ke?? Meluahkan perasaan cinta tu salah ke??

BUKAN ISTILAH KAPEL TU YANG PATUT DIBERI PERHATIAN. APA YANG KALIAN BUAT, ITULAH YANG MALAIKAT TULIS.



Daripada kita sibuk-sibuk marah orang pasal dia jatuh cinta, baik kita ajar dia bagaimana bercinta menurut Islam. Aku pun takde panduan jelas. Harap korang boleh bagi komen mungkin.

 Ingat satu perkara ni. Orang bercinta, fikiran mereka di langit, bukan di akal. Semakin kamu mencerca mereka, semakin jauh mereka dengan petunjuk. Mereka ini bergelora. Bantu mereka buat perkara yang betul. Sekiranya kita menekan mereka dengan salahnya jatuh cinta(ingat mulia sangat ke tak jatuh cinta??), semakin mereka bingung. Lepas tu mulalah buat perkara bukan-bukan.

Cinta yang betul, niatkan kamu ingin jadikan dia sebagai ISTERIMU, bukan KEKASIHMU. Mulakan langkah ke alam perkahwinan, bukan ke arah percintaan. Tak perlu berjiwang-jiwang. Tak perlu, tak perlu. Cinta yang sebenar, dihubungkan dengan hati, bukan dengan sms.

Well, maybe korang akan kata pulak,
"Awal2 dah pikir nak kawin?? Eeeii. gatai betul..."

So, pker nak kapel and cuba2 tu, tak gatal?? Hahaha. 

Apabila seorang lelaki meniatkan bahawa perempuan itulah yang akan dinikahinya, maka lelaki itu akan membina semacam keyakinan dalam dirinya. Bahawa inilah isterinya. So, aku assume yang lelaki ini akan bertindak lebih 'matang'. Takde la nak macam main cinta2 monyet nih. Apabila kita memandang seorang perempuan itu sebagai isteri kita, ia berbeza dengan perempuan yang kita pandang sebagai kekasih kita. Isteri, itulah wanita yang akan kita pimpin menuju ke syurga.
.
.
.

.
.
Kekasih, itulah yang kita pimpin ke panggung wayang and pusat bowling. (ye ehh??)


Apabila kematangan itu tiba, maka tindakan pun akan jadi lebih rasional. Anak dara yang kita pilih untuk jadi isteri kita, berbeza dengan anak dara yang kita pilih untk jadi kekasih kita. Isteri, dipilih dengan penuh akal dan tergalas tanggungjawab. Kekasih, dipilih sepenuh...er....naluri fitrah manusia dan tergalas beg beli belah yang awek kita suruh belikan. Lainlah, dude. Sangat lain. Orang tak pilih isteri main-main. So aku rasa bagi sesiapa yang nak start bina perhubungan tu, tanya dulu,

"Awak nak kawin ngn saya ke kalau saya suka awak??"
 Serius bunyi macam gatal. Terdesak sangat perempuan nih. Tapi tu satu2nya cara nak tau lelaki tu boleh dipercayai ke tak. Lagipun korang kan cakap yang lelaki ni tak boleh percaya?? Ajak je jumpa mak u terus. kalau tak berani, tak payah pandang lelaki camni. Haha.

Well, perhubungan antara lelaki dan wanita merupakan sesuatu yang serius. Amat serius. Kena jaga betul2.

may Allah bless.
(p/s, aku tulis ni kalau orang tu jatuh cinta sebab hati. Kalau cinta memang completely nafsu binatang semata-mata punya cinta, kite bakor je.)

Saturday 16 April 2011

Di Saat Dugaan Datang., Di Saat Kita Terduduk. (Part 2)

Pagi esoknya aku bangun awal. Aku sembahyang hajat, aku baca Al-Quran. Aku cuba menghadam apa yang terjadi. Terngiang-ngiang kat telinga aku ungkapan yang aku cipta sendiri, ungkapan yang aku pegang, dan ungkapan ni aku genggam sampai aku mati.

"Hidup ialah apa yang berlaku ke atas kita, dan apakah refleksi(tindakan) kita terhadap perkara itu."

Apa yang berlaku ke atas kita, itulah takdir Allah.

Refleksi yang aku buat tehadap ketentuan Allah itu, itu lah yang disebut sebagai "usaha manusia". Refleksi itulah yang menentukan hala tuju hidup kita, tindakan kita itulah yang menentukan syurga atau neraka kita akhirnya.

Aku percayakan Tuhan, aku percayakan diri aku. Pagi itu, aku redha tehadap segalanya. 

Lepas tu, aku bukak komputer, aku cuba cari jalan. Buat rayuan kat MARA mungkin. Then aku pertimbangkan untuk jadi cikgu. Aku belajar untuk ubah impian aku. Aku tak boleh patah balik, dan aku tak boleh sedih lagi. Masa depan aku masih jauh. Ini baru permulaan. Cuma, aku bermula dengan kegagalan. Itu sahaja.

Rupanya, segala impian aku, semuanya berorientasikan untuk cuba mendekati Tuhan. Aku hamba yang teruk. Aku tak alim,dan aku kadang-kadang terjerumus jugak untuk buat dosa, buat maksiat. Tapi aku selalu sedar yang Tuhan tak pernah putus-putus bagi nikmat kat aku. Aku tahu hakikat tu lama dulu, tapi aku tahu yang aku takkan dapat balas semua jasa Tuhan kat aku. Aku mesti, aku mesti jadi hamba yang bersyukur.

Masa aku pilih nak ambil sains agama, aku fikir mungkin inilah jalan untuk mendekati Tuhan. Padahal masa tu aku dapat B arab.

Masa aku pilih nak amik perbankan islam, aku fikir, mungkin dapat sejukkan hati Tuhan. Aku banyak sangat buat dosa. Dan aku bertaubat, tapi ulang balik kesalahan. Aku hamba yang teruk. But He is the best.

Okay, maybe korang cakap,
"Alah, tak dapat MARA je kot. Aku ni tak dapat straight A pun...xde la meraung macam tu sekali."

Aku hidup untuk percaya yang aku boleh berjuang untuk Tuhan. Yang Dia pasti akan tolong kalau aku bertindak berjuang untuk jalan-Nya. Dan bila aku tak dapat MARA, aku rasa dikhianati. Oleh siapa?? Yup. Oleh Tuhan. Naudzubillahimindzalik.

Tapi lepas tu, aku rasa seolah-olah Tuhan katakan kepada aku sesuatu. Well, memanglah Dia tak cakap kat aku. Tapi internal mind aku cakap macam ni,

"Kamu katakan kepada Aku bahawa kamu ingin berjuang di atas jalan-Ku. Dan aku terima pernyataan itu daripada kamu. Namun bukan kamu yang tetapkan jalan macam mana yang kamu ingin perjuangkan. Aku yang tetapkan. Kerana Aku Amat Agung. Maka redhalah Engkau terhadap ketentuan-Ku. Boleh jadi kamu berjuang dengan berperang. Boleh jadi kamu berjuang dengan mengajar. Boleh jadi kamu berjuang dengan berniaga. Niatlah kerana-Ku, sujudlah kepada-Ku. Berjuang lah untuk Ku, dan redhalah terhadap jalan apa yang aku pilihkan untukmu. Buatlah dengan terbaik. Dan Aku pasti tentukan yang terbaik untuk kamu. Percayakan Aku.  Wahai hambaKu, beusahalah. Selebihnya serahkan kepadaKu..."




ALHAMDULILLAH. Tuhan, aku percayakan Engkau sehingga akhirnya.

:-)

Di Saat Dugaan Datang., Di Saat Kita Terduduk. (Part 1)

Di saat dugaan datang, semua orang nak bagi nasihat. Semua orang boleh bagi nasihat pun. Tapi yang merasa, tetap kita. Hari jumaat ari tu aku cek result MARA. Punya la berharap. maklum la, result kita kan cemerlang.

"931028-06-5531"
.....
.
.
"Maaf, permohonan anda tidak berjaya."
...............

Aku macam tak percaya. I mean, kita dapat 11A. And kita bukan mintak benda pelik-pelik pun. Tak mintak medic pun. Orang mintak perbankan islam je. Dah tu, tak dapat. I mean, what the heck that happenend?? Jizz.
Masa tu meraung punya la kuat. Bapak tak boleh terima kenyataan. Seriously. Amat tak sangka, memang tak boleh jangka pun. And then menatang kejadah petak yg boleh terima gelombang pun vibrate:

Izzat: Weh, ko dapat tak MARA??
Fai: Tet, ko dapat MARA x??
Anonymous: Bro, MARA ko dah cek belum??
.
.
.
..
MARA: HAHAHAHA,...ko x dapat...padan muke...
.
.
..........................................
= ="




Tapi masa tu macam kena histeria. kalau budak kecik menangis tendang2 pintu. kalau orang besar menangis baling2 hp. Yup. Berkecai habis Nokia C1-01. Lepas berkecai tu, aku pasang and lepas tu baling semula. pasang baling semula. Macam nak gila. Memang gila pun. Hantuk kepala kat lantai banyak kali. Dang. Dang. Dang. Seriously, mak aku panik giler.

 
                                                          Nokia yang cambest. Murah je.


Lepas tu, mak aku suruh semayang asar. Tuhan pun suruh jugak. Aku amik air semayang, and semayang. Pulak tu, aku semayang pakai baju kemeja and tie yang aku baru beli untuk pergi temuduga MARA. Memang best lah. Rasa macam semayang formal gila. Ni barulah dinamakan semayang. Kena nampak cantik. Semayang kan untuk Tuhan. Bukan nak jumpe awek je kene pakai cantik2.










Aku pakai kemeja, tie, kopiah hitam n kain pelikat. Cool habis.

But really, kecewa sangat-sangat. Amat. Aku hampir-hampir kena telan hakikat yang dapat 11A ni takde makna. Memang lah ada makna. Tapi MARA ni, aku harapkan sangat-sangat. Bayanglah, Bank Negara, Petronas, TM,and MARA. Sume tak dapat. Aku tak tahu apa dah jadi sebenarnya. Pening. Kepala aku pening sangat(memanglah, takdi hantuk kepala kat lantai sape suruh). Menangis habis. tertekan sangat-sangat. Then bapak aku lalu die cakap,

"Ayah ingat kamu ni cerdik. Rupenye bodoh! Ade ke sebab benda kecik tu pun nak nangis. Tu lah, ego sangat!!"

MEMANG SEDAP.
Yum yum.

Then, aku peluk Al-Quran. Aku letak atas badan aku. Aku tak semayang Isyak lagi, tapi nak tdo dah. Boleh semayang esok. Aku cakap dalam hati,

"Tuhan. Aku kecewa sangat-sangat. Amat. Aku dah cuba yang terbaik. Aku nak sangat-sangat amik perbankan islam ni, aku nak sangat biasiswa mara. Aku malu dengan cousin2 aku. Aku malu dengan kawan-kawan aku. Aku tak tahu macam mana nak terima benda nih. Aku dah sampai tempat tertinggi, dan aku terjatuh ke lantai yang paling bawah. Aku ingat, apabila aku niatkan kerana Engkau, Engkau akan membantu aku. Aku ingat, aku nak jadi pejuang, aku nak jadi kuat sebab Engkau. Aku ingat nak berjuang dalam bidang perbankan islam ni, aku ingat aku nak berjuang menentang riba'. Aku penat. Amat penat. Minggu ni minggu yang buruk bagi aku. Semua serba tak kena. Aku tak faham. Tuhan. Aku takut aku tak dapat terima ketentuan Engkau. Dan apa yang terjadi ni, semua tindakan aku daripada tadi, seolah-olah aku pertikaikan ketentuan-Mu. Aku takut aku tidak bersyukur terhadapMu. Tapi aku juga perit untuk menerima semua ni. Tuhan. Aku bukan hamba yang terbaik untuk Engkau. Tapi aku nak Kau tahu, Kau lah Tuhan yg terbaik untuk Aku. Bantu aku untuk redha. Apa-apa yang akan jadi selepas ini, tak kiralah dari segi perubahan sikap aku, perubahan iman aku, atau apa-apa sahaja yang aku lakukan yang mungkin menyebabkan kemurkaanMu, aku nak Kau tahu. Bahawa aku pernah mencintaiMu. Aku pernah cuba untuk mendapatkan cintaMu."



Malam itu, penuh dengan linangan air mata.