Tuesday 26 April 2011

Temuduga Cikgu Yang Pelik

Hari ni aku temuduga cikgu. Datang-datang dah lewat 15 minit. Okay lagi. Temuduga kat Seremban lagipun. Pagi-pagi dah sesat jalan. Pulak tu, jam traffic sungguh teruk kat seremban ni. Memang menguji iman lah. Duhh.

So, malas nak panjangkan cerita. Aku dapat bilik N01B. Mujur bilik bukan macam bilik mayat. Tapi awal-awal dah silap susun fail. Cis. Aku letak sume sijil aku dalam fail. Termasuk sijil kawin. Tapi dia nak sijil je, tak nak fail. So aku dengan terhegeh-hegehnya kuarkan r semua barang aku dari fail. Mujur ganja yang aku seludup tak terkeluar sekali.

Soalan kumpulan yang aku dapat,

"Bagaimanakah aktiviti ko-kurikulum dapat membentuk keperibadian murid yang baik?"

Aku pun dengan spontan dan penuh dengan tipu daya pun jawablah,

"Saya sokong pandangan saudara Asyraf tadi. Bagi pendapat saya, secara peribadi, kesibukan yang dihasilkan oleh aktiviti ko-kurikulum itu sendiri akan membentuk para pelajar. Ada satu pepatah Arab yang berbunyi, Air yang tenang, akan dirosakkan oleh ketenangannya sendiri. Kita ambil contoh, air yang diisi dalam tempaya. kalau dibiarkan lama, pasti rosak. Tapi air yang mengalir, tidak akan rosak. Sebab tu bagi saya, dalam nak membentuk para pelajar ni, kita kena lebihkan aktiviti-aktiviti berunsur rohani. Macam pengalaman saya kat sekolah dulu, saya ada terlibat dengan Nadwah Kepemimpinan Islam. kalau yang bukan Islam, kita boleh jemput pakar motivasi atau syarikat jururunding latihan untuk bagi ceramah. Saya percaya yang aktiviti seperti ini dapat membentuk keperibadian yang mulia. Lagipun, bila para pelajar ni sibuk, diorang tak ada masa lah nak buat benda pelik-pelik...."

Ceh, ayat memang ayat student SBP yang kompeten.



                                                     Mungkin aku 10 tahun akan datang

Bila aku kuar bilik je, kawan-kawan sume tanya,
"Hang ni hebat betoi...eden ketar2 lutut ni ha..."
"Hang dah pnah pi tmuduga lain sebelom ni??"


Padahal aku LEBAT JER.

Lepas tu tmuduga individu. Ni paling lawak.



F:Aku M: Penemu duga lelaki

M: Saya tertarik dengan pepatah arab tadi. Dan awak cakap awak pernah pergi nadwah la, dengar ceramah la. Ni saya tgok pun Quran Sunah dan Syariah awak A+. Kenapa awak tak mintak nak jadik ustaz??
F: (Ha'ah, baru aku terfikir) Er..sebab saya suka kat math. Kalau encik tgok, Addmath dan Math saya pun A+. So memang kena pilih la.
M: Awak pandai baca Quran?? Awak hafal surah tak?? 
F: Hafal la jugak dalam 2 3 surah.
M: Boleh baca surah sajdah?? Saya nak dengar surah sajdah.
F: Er...surah tu saya hafal tapi kurang sikit. Kalau Al-waqiah ke tahrim ke saya ok, boleh baca lancar.
M: Taknak, saya nak As-Sajdah jugak(aih, demand plak. aku nak amik cikgu math kot)


Tergagap2 aku baca.

Tu lah yang menariknye. Yang lain borak-borak kosong. Bukak topik pasal mak aku la. Macam mana mak aku org johor jumpe bapak aku org kelantan. Siap tanya kisah cinta parent aku. Ish, nyibuk je. Mujur tak bukak citer pasal mak tiri aku. Pasal 14 adik bradik aku HAHA. N pasal NKRA. N blah, blah blah. Tu je. Abis citer.



p/s:aku x citer pun pasal parent aku

Gudluck.

No comments:

Post a Comment