Saturday, 28 January 2012

Islam Dan Ego: Ego Dalam Beragama

Assalamualaikum kepada mereka-mereka yang masih ada 'Islam' dalam diri mereka. Kalau takde dalam diri pun, harap-harap masih ada di dalam IC.

Hari ni kita akan cakap pasal ego. Ego ni jarang orang bercakap tentang dia and jarang orang ambil tahu. Tapi InsyaAllah aku akan brief sikit pasal ego. Oh ya, segala yang aku tulis semua bukan idea aku tapi aku amik daripada lecture Ustadh Nouman Ali Khan yang bertajuk "Islam And Ego" This video got almost 200000 viewer by the way.

Ego Jiwa Muda-Mudi


Ada satu budaya atau kecenderungan kepada orang muda Muslim yang mengikut 'jalan agama', yang mana mereka sebelum itu telah melalui satu proses hidup yang teruk. I mean, sebelum tu mereka minum arak, dadah, bercumbu etc etc, dan akhirnya ada sesuatu berlaku kat hidup mereka ni dan mereka rasa mereka nak beragama. Banyak orang-orang muda melalui proses macam ni dan well, it's good.

Mereka nak mula serius dalam beragama.

Tapi yang terjadi lepas tu, bila mereka semakin lama semakin serius dan fokus dalam beragama, akhirnya mereka betul-betul menjadi serius terhadap agama. Mereka menjadi rigid. Mereka jadi agak keras. Dan akhirnya mereka akan menjadi 'cikgu'. Ya, cikgu. Unik, bukan?

Tidak kira lah cikgu di facebook, cikgu kepada kawan-kawan mereka, cikgu kepada keluarga mereka, cikgu di blog, mereka nak menjadi orang yang menjelaskan agama. Mereka menjadi ghairah.
Mereka akan mula memahami dan perasan yang orang-orang di sekeliling mereka tak sama dengan mereka.
Lagu yang mereka dengan tak sama dengan yang orang lain dengar.
Ulama-ulama dan tokoh-tokoh agama yang menjadi pujaan mereka tak sama dengan orang lain yang jadikan artis sebagai idola.

Mereka perasan yang, cara orang lain memandang dan memahami agama berbeza dengan cara mereka faham.
Dan apa yang akan mula berlaku ialah, first mereka akan mula frust dengan orang-orang di sekeliling mereka terutamanya keluarga mereka. Adik mereka yang keluar malam. Kakak mereka yang tak tutup aurat. Dan ayah mereka yang tak sembahyang di masjid. Dan serba-serbi yang mereka pandang yang tak sama dengan Islam yang mereka faham, mereka akan label tak islamik.

Keluarga aku tak islamik.

"Kenapa mereka tak faham?? Inilah cara nak fahami agama ni.!!"

Hati mereka berteriak.

Dan bukan keluarga sahaja. Rakan-rakan. Well, of course kawan-kawan akan effect. Mereka yang tak nampak islamik. Ataupun yang islamik, tapi jalan agama mereka lain daripada kita. Kita masuk IKRAM. Kawan-kawan kita semua masuk HALUAN. Semua masuk tabligh. Tak pun kita masuk PAS, member-member kita UMNO.

Kita akan berbeza dengan mereka.
Cara nilai dan cara pandang, kita akan berbeza dengan mereka.

Ataupun mereka rigid terhadap sesuatu hal, kita tak rigid terhadap hal tu.

"Batas hubungan antara lelaki dan perempuan macam ni dan macam ni."

Then ada orang bagi pandangan,
"Aku rasa lelaki dan perempuan masih boleh bergaul macam ni macam ni asalkan mereka macam ni."

"Eh?? Korang nak lawan agama ke apa?! Kan dah terang-terang ayat ni dalam hadis. Tak takut ke menokok tambah dalam agama?"

We become that diluted. Seriously. True story.

Makin lama, makin susah untuk mereka ni bertoleransi dengan orang lain yang tak sama mind setting and pendapat dengan mereka. And mereka akan makin banyak mempersoalkan orang lain. Persoalkan tindakan orang lain.

Akhirnya, bila jumpa orang yang tak sama idea dengan kita.,
"Kamu salah. Aku betul."

Macam ni cara nak beragama. Bukan macam ni. Dan sikap ini develop and bercambah dalam diri mereka.



Well, ada banyak sebab kenapa benda ni terjadi. Orang muda akan rasa mereka buat benda yang betul. Amar makruf dan nahi munkar. And mereka seolah-olah mendapat suatu kuasa dorongan untuk tegakkan apa yang mereka percaya and faham.

"Aku buat benda yang betul, kan?"

Anda betul tapi orang lain tak salah. Tu yang sebenarnya.

And sikap macam ni tak banyak mendekatkan orang kepada agama sebenarnya. Sebab tu ramai yang lari daripada agama.

Agama dijadikan satu study subject yang hanya berdiri atas fakta. So kita akan bahaskan benda ni betul atau salah, halal atau haram. Tapi roh Islam tak ada.

Inginkan Kuasa atau Superior atas Sesuatu










You know, sebelum mereka-mereka ni dapat hidayah Tuhan, mereka pernah mendapat perhatian. Dalam ahli kumpulan mereka. Kawan-kawan mereka. Ahli keluarga mereka. Mereka dapat kasih sayang and tumpuan daripada orang-orang di sekeliling mereka.

Tapi bila mereka jejakkan kaki dalam this religious stuff and all that, mereka hilang semua tu. Perhatian semua. Kawan-kawan yang lepak dengan diorang dah tak lepak dengan diorang dah. Adik beradik yang pakai tudung, mungkin akan treat diorang sedikit berbeza dari adik beradik yang lain.

And mereka nak perhatian.

Sebab tu kita ada "Sheikh-sheikh facebook" sekarang yang mempelopori post-post di group-group Islamik di FB dan kalau kita perhatikan, mereka asyik nak menangkan pendapat mereka.

Mereka nak tunjukkan superiority mereka. So bila mereka terangkan agama kepada orang lain, mereka akan terangkan dalam bentuk yang menunjukkan kehebatan mereka, ketinggian ilmu mereka.

Dan banyak orang akan like dalam Facebook bila ada gaduh-gaduh and berbeza pendapat.

Dan mereka mendapat perhatian.

"Saya belajar kitab ini dan ini. Rujukan saya ialah maulana ini dan ini.!"

Itu yang mereka kata.

To show their superiority.

Mereka kena pastikan orang lain nampak lebih rendah daripada mereka.

"Mereka tak tahu agama. Aku yang tahu agama"
Bila berbahas tak mendatangkan apa-apa, tak ada result, tak dapat menunjukkan kehebatan mereka, they will come out with,

"Aku tak akan menang berbahas dengan orang jahil".
Dengan egonya mereka update status facebook. Sesuka hati label orang jahil dan diri mereka sangat pandai.

Last sekali, agama itu sendiri akan jadi suatu medium untuk kita tunjukkan ego kita.
Itu yang berlaku.

Again, true story.

Well, sampai sini jer untuk Part 1. Lepas ni ada lagi Part 2 yang akan kita bincangkan lebih lanjut pasal ego nh.

Best borak pasal EGO ni sebab ianya dosa pertama yang dilakukan oleh makhluk Allah iaitu Iblis.

Untuil NEXT TIME ;-)

Asslamualaikum.



No comments:

Post a Comment