Sunday, 5 February 2012

Why Does It's So hard To Show LOVE??



Seorang isteri yang suaminya tak balik 2 bulan akhirnya menelefon suaminya,
“Abang, bila abang nak balik? Adik rindu dekat abang ni. Anak dalam perut adik ni pun dah menendang-nendang dah ni rindu dekat abang ni…hehe (^^)”

Suaminya pun menjawab, “Esok abang balik k.”

So esoknya pun isterinya pun persiapkanlah lauk pauk yang sedap-sedap. Rumah pun dia kemas elok-elok. Maklum la suami tercinta and baru kahwin so love mereka ni berbunga-bunga lagi. Badan dia pun dia persiapkan wangi-wangi untuk bagi suaminya kekal tertarik kepada dia.

Sesampainya suami dia dekat rumah, isteri dia tanya,
“Abang, kenapa lewat?”

Suami dia yang penat pun membalas,
“Tadi dekat corner jalan depan tu ada accident, traffic jam sebab tu abang lambat.”

Isteri dia pun tanya,
“Eh? Tadi adik baru lalu pergi kedai kat simpang tu tak ada accident pun?”

Suami dia yang dah penat pun membentak,
“AHH, lantak dialah nak accident ke tak accicdent. Pergi mampus je semua.”

Kenapa tak boleh terus terang je cakap “I love you” dulu?

Apa Yang Akan Berlaku Lepas Tu?

Makan malam tu akhirnya jadi hambar.

Lauk yang sedap pun tak ada rasa. 2 bulan suami dia pergi oversea, tapi macam tak ada apa yang nak diborakkan.

Si isteri pun akan terfikir,
“Suami aku ni tak hargai ke effort yang aku buat untuk dia ni? Aku masak sedap-sedap. Rumah aku kemas elok-elok. Badan aku ni dah tak menarik ke? Anak ni baru umur 2 bulan. Takkan la aku dah tak menggoda? Ish, suami aku ni ada perempuan lain agaknya masa dia kat oversea tu!”

She became that diluted.

And yet, she doesn’t kiss her husband yet.









Antara Ibu Dan Anak

Seorang anak lelaki yang taat setia kepada ibu dia, selalu call mak dia petang-petang setiap 3 hari sekali. Bila dia call mak dia, mak dia cakap elok-elok je. Pesan dekat anak suruh belajar. Pesan dekat anak suruh sembahyang. And bermacam-macam pesanan, semuanya dipesan dengan lemah lembut dan baik-baik.

Si ibu penat bekerja cari nafkah untuk anak-anak. Si anak belajar bermati-matian untuk membalas jasa ibu dia kepada dia.

Then anak dia telefon mak dia,
“Ibu, nanti along balik minggu depan.”

Si ibu pun kemas lah rumah elok-elok. Masak masakan favourite anak dia.

Anak dia pun sampai rumah, peluk cium mak dia and lepas tu letakkan beg banyak-banyak dekat ruang tamu. His mother bad habit yang lama pun kembali,

“Aih, ada ke orang nak tolong angkat beg tu ke bilik kamu? Pergi lah angkat ke bilik.”
Ibunya start membebel.

Anak lelaki dia ni cuma diam and angkat beg ke bilik.

“Baju ada nak basuh tak? Letak kat dalam mesin basuh. Kasut dekat luar tu kemas sikit. Sejadah kalau lepas semayang tu jangan biar je dekat situ. Angkat sidai dekat tempat sidaian. Mandi dulu, baru makan.”

Anak dia disambut dengan ‘arahan’.

Dan ibunya menganggap dia sedang ‘berbual’ dengan anak dia.

Di Meja Makan

Anak lelaki tadi masih terasa dengan bebelan mak dia. Maybe sebab penat, so lepas dileter makanan pun jadi tak sedap. Kat meja makan tu kebetulan ada sekali saudara mereka yang datang dari jauh.

So si ibu pun bukak cerita,
“Eh Fatimah, dah besar kan si Along ni kan? Pergi oversea dah dia.”

Si anak lelaki hanya mengunyah dan terus mengunyah.

“Kamu ingat tak masa kecik-kecik dulu, Farid ni selalu mandi bogel dekat paya belakang rumah tu. Mujurlah anu dia tak digigit ular! Hai..teringat makcik masa kamu berdua ni kecik-kecik.”

Farid hanya menahan. Mukanya merah.

‘Lawak jenaka lucah’ ibu dia tu sama sekali tidak memeriahkan suasana.








The POWER OF WORDS

Di sini ada beberapa perkara penting yang perlu dihigh-lightkan.

Si suami dan si Farid tu tadi sama sekali tidak menafikan jasa si isteri dan si ibu dalam hidup mereka. Isterinya tetap ialah orang yang bersusah payah mengandungkan anak. Si ibu tadi tetap ialah orang yang paling berjasa dalam mendidik dan mengasuh dia sehingga berjaya.

Cuma perlakuan di hadapan selalu berbeza dengan perlakuan di belakang.

Analoginya,
Lee sayang gila dekat bestfren dia, Ron. Padahal bestfren dia ni tikam belakang dia. Curi duit company. Lee masih akan percaya dekat Ron selagi mana Ron tak kantoi curik duit company, kan?

Ron is just pretending, but he get all the trust. Because he pretending in front of him. He show love in front of Lee.

Analogi kedua,

Farah sayang gila dekat member sekatil dia, Jue. Tapi Farah ni jenis mulut laser padahal dia tak maksudkan apa yang dia cakap. Di belakang Jue, Farah selalu kemaskan bilik, masakkan untuk Jue, kemas katil Jue. Tapi di hadapan Jue, Farah maki hamun Jue, and selalu sindir Jue.

And Jue dalam diam mengumpat and benci Farah dekat belakang. Because of what? Sebab Farah gagal
 untuk pamerkan kasih sayang di hadapan Jue.

Jue tak nafikan jasa Farah dekat dia. Tapi Jue tetap benci dia.

Get the point, right??

“Bila anda sayangkan orang tu, tunjukkanlah sayang di hadapan dia dengan betul.”

Sayang semua.






No comments:

Post a Comment