Saturday 10 December 2011

Ihsan; Sesuatu yang hilang.

Kita mulakan pembacaan entri kali ni dengan bacaan basmalah.

Then, kita teruskan entri ni dengan hadis tersebut,


Daripada Saidina Umar r.a beliau berkata: " Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang sangat putih bajunya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda-tanda perjalanan jauh dan tiada seorangpun di antara kami yang mengenalinya sehingga dia duduk di hadapan Rasulullah s.a.w. Lalu dia merapatkan lututnya ke lutut Rasulullah s.a.w dan meletakkan dua tapak tangannya di atas dua pehanya, lantas dia berkata: 


"Wahai Muhammad! Ceritakan kepadaku tentang Islam." Lalu Rasulullah s.a.w menjawab: " Islam itu ialah kamu menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, kamu mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji jika kamu mampu mengerjakannya." lelaki itu berkata: " Benarlah kamu!" Kami merasa hairan terhadapnya; dia bertanya dan dia juga membenarkannya.


Lelaki itu berkata lagi: " Ceritakan kepadaku tentang iman. " Baginda s.a.w bersabda: " Bahawa kamu beriman dengan Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari kiamat dan kamu beriman dengan kadar baik dan burukNya. " Lelaki itu berkata: " Benarlah kamu! "


Dia berkata lagi: " Ceritakan kepadaku tentang ihsan. " Baginda s.a.w menjawap: "bahawa kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya. Jika kamu tidak melihatNya, sesungguhnya Allah melihat kamu. "


Lelaki itu berkata lagi : " Ceritakan kepadaku tentang kiamat. " Baginda menjawab: " Tidaklah orang yang ditanya mengenainya (kiamat) lebih mengetahui daripada orang yang bertanya (maksudnya kedua-duanya tidak mengetahui tentang bila berlaku kiamat). "



Lelaki itu berkata lagi: " Ceritakan kepadaku tentang tanda-tandanya. " Baginda menjawap: " Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila kamu melihat orang yang tidak berkasut, tidak berbaju, miskin dan pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan. " Kemudian lelaki itupun pergi. Maka akupun menunggu beberapa hari. Kemudian Rasulullah s.a.w berkata: " Wahai Umar! Tahukah kamu siapakah orang yang bertanya itu. " Aku menjawab: " Allah dan RasulNya lebih mengetahui. " Sabda Rasulullah s.a.w: " Sesungguhnya dia adalah Jibril. Dia datang untuk mengajar kamu tentang agama kamu. "


Rukun Iman yang kita belajar daripada sekolah rendah tu, diambil daripada hadis ni. Rukun Islam pun diambil daripada hadis ni.

Rukun Ihsan?? Ada tak benda macam tu?

Kita terlupa pasal tu sebenarnya. Sebenarnya, ada sebab Ihsan ni termasuk sekali dalam hadis Nabi SAW yang masyhur tu.

Kita belajar tentang Islam. Ucap kalimah syahadah,solat, puasa, zakat, haji.
Kita belajar tentang Iman. Beriman kepada Allah, Nabi, Malaikat,  Kitab, Hari kiamat dan Qada' dan Qadar Allah.

Tapi kita terlupa tentang Ihsan.
Well, what is this so-called Ihsan anyway??



Ihsan:The Missing Piece




                                                                   
                                                                       missing...




Jom check diri kita.
Sembahyang sudah.
Puasa sudah.

Zakat sudah.
Haji sudah.

Tapi kita masih tak dapat ubah diri kita. Tak, kita masih tak berubah. Masih dengan akhlak yang sama, kelemahan yang sama, dan kita hidup dengan keburukan diri kita tu bertahun-tahun.

Dan kita keburukan(sayyiah) diri kita tu akan dihisab oleh Allah Azza Wajalla.

Apa sebab kita dah beramal tapi tidak menjadi soleh??

Sebab kita tidak  membayangkan seperti kita melihat Allah, dan Allah seperti melihat kita.

Dan itulah IHSAN.

Ketika bersembahyang, kita tak pernah bayangkan Allah melihat gerak geri kita. Hati kita bertumpu kepada yang lain.

Masa kita puasa, kita ikut orang. Masa kita puasa sunat, terutama masa hari-hari sunat berpuasa, kita selalu tanya, "Amir,ko puasa tak esok? Esok hari Asyura. Kalau ko puasa aku puasa.."

Masa kita berzakat, kita bayar zakat sebab kita tau cukai pendapatan kita akan dipotong sikit dengan bayar zakat.

Masa kita pergi haji, kita nak dapatkan title 'Tuan Haji.'

Di mana Allah di hati kita??

Ihsan mengajar kita hidup dengan berpaksikan Allah.

Bila beribadat, kita nak tunjuk kepada Allah, bukan orang lain.
Bila kita rasa nak buat dosa, kita tahu Allah nampak kita.

Ihsan ialah asas yang melengkapkan IMAN dan ISLAM.

Kenapa kita terlupa ea??





No comments:

Post a Comment