Friday 2 September 2011

Golongan-golongan yang Aku SUKA Buat Kawan

Dah lama aku tak tulis. Ni nak menulis la ni.

Aku suka berkawan dengan 4 Golongan. First, lelaki yang lebih TUA dari aku, lelaki yang TAK DIKENALI, lelaki yang lebih MUDA dari aku, and perempuan yang sebaya dengan aku. So, aku rasa entri yang ni aku akan tulis pasal golongan yang aku PALING SUKA antara 4 golongan tu.

Lelaki Yang TAK DIKENALI

Aku pernah diajar oleh ustaz aku sendiri, bahawa sekiranya kita inginkan ilmu, satu dunia boleh jadik guru. Well, aku tau la ayat tu sangat-sangat cliche. Tapi ada betulnya doe. So aku ada kecenderungan untuk tegur sesapa yang aku tak kenal, untuk diajak borak-borak. Bila kita ajak orang borak-borak, banyak yang kita boleh tau sebenarnya. Serius banyak. Macam aku naik teksi, aku ajak pemandu tu borak-borak, dia cerita pasal politik la, LINUS la, apa ke haram jadah ntah(aku x minat politik). Tapi, well, it felt very nice for just borak-borak dengan orang yang tak dikenali. And banyak lah ilmu-ilmu yang kita akan dapat hanya dengan 'borak-borak kosong'.

Kenapa orang yang tak dikenali?? Sebab orang yang tak dikenali tak tau asal usul kita. Diorang tak tau keburukan kita. So bila kita cerita masalah kita, kita mintak pendapat diorang, diorang boleh bagi pure advice berdasarkan situasi yang diorang dengar daripada kita. Diorang tak fikir keburukan kita. So biasanya nasihat yang diorang bagi and pendapat diorang akan jadik amat-amat rasional.

Lagipun, biasanya orang yang kita tak kenal, even kalau kita cerita masalah kita seteruk mana pun, diorang takkan heboh kat orang lain. Kalau kita mintak pendapat kawan-kawan kita, peratusan untuk dihebahkan dan diumpat serta diaibkan itu agak tinggi sebenarnya.

So, orang yang tak dikenali mampu memberikan aku:
1) Ilmu yang tidak bertajuk, means apa-apa ilmu aku boleh dapat dengan 'borak-borak'.
2) Pendapat yang sangat rasional. tapi kerasionalan pendapat tu biasanya bergantaung kepada kadar intelektual orang yang kita mintak pendapat tu.

Ada satu cerita

Aku ada citer. Tak tau korang nak dengar ke tak. Tapi aku tau korang nak baca. Citernya camni. Ari tu aku pergilah majlis alumni sekolah aku. Tapi aku pergi pagi jep. Petang aku da berambus da. So dalam keberambusan aku tu, aku pergi lah Megamall.



                                               Berjaya Megamall. Tak best mana pun. 
                             

Lepas aku beli buku tajuk dia  "Bertanya Tentang Tuhan", aku nampak lah sorang pakcik ni duk atas bangku. Sebelah dia ada ruang kosong. And sebelah bangku yang pak cik tu duduk ada satu lagi bangku yang memang kosong. Kalau korang, korang pilih yang mana?? Sapa yang nak duduk berkongsi bangku bila dah tersedia bangku yang kosong untuk kita, kan?? Tapi aku pilih untuk duduk sebelah pakcik tu. Sebab aku rasa aku nak sesuatu daripada dia. And aku akan dapat sesuatu kalau duduk sbelah dia.



At the end, ni lah yang aku dapat,





                                                        Aku malas taruk gambar ayam




Lepas dalam 10 min borak, dia pun belanja aku ayam Kenny. Sepanjang hidup aku, aku x pernah pun rasa ayam Kenny. Mahal kot. Dengan ayam pakcik Kenny ni lah kitorang berbuka hari tu.



So, the moral is, kalau korang nak kan ilmu, satu dunia bleh jadik guru. Bak kata pepatah India,

"Guru kan datang bila perlu".


p/s: Credit kepada Miss A yang sentiasa beri aku galakan untuk terus berblog. It takes the earth to find a person like YOU. =)


.
.
.
Kbye.

No comments:

Post a Comment