Friday 29 April 2011

Kenapa Agamawan Berdakwah Tak Berjaya


Cara Diorang Yang Tak Sesuai

Of course lah kalau nak ajak orang masuk Islam cara kena betul. Sume orang tau. Orang kristian pun ada cara diorang jugak nak tarik orang masuk Kristian.  Tapi ada segelintir dai’e ni dia tak boleh nak adapt dengan keadaan social mad’u tu. Mungkin dai’e ni pakai jubah putih+serban+sayap angel kat belakang dia. Sah-sah la diorang punya target lari. Kenapa diorang lari?? Sebab mad’u ni rasa dai’ e ni orang daripada dunia lain. Well, memanglah macam dunia lain, yang letak sayap angel sekali tu sapa suruh.


Dan bila berdakwah pun selalu gunakan bahasa-bahasa yang murni sangat. Jumpa orang pakai legging and singlet, bahasakan diri sebagai ana wa anti lagi. Nak tau apa yang girl separuh tak pakai baju tu fikir?? Dia akan fikir, ‘Bajet bagus lah minah ni…”. Ini dipanggil Islamophobia. Yakni anti dengan mana-mana unsur-unsur kopiah or jubah putih. Dan kebanyakan orang ada benda ni. Orang yang hati tak suci lah, korang dah pendakwah kompem hati suci dari lubuk hati nurani. Aku tahu, aku tak macam korang. 

Bayangkan. Korang pakai jubah putih, and korang ketuk pintu rumah orang. Kuar-kuar anak muda yang meningkat hormone kelelakiannya kuar pakai boxer. Korang ajak dia pergi masjid. Korang rasa apa yang orang muda tu buat??

Confirm lah tak pergi. Silap-silap parent dia keluar sekali halau korang, sape tau??

Lagi satu, pakai kopiah tu bukan NAMPAK PUN IMAN KORANG. Dia banyak based kepada peribadi orang tu sendiri. Aku pernah nampak orang tua yang pakai kopiah, tapi hisap rokok and bila tegur panas-panas baran. So apa yang jatuh?? Imej Islam tu lah jatuh. And aku pernah nampak orang keluar bandar tak pakai kopiah pun, tapi muka bersih, pakaian sopan. Bila ditegur polite gila. Kalau aku yang lelaki ni tergugat dengan peribadi lelaki ni, apatah lagi korang perempuan-perempuan muslimah di luar sana yang tak habis-habis bayangkan suami yang korang akan dapat ialah lelaki macam Ashraf Muslim.




                                                Korang mesti tergila-gilakan aku, kan??


 

Blog Diorang Membosankan

Ramai para agamawan telah discover bahawa salah satu cara diorang untuk ajak orang masuk syurga ialah dengan berblogging. Buat blog. Tapi masalahnya blog-blog diorang ni almost memboringkan sangat. Blog bila kita bukak penuh dengan kisah-kisah para sahabat, salafussalih, and cerita-cerita pedoman. Lepas tu bahasakan diri sebagai ana wa anti. Korang nak tau sape yang akan baca?? Orang yang memang cukup iman macam korang. Orang yang jalan-jalan pakai legging kompem tak baca blog korang.

And, diorang letakkan tajuk dah memang macam penghuni syurga orang agamawan. Seriously, ramai yang bila blog-walking, jumpa tajuk-tajuk blog yang berunsurkan Islam ni, diorang akan terus avoid. Sebab, bagi diorang, MEMBORINGKAN. Lagi satu, ramai yang tak boleh olah blog diorang dengan baik. Bukan lah aku suruh korang mencarut or cakap lucah semata-mata nak menarik orang. Tak, tu bukan maksud aku. At least, bahasakan diri macam orang yang pernah lalui remaja sikit. Biar orang yang baca rasa macam kita ni normal, kita ni orang yang buat mistakes. Most of them bahasakan diri macam malaikat.  



Lagipun, orang yang buat blog-blog Islamik ni aku tengok most of them PEREMPUAN. Tu kelemahan besar. Nak tau apa kelemahan perempuan?? Well, dia samalah macam korang tengok Jihan Maharaja Lawak. Perempuan kebanyakannya lack of the ability untuk menarik perhatian. Kurang kebolehan untuk mengolah. Sebab tu penceramah-penceramah banyaknya LELAKI. Sebab lelaki boleh tarik perhatian, boleh buat orang gelak. Lelaki ni interesting. Mungkin kaum hawa ni dah takde cara lain untuk tarik perhatian, so diorang pun pakailah sexy2. Mungkinlah, aku tak cakap pun. Perempuan, jarang boleh guna bahasa akal, blog diorang cuma guna bahasa hati jer.

Kalau nak buat benda baik, bukan kena ada niat yang betul je. CARA pun mesti betul. 

Aku tahu, niat and hati korang suci. Blog pertama aku dulu pun tajuk dia ada unsur-unsur Islamik macam ni rasanya. Tajuk pun dah nak macam calon penghuni syurga pun. Tapi satu masa aku realize yang if we want to drag someone from the mud, we must at least touch the mud. Ramai agamawan gagal buat macam ni. Ramai yang gagal memahami, jadi orang lain pun kompem tak nak memahami diorang. Bak kata Ustaz Hasrizal yang suka mencilok pepatah omputih, 

"Seek to understand, then to be understood"

Do you understand them??










3 comments:

  1. hmm,
    i got your point MR The Real Me :)
    adeh,gile star8 to the point!haha..its okay.
    hm,yup2!ISLAM agama yg syumul..and,kita tau,mostly org2 melayu yg Islam adalah Islam keturunan..so, pkai legging..boxer yg atas lutut..dah sah2 laa TAK menutup aurat kan?
    we NEED to give ADVISE.
    "kubur masing-masing??"
    yup.SEBAB kubur masing2 laa kita kena tegur menegur..KAN?if kita sume,dalam 1 kubur yang same,boleh share2 pahale,at least dapat gak pahala org yg ALIM right?
    BUT now,.kubur lain2 bhai,we need to take care of each other..
    DAKWAH ni,jgn STRICT + BERAT sgt~
    Rasulullah sendiri tunjukkn dakwah dgn cara yg sgt cantik,budi perkertinya..
    DAKWAH secara GILA2..hah,pernah buat?
    i mean,bila org yg kita nk nasihat tu,stylo. kita jgak kena jd stylo utk tarik dia..
    slow2..insyaAllah,Allah akan permudahkn..
    ISLAM AGAMA yg MUDAH dan SYUMUL :)
    btw,
    HATE the SIN. but NOT the SINNER~
    okay.
    waallahualam'

    ReplyDelete
  2. kubur masing-masing?? Ko jawab jer,
    TAPI MALAIKAT YG SAMA akan soal kita KAWAN...

    ^_^

    ReplyDelete
  3. tulisan yang berani.. bagus..

    aku nak tumpang sharing sikit..

    orang yang berminda kelas pertama ialah mereka yang berbicara mengenai idea. apabila mereka melihat satu masalah, perkara yang mereka akan buat ialah "bagaimana kita mahu selesaikan masalah itu?" mereka akan berikan idea dan terus mengimplementasikannya.

    orang berminda kelas kedua ialah mereka yang berbicara mengenai benda. apabila mereka melihat satu-satu masalah, maka mereka akan melihat masalah itu berpunca daripada benda tersebut, dan kita kena tukar benda baru..

    dan..

    orang berminda kelas ketiga pula ialah mereka yang suka berbicara mengenai orang (people). apabila mereka melihat satu masalah, maka benda pertama yang dipersalahkan ialah orang yang ada di sana.

    itu je.. =)

    ReplyDelete