Sunday 17 April 2011

Jiwang-jiwang

Er,..aku sebenarnya tak nak bercakap pasal cinta ni. Tapi aku memerlukan panduan, jadi aku cuba mengeluarkan pandangan, agar kita sama-sama beroleh manfaat. Mana yang aku tersilap, boleh sama-sama tegur, agar kita bertambah ilmu.

Dalam banyak-banyak artikel-artikel yang aku jumpa pun, banyak yang cakap kapel ni haram. Well, mari kita kaji, apakah makna couple ni sebenarnya??

"A male and female associated together; esp., a man and woman who are married or betrothed."

Orang yang tidak pernah jatuh cinta, mungkin senang sahaja mengatakan,
"Kapel ni haram!!"
"Korang tak takut neraka ke??"
"Ni zina semata-mata.."
Well, janganlah offense sangat.

Siapa kat sini pernah jatuh cinta?? Aku pernah. Siapa kat sini merindui dan mencintai buah hatinya sepenuh hati?? Aku cinta. Dan kamu katakan perasaan rindu aku itu sebagai zina hati?? Begitu?? Dan aku ingin bertanya kamu satu soalan. Adakah aku memilih untuk jatuh cinta??

Aku ini hanyalah manusia fitrah, aku bukan malaikat.

Kalau kamu katakan bahawa perasaan rindu itu sebagai zina hati, maka aku ingin katakan di sini, bahawa zina hati itu ialah apabila kita membayangkan bahawa kita dengan si dia...errrr.....okay, sambung ayat sendiri. Sume dah belajar bio masa F5.

Situasi A:
- "Aku berkapel. Tapi aku cuma chat dengan dia je. Aku duduk pahang, dia duduk  Johor. Kami tidak pernah berjumpa. Kami cuma declare bercinta, tapi kami tidak buat ayat-ayat jiwang pun. Maklum la, aku ni pendiam sikit. Mak pun tak ajar macam mana dia bercinta dengan ayah dulu."

Situasi B:
- "Aku berkawan. Tapi kawan baik kan, so rilek r main pegang-pegang. Kawan baik kan. Alah, bestfren mane bleh berkira sangat. Alah, setakat ringan-ringan ni, no hal lah."

Di mana yang salah?? Situasi A ke B yang salah?? Kapel tu salah ke?? Meluahkan perasaan cinta tu salah ke??

BUKAN ISTILAH KAPEL TU YANG PATUT DIBERI PERHATIAN. APA YANG KALIAN BUAT, ITULAH YANG MALAIKAT TULIS.



Daripada kita sibuk-sibuk marah orang pasal dia jatuh cinta, baik kita ajar dia bagaimana bercinta menurut Islam. Aku pun takde panduan jelas. Harap korang boleh bagi komen mungkin.

 Ingat satu perkara ni. Orang bercinta, fikiran mereka di langit, bukan di akal. Semakin kamu mencerca mereka, semakin jauh mereka dengan petunjuk. Mereka ini bergelora. Bantu mereka buat perkara yang betul. Sekiranya kita menekan mereka dengan salahnya jatuh cinta(ingat mulia sangat ke tak jatuh cinta??), semakin mereka bingung. Lepas tu mulalah buat perkara bukan-bukan.

Cinta yang betul, niatkan kamu ingin jadikan dia sebagai ISTERIMU, bukan KEKASIHMU. Mulakan langkah ke alam perkahwinan, bukan ke arah percintaan. Tak perlu berjiwang-jiwang. Tak perlu, tak perlu. Cinta yang sebenar, dihubungkan dengan hati, bukan dengan sms.

Well, maybe korang akan kata pulak,
"Awal2 dah pikir nak kawin?? Eeeii. gatai betul..."

So, pker nak kapel and cuba2 tu, tak gatal?? Hahaha. 

Apabila seorang lelaki meniatkan bahawa perempuan itulah yang akan dinikahinya, maka lelaki itu akan membina semacam keyakinan dalam dirinya. Bahawa inilah isterinya. So, aku assume yang lelaki ini akan bertindak lebih 'matang'. Takde la nak macam main cinta2 monyet nih. Apabila kita memandang seorang perempuan itu sebagai isteri kita, ia berbeza dengan perempuan yang kita pandang sebagai kekasih kita. Isteri, itulah wanita yang akan kita pimpin menuju ke syurga.
.
.
.

.
.
Kekasih, itulah yang kita pimpin ke panggung wayang and pusat bowling. (ye ehh??)


Apabila kematangan itu tiba, maka tindakan pun akan jadi lebih rasional. Anak dara yang kita pilih untuk jadi isteri kita, berbeza dengan anak dara yang kita pilih untk jadi kekasih kita. Isteri, dipilih dengan penuh akal dan tergalas tanggungjawab. Kekasih, dipilih sepenuh...er....naluri fitrah manusia dan tergalas beg beli belah yang awek kita suruh belikan. Lainlah, dude. Sangat lain. Orang tak pilih isteri main-main. So aku rasa bagi sesiapa yang nak start bina perhubungan tu, tanya dulu,

"Awak nak kawin ngn saya ke kalau saya suka awak??"
 Serius bunyi macam gatal. Terdesak sangat perempuan nih. Tapi tu satu2nya cara nak tau lelaki tu boleh dipercayai ke tak. Lagipun korang kan cakap yang lelaki ni tak boleh percaya?? Ajak je jumpa mak u terus. kalau tak berani, tak payah pandang lelaki camni. Haha.

Well, perhubungan antara lelaki dan wanita merupakan sesuatu yang serius. Amat serius. Kena jaga betul2.

may Allah bless.
(p/s, aku tulis ni kalau orang tu jatuh cinta sebab hati. Kalau cinta memang completely nafsu binatang semata-mata punya cinta, kite bakor je.)

5 comments:

  1. Al-Mutanabbi's;
    cinta itu lebih tua dari alam ini..
    kerana atas dasar Cintalah,Allah menciptakan alam ini..
    <3

    ReplyDelete
  2. aku skong ko,,, tp ko tlis ni ada tuju kat sape2 ke? hehehehe

    ReplyDelete
  3. hahaha,, aku sokong seratus empat bwlas ratus..

    ReplyDelete
  4. untungnye..harap2 laki tuh pnadang kite sebgai isteri..harap2 btol lah kalau die kate nk buat isteri kn..:))

    ReplyDelete
  5. like the statement; Cinta yang sebenar, dihubungkan dengan hati, bukan dengan sms. :)

    ReplyDelete