Thursday 28 April 2011

Jenis-jenis Orang And Pandangan Diorang Kepada Agama (Part 1)

Entri kali ni aku nak kupas pasal manusia sikit. Asik kupas pasal jiwang jer. Ni berkaitan dengan sifat-sifat manusia yang completely based on my personal opinion lah. Tapi disertakan hadis-hadis sikit, so entri ni patutnya ada rasa lemak berkrim sikit.


AGAMAWAN( Yang Lurus)


Golongan ni ialah golongan yang akan beli kopiah, and akan berkopiah. Tapi kalau diorang pakai kot atau blazer,biasanya they' alls akan pakai songkok. Agamawan ini terdapat di mana-mana sahaja di serta dunia, kerana Allah dengan sifatNya Yang Maha Memberi Hidayah telah bagi hidayah kat diorang. Bak kata Hadis Rasulullah s.a.w, "Barang siapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, maka dia akan diberi kefahaman akan agamanya".

Agamawan ni pendek katanya orang-orang alim la. Tak pun ada jiwa islamik dalam diri diorang. Kalau korang tegur diorang dengan bagi dalil sikit-sikit, insyaAllah diorang akan buat. Contohnya,

"Man, ko tolong aku boleh tak?? Pinjam 200. Bukan ke kalau kita tolong orang, Allah akan tolong kita kat akhirat..."

See, agak simple. Kalau korang ni daripada mu'tazilah or qadariah ke, korang buat artikel, then korang selit kat hujung artikel tu, "Rasulullah s.a.w bersabda, Sampaikanlah dariku walau satu ayat...". Kompem dengan sukarela lah diorang sebarkan, padahal tak tau pun benda tu betul ke tak. Kalau korang nak buat mesej berantai yang menyesatkan umat ke, korang jugak boleh sertakan ayat klise macam ni, "Sebarkan kalau korang sayangkan Islam!!"

Memang diorang terus request Credit Advance untuk forward mesej berantai korang tu.

And satu lagi yang interesting pasal diorang ni, biasanya mempunyai wajah yang suci murni, dari lubuk hati nurani. Memang pure lah. Senyuman manis, memang takde cacat cela. Kalau nak buat calon bini/suami, memang sesuai sangat. Agamawan yang bendul lurus ni jugak biasanya akan percaya semua yang diorang baca kat internet ke, asalkan related to Islam. Best apa. So aku agak diorang dah khatam video The Arrival and post kat wall diorag dan tulis, "Guys, tgok video nih kalau korang still sayangkan Islam..!"

Diorang boleh je percaya mana-mana artikel terutama artikel yang pangkah Yahudi. So maybe lah diorang takkan minum coca-cola, takkan makan KFC and MCD, and takkan topup sim MAXIS diorang. Diorang takkan bukak lampu pun mungkin. Kan lampu ni THOMAS EDISON YANG BUAT. Yahudi, kan??

Kalau golongan ni dari jenis perempuan, diorang mungkin suka percaya yang jodoh boleh datang bergolek. Diorang akan demand love-love story yang islamik punya. Nak tau cerita islamik dalam novel tu macam mana??

Lelaki pinang perempuan. Perkahwinan ditentukan family. Mula-mula si gadis memberontak taknak kawin awal. Lepas tu bila kahwin rupanya suami diorang nih  memang perfect ar cakap. Kacak+ Pandai baca Quran+ Pandai jadi imam+++. Korang tambah sendiri.


Okay, tu Agamawan yang BENDUL. Ahha!! Aku tak terasa pun. Sah-sah bukan aku.







AGAMAWAN (Yang Bijak)

Agamawan yang ni kategori bijak. Bijak maksudnya tak mudah tertipu, tak mudah percaya orang, kiranya adapt with real life la. Diorang tak lah macam bila ada orang mintak sedekah pakai compang camping je, terus hulur sepuluh. Kira diorang akan fikir gak r sama ada ni memang miskin or sindiket penipuan.

"Kita tolong orang, maka Allah akan tolong kita". Agamawan macam ni walaupun tahu dalil ni, tapi dia akan tolong orang secara bijak. Kiranya takde la aplikasikan dalil-dalil dalam semua keadaan. Diorang thinks twice, and thrice.

And, diorang tak lah jumud. Boleh dikatakan jiwa yang agak kontemporari. Boleh fikir dari sudut dunia, and dari sudut Islam.Takde lah macam orang bendul lurus agama yang mengekang sangat. Ini haram, itu haram. Yang lelaki terlanggar tiang sebab menunudukkan pandangan, yang perempuan suara jadi garau sebab tak nak buat suara manja takut menimbulkan fitnah. No, diorang tak macam tu.

Diorang mungkin dianggap memudahkan agama. Tapi, kan ke agama tu memang mudah. And, cara diorang nak sampaikan Islam tu biasanya diterima umum, sebab cara diorang yang tak berapa nak berkopiah and bahasa diorang yang agak mencarut mengikut peredaran zaman. So diorang punya mad'u terasa macam diorang ni sebahagian dari diorang. Kalau agamawan lurus tu, diorang act macam malaikat mungkin.








So, korang nak jadik yang mana??



p/s: lepas ni kita buat entri pasal orang takde agama plak.

3 comments:

  1. if nk jadi BOTH side of agamawan?
    bagaimanakah MR The Real Me?

    ReplyDelete
  2. Nak jadik BOTH?? Hmm, macam tak boleh campur jer.
    Still, both sides ada kelebihan masing-masing. Jap, apa yang alina nak gabungkan antara dua jenis orang nih??

    ReplyDelete
  3. haha..
    sorry,IGNORE kan soalan aku.

    AGAMAWAN yg SEMPOI~
    (jgn SALAH paham,aku tak mean kita perlekahkn agama bila cakap agamwan yg SEMPOI oke?)

    i mean,
    kita berdakwah dgn bijak dan lurus.
    bijak dlm mengikut jenis2 org yg kita nk tarik n lurus dlm bg fakta agama.
    yela,PEHAL n SAPE kita nk bengkok kn fakta agama kn?
    okay.like this laa.
    nk bg nasihat dlm Islam,
    jgn terus NAH!
    yg BERAT.kesian die nk angkat yg berat2..
    kasi laa yg RINGAN2 dulu..
    at least laa kn.
    "BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT"
    EH?
    mcm xde kaitan jer?
    cheh,hm,
    HAA!
    "SIKIT-SIKIT,LAMA-LAMA jd BUKIT"
    Hehe~
    LAGI2..
    (mood utk berSASTERA plak,)
    "IBARAT TARIK RAMBUT DALAM TEPUNG,RAMBUT TAK PUTUS,TEPUNG TAK BERSELERAK"

    sekian.
    waallahualam'

    sorry laa if comment ni tah pape.buat2 cam paham je okay?

    ReplyDelete