Saturday 16 April 2011

Di Saat Dugaan Datang., Di Saat Kita Terduduk. (Part 2)

Pagi esoknya aku bangun awal. Aku sembahyang hajat, aku baca Al-Quran. Aku cuba menghadam apa yang terjadi. Terngiang-ngiang kat telinga aku ungkapan yang aku cipta sendiri, ungkapan yang aku pegang, dan ungkapan ni aku genggam sampai aku mati.

"Hidup ialah apa yang berlaku ke atas kita, dan apakah refleksi(tindakan) kita terhadap perkara itu."

Apa yang berlaku ke atas kita, itulah takdir Allah.

Refleksi yang aku buat tehadap ketentuan Allah itu, itu lah yang disebut sebagai "usaha manusia". Refleksi itulah yang menentukan hala tuju hidup kita, tindakan kita itulah yang menentukan syurga atau neraka kita akhirnya.

Aku percayakan Tuhan, aku percayakan diri aku. Pagi itu, aku redha tehadap segalanya. 

Lepas tu, aku bukak komputer, aku cuba cari jalan. Buat rayuan kat MARA mungkin. Then aku pertimbangkan untuk jadi cikgu. Aku belajar untuk ubah impian aku. Aku tak boleh patah balik, dan aku tak boleh sedih lagi. Masa depan aku masih jauh. Ini baru permulaan. Cuma, aku bermula dengan kegagalan. Itu sahaja.

Rupanya, segala impian aku, semuanya berorientasikan untuk cuba mendekati Tuhan. Aku hamba yang teruk. Aku tak alim,dan aku kadang-kadang terjerumus jugak untuk buat dosa, buat maksiat. Tapi aku selalu sedar yang Tuhan tak pernah putus-putus bagi nikmat kat aku. Aku tahu hakikat tu lama dulu, tapi aku tahu yang aku takkan dapat balas semua jasa Tuhan kat aku. Aku mesti, aku mesti jadi hamba yang bersyukur.

Masa aku pilih nak ambil sains agama, aku fikir mungkin inilah jalan untuk mendekati Tuhan. Padahal masa tu aku dapat B arab.

Masa aku pilih nak amik perbankan islam, aku fikir, mungkin dapat sejukkan hati Tuhan. Aku banyak sangat buat dosa. Dan aku bertaubat, tapi ulang balik kesalahan. Aku hamba yang teruk. But He is the best.

Okay, maybe korang cakap,
"Alah, tak dapat MARA je kot. Aku ni tak dapat straight A pun...xde la meraung macam tu sekali."

Aku hidup untuk percaya yang aku boleh berjuang untuk Tuhan. Yang Dia pasti akan tolong kalau aku bertindak berjuang untuk jalan-Nya. Dan bila aku tak dapat MARA, aku rasa dikhianati. Oleh siapa?? Yup. Oleh Tuhan. Naudzubillahimindzalik.

Tapi lepas tu, aku rasa seolah-olah Tuhan katakan kepada aku sesuatu. Well, memanglah Dia tak cakap kat aku. Tapi internal mind aku cakap macam ni,

"Kamu katakan kepada Aku bahawa kamu ingin berjuang di atas jalan-Ku. Dan aku terima pernyataan itu daripada kamu. Namun bukan kamu yang tetapkan jalan macam mana yang kamu ingin perjuangkan. Aku yang tetapkan. Kerana Aku Amat Agung. Maka redhalah Engkau terhadap ketentuan-Ku. Boleh jadi kamu berjuang dengan berperang. Boleh jadi kamu berjuang dengan mengajar. Boleh jadi kamu berjuang dengan berniaga. Niatlah kerana-Ku, sujudlah kepada-Ku. Berjuang lah untuk Ku, dan redhalah terhadap jalan apa yang aku pilihkan untukmu. Buatlah dengan terbaik. Dan Aku pasti tentukan yang terbaik untuk kamu. Percayakan Aku.  Wahai hambaKu, beusahalah. Selebihnya serahkan kepadaKu..."




ALHAMDULILLAH. Tuhan, aku percayakan Engkau sehingga akhirnya.

:-)

2 comments:

  1. kadang-kadang kita berdoa untuk kuat,tapi banyak pula dugaan yang datang..kadang-kadang kita minta kelapangan tetapi masalah pula yang bertandang..kadanng-kadang kita minta kebahagian tetapi huru-hara menjelang..Dugaan menjadikan mental kita kuat,masalah menjadikan kita berfikir,huru hara menjadikan kita tabah..Subahanallah betapa hebatnya Allah!semua aturanya ada hikmah tersembunyi.. :)

    ReplyDelete
  2. kisah kmu beri paengajaran pd sy..
    lg kuat iman seseorg,lg kuat ujian yg Allah dtgkn..semuanya hnya untuk menguji kesetiaan hambaNya..
    ujian adalah tarbiyah untuk hambanya..
    semoge kmu sentiasa berada dalam nusrah Allah..
    ^_^

    ReplyDelete