Saturday 16 April 2011

Di Saat Dugaan Datang., Di Saat Kita Terduduk. (Part 1)

Di saat dugaan datang, semua orang nak bagi nasihat. Semua orang boleh bagi nasihat pun. Tapi yang merasa, tetap kita. Hari jumaat ari tu aku cek result MARA. Punya la berharap. maklum la, result kita kan cemerlang.

"931028-06-5531"
.....
.
.
"Maaf, permohonan anda tidak berjaya."
...............

Aku macam tak percaya. I mean, kita dapat 11A. And kita bukan mintak benda pelik-pelik pun. Tak mintak medic pun. Orang mintak perbankan islam je. Dah tu, tak dapat. I mean, what the heck that happenend?? Jizz.
Masa tu meraung punya la kuat. Bapak tak boleh terima kenyataan. Seriously. Amat tak sangka, memang tak boleh jangka pun. And then menatang kejadah petak yg boleh terima gelombang pun vibrate:

Izzat: Weh, ko dapat tak MARA??
Fai: Tet, ko dapat MARA x??
Anonymous: Bro, MARA ko dah cek belum??
.
.
.
..
MARA: HAHAHAHA,...ko x dapat...padan muke...
.
.
..........................................
= ="




Tapi masa tu macam kena histeria. kalau budak kecik menangis tendang2 pintu. kalau orang besar menangis baling2 hp. Yup. Berkecai habis Nokia C1-01. Lepas berkecai tu, aku pasang and lepas tu baling semula. pasang baling semula. Macam nak gila. Memang gila pun. Hantuk kepala kat lantai banyak kali. Dang. Dang. Dang. Seriously, mak aku panik giler.

 
                                                          Nokia yang cambest. Murah je.


Lepas tu, mak aku suruh semayang asar. Tuhan pun suruh jugak. Aku amik air semayang, and semayang. Pulak tu, aku semayang pakai baju kemeja and tie yang aku baru beli untuk pergi temuduga MARA. Memang best lah. Rasa macam semayang formal gila. Ni barulah dinamakan semayang. Kena nampak cantik. Semayang kan untuk Tuhan. Bukan nak jumpe awek je kene pakai cantik2.










Aku pakai kemeja, tie, kopiah hitam n kain pelikat. Cool habis.

But really, kecewa sangat-sangat. Amat. Aku hampir-hampir kena telan hakikat yang dapat 11A ni takde makna. Memang lah ada makna. Tapi MARA ni, aku harapkan sangat-sangat. Bayanglah, Bank Negara, Petronas, TM,and MARA. Sume tak dapat. Aku tak tahu apa dah jadi sebenarnya. Pening. Kepala aku pening sangat(memanglah, takdi hantuk kepala kat lantai sape suruh). Menangis habis. tertekan sangat-sangat. Then bapak aku lalu die cakap,

"Ayah ingat kamu ni cerdik. Rupenye bodoh! Ade ke sebab benda kecik tu pun nak nangis. Tu lah, ego sangat!!"

MEMANG SEDAP.
Yum yum.

Then, aku peluk Al-Quran. Aku letak atas badan aku. Aku tak semayang Isyak lagi, tapi nak tdo dah. Boleh semayang esok. Aku cakap dalam hati,

"Tuhan. Aku kecewa sangat-sangat. Amat. Aku dah cuba yang terbaik. Aku nak sangat-sangat amik perbankan islam ni, aku nak sangat biasiswa mara. Aku malu dengan cousin2 aku. Aku malu dengan kawan-kawan aku. Aku tak tahu macam mana nak terima benda nih. Aku dah sampai tempat tertinggi, dan aku terjatuh ke lantai yang paling bawah. Aku ingat, apabila aku niatkan kerana Engkau, Engkau akan membantu aku. Aku ingat, aku nak jadi pejuang, aku nak jadi kuat sebab Engkau. Aku ingat nak berjuang dalam bidang perbankan islam ni, aku ingat aku nak berjuang menentang riba'. Aku penat. Amat penat. Minggu ni minggu yang buruk bagi aku. Semua serba tak kena. Aku tak faham. Tuhan. Aku takut aku tak dapat terima ketentuan Engkau. Dan apa yang terjadi ni, semua tindakan aku daripada tadi, seolah-olah aku pertikaikan ketentuan-Mu. Aku takut aku tidak bersyukur terhadapMu. Tapi aku juga perit untuk menerima semua ni. Tuhan. Aku bukan hamba yang terbaik untuk Engkau. Tapi aku nak Kau tahu, Kau lah Tuhan yg terbaik untuk Aku. Bantu aku untuk redha. Apa-apa yang akan jadi selepas ini, tak kiralah dari segi perubahan sikap aku, perubahan iman aku, atau apa-apa sahaja yang aku lakukan yang mungkin menyebabkan kemurkaanMu, aku nak Kau tahu. Bahawa aku pernah mencintaiMu. Aku pernah cuba untuk mendapatkan cintaMu."



Malam itu, penuh dengan linangan air mata.

 

2 comments:

  1. Allah says : If I answer your prayer at once, it is because I am testing your faith. If I did not answer your prayer at once, it is because I am testing your patience. If I did not answer your prayer at all, it is because I have a better plan for you. Remember Allah's promises are yes and Amen! He is God not man, which explains why He can never fail, hold on. Don't be discouraged, your miracle is knocking at the door of your heart. A little more faith is what you need to see all your needs meet. The-Prayer-Answering-Allah is saying He has met all your needs (^_^)

    ReplyDelete
  2. oloorh,, aku x plik ko x dpt,, aku tpon mara,, dia ckp ko x dpt sbb ko x ambik sbjek bnda ntah,, herm,,, sbb ko x ambk prakaunan kot,,, rlek ar,,, mara,,, pe cer,,, reaksi ko x dpt mara mcm x bley kwin,, sbb mati *****,, hahahahx,, kalo yp,, dia x kish,, ko x ambk sbjek tu pon x pe,,yp ag loaded dr mara,,,

    ReplyDelete