Thursday 28 April 2011

Borak-borak Remaja Dengan Ustaz

Semalam aku borak-borak dengan ustaz aku yang selalu aku luah perasaan(apsal bunyi cam pelik je??)
Borak-borak remaja lah katakan. Bab-bab remaja ni kompem soal cinta punya. Takde soal lain. Sebab time remaja ni takde benda lain nak pikir selain cinta. Bila dah tua nanti boleh la pikir pasal Israel ke, Mahathir ke, Illuminati ke...







So, dengan tidak membuang masa, aku dengan matangnya macam budak baru lepas akil baligh pun tanya la ustaz aku. Tajuk dia apa lagi, love-love ni lah. Alah, kalo aku tanya benda lain, bukan korang nak baca.

Putih: Aku   Ungu: Ustaz

Ustaz, saya bukak chat box ni ada hajat ni.

Tak payah cakap..ustaz dah tahu...
Er?? Macam mana ustaz tahu?? Saya tak sempat pikir pun lagi hajat saya,
Ustaz buat-buat tahu jer..hehehehe..

*dah dah. Atas tu tipu jer. Ni kat bawah ni yang betul*


Salam ustaz. :-) *ada emoticon lagi*

W'salam.

Ustaz, nak tanya ustaz pasal isu remaja boleh tak?? Memang isu lapuk dah, tapi saya tak jelas lagi lah..

Sila.

Ustaz, kalau lelaki tu nak mengorat perempuan untuk buat bini, sikit-sikit orang cakap zina hati la, mendekati zina la. Dah tu, macam mana kami lelaki ni termasuk ustaz sebagai kaum yang dilanda kepupusan ni nak carik jodoh?? Asal step ke arah cinta je macam step ke arah zina...baca blog-blog orang pun mengekang benda nih....

:-) Macam mana Rasulullah s.a.w buat??

Rasullullah tak buat apa-apa pun..Siti Khadijah yang cair ngan dia...dia pun amik je la. Kalau saya yang muka tak macam fahrin ahamd ni nak tunggu orang minat saya, alamat tak kahwin la ustaz...

Hahahaha. kamu ni. Ye, memang la Siti Khadijah yang offer dulu. Tapi Rasullulah pun ada main peranan dia. Dia siasat keturunan Khadijah ni. Khadijah janda umur 40, tapi kecantikan dia masa tu memang boleh tahan. Lagipun, dia daripada bangsawan Quraisy, dan keturunan dia pun daripada keturunan Hawariyun. Jadi, keturunan baik, cantik, berharta, boleh katakan Khadijah ni lengkap serba serbi la nak buat isteri. Bukan Rasulullah main rembat je tak siasat apa-apa.

*Hawariyun ialah golongan pengikut Nabi Isa a.s yang setia. Kalau orang Kristian, diorang panggil mereka ni sebagai Gospels. Banyak cerita, nanti aku sambung tmpat lain,*

Tapi orang sekarang ni kan nak kawin bila suka sama suka. Kalau main siasat-siasat jer, alamat tak kahwin la saya ustaz...

Sebab tu ler orang kita sekarang banyak silap. Cinta plastik. Padahal yang Rasulullah bagi contoh tu dah elok sangat. Cinta tu perlu dibuktikan dengan komitmen. komitmen tu sama ada harta, ada kemampuan. Cinta yang sekadar bermanis mulut semata-mata...tu playboy namanya, hehehehe


 *aih, cam perli je. Tak, tak terasa pun*

Dah tu ustaz..kalau yang jatuh cinta umur 18 ni..sume memang gatal la semata-mata ustaz?? Ye la..komitmen apa nye...belaja pun tak habis lagi..kirenye cinta kitorg ni sume nye dusta la ek?? Memang tak de dalam agama??

Ustaz tak cakap macam tu. Komitmen tu ada berbagai bentuk. Sama ada kasih sayang, kesetiaan, harta, dan lain-lain lagi. Sebab tu sebelum kamu jatuh cinta, tanya diri dulu. Sudi tak bagi komitmen?? Dah sedia nak jaga anak dara orang?? Die ke pilihan hati kamu betol-betol?? Kalau sudi bagi komitmen, ajak jumpa mak bapak dia terus. Jumpa parent dia. Baru nampak serius. Baru nampak usaha nak bagi komitmen tu ada. Tapi ustaz syorkan guna orang tengah, macam Rasulullah gunakan Maisarah..

Dah paham!!

Paham tak paham ke...bercinta tu pun penuh dengan pantang larang, kamu tahu?? Bukan takat bagi komitmen and jumpa parent dia kamu dah boleh bawak kuar anak dara orang...no, no...syariah is syariah, peraturan is peraturan..



.
.
.
.
.




Aku harap, aku tak tersilap langkah.. MA.

3 comments:

  1. salah satu dari 7 golongan yang akan dinaungi oleh ALLAH pada hari yang tiada naungan selain naunganNYA ialah,
    golongan yang berkasih sayang semata2 mendapatkan keredhaan dari ALLAH..

    moga ALLAH memberikan yg terbaik,insyaAllah..

    manusia hanya merancang,ALLAH juga yg menentukan..

    hayati,(2:216)

    moga dipertemukan dgn mujahidah yg baik agar kalian dpt berpimpin tangan menuju JannahNYA..
    insyaAllah,

    ReplyDelete
  2. gmbar panda tu snsitif botek,,
    bhaya!!
    hahahax

    ReplyDelete
  3. panda je kot!!! ko pker ape cerap??

    ReplyDelete