Tuesday 6 December 2011

Kita Dan Pandangan Manusia. Pandangan Allah Macam Mana Pulak??

Secara jujur, aku tengah dalam tahap nak ubah diri aku secara keseluruhannya. Blog aku pada tahap ni akan akan banyak unsur-unsur dakwah, sebab sementara aku rasa aku dapat kemanisan iman, aku nak share dengan orang lain. Kalau tenggelam semula nanti, aku harap akan ada seseorang yang akan tarik aku semula ke alam nyata.

Alam nyata ialah alam yang dilihat dari sudut nabi-nabi dan orang soleh lihat. Tu lah hakikat sebenar dunia ni.
Alam tak nyata ialah apa yang orang biasa lihat. Ianya tak nyata sebab ianya adalah tipuan semata-mata.

So aku nak ulas pasal pandangan manusia and sejauh mana ianya effect diri kita.

"Kalau aku nak BERUBAH, apa pandangan orang kat aku? Nanti orang lain cakap apa pasal aku? Kalau kawan-kawan aku tinggalkan aku, macam mana??"

Senang jer nak jawab.
Kalau kita tak berubah, and Allah tinggalkan kita, macam mana??

Rasanya kita tak pernah peduli pun apa pandangan Allah terhadap kita. Okay. Katakan la kita nak berubah. Then pagi tu kita bangun awal nak sembahyang kat masjid. Kita pun dengan penuh kesejukannya berjalan menuju masjid;kira dah habis gigih la ni.

Kita pun sembahyang la.

Lepas kita sembahyang,
"Eh Ramli Marsudin, ko buang tabiat ke apa datang masjid subuh-subuh ni? Sebelum ni aku tak pernah nampak ko pun...."

"Ko nak berhenti smoking? HAHAHHAHAHHA. Kelakar gila doe. Aku bleh bet 100 ko akan ulang balik smoking kau."

"Eh hari tu aku nampak ko pakai kopiah kat mall. Dating ngan awek ko pun pakai kopiah eh?"

Then benda tu tersebar,
"Weh hari tu aku nampak Putri pakai tudung la kat mega."

"Serius?? Bukan dia dulu rupa dah macam pelacur ke?? Aku rasa dia tu memang dah tak suci dah pun..dia pakai tudung tu mesti sebab bunting da, nak cover terlanjur la tu...HAHHAHAHA"

Yup. Setiap orang yang ada di sekeliling kita boleh cakap 1001 cemuhan pada kita. Sebab kenapa dicemuh? Sebab ianya berlainan dengan adat.
Kalau macam aku yang persekitaran aku ada budak-budak yang base islamic dia tinggi, aku akan dicemuh kalau aku buat benda-benda jahat.
Kalau aku ni dalam persekitaran budak-budak jahat, aku akan dicemuh kalau aku buat benda-benda baik.

Pandangan orang berbeza mengikut persekitaran. Dan kebanyakan pandangan manusia tu membawa ke neraka.

Tapi korang kena ingat,
Kalau korang tak berubah sebab mereka dan akhirnya korang masuk neraka, apa yang korang boleh buat??
Nak salahkan mereka? Boleh ke kita kutuk mereka and cakap di hadapan Allah SWT dan menjadikan mereka sebagai alasan kita melakukan maksiat?

Kita dah ada dalam kubur, peluang kita nak bertaubat sudah tertutup.

Sedang mereka berada di atas dunia,mereka masih berpeluang bertaubat.

Berbaloi ke masuk neraka dengan semata-mata mempertahankan pandangan manusia??

Aku tak sanggup.

And betul, ada jugak budak-budak dalam course aku ni yang kutuk aku, terutamanya muslimah la. Aku ketua kelas. Korang bleh nampak every single kesalahan yang aku buat. Pemimpin ni biasanya peribadi dia semua orang nak pandang. Semua orang akan jumpa kesalahan, tapi kebaikan kita tak ada orang nak ingat.

Betul. tak ada orang nak ingat.






Ingat senang ke nak berubah?

Well, it obviously tasted like hell.
Tapi aku rela rasa neraka dunia daripada rasa neraka akhirat.

Tak senang nak berubah. Korang tengok, aku buat blog islamik. Korang ingat aku baik sangat ke? Tak. Aku tak baik mana pun. Aku pun macam korang. Nak smoking. Nak bercinta. Nak bergayut malam-malam. Nak dating ngan awek. Aku pun jeles gak tengok member-member aku dating sana-sini dengan awek cun diorang. Jeles gila kot. Aku pun manusia yang ada hormon. Jeles dengan member-member aku yang tertulis kat profile diorang "In a relationship with apa yang bakal membawa ke neraka."
Susah.

Susah je nak istiqamah baca Quran. Nak puasa. Nak semayang jemaah.
Tapi aku jugak tak boleh afford untuk masuk neraka. Itu adalah kegagalan mutlak seorang manusia.

Pandangan Allah??

Tu la yang membawa ke syurga. Tu la sebab aku cuba bertahan sampai sekarang. Aku tak dapat buat banyak untuk Dia. Tak banyak pun aku sumbang untuk agama Dia. Nak balas nikmat-nikmat Dia, aku tak mampu.

Tolong aku. Kita sama-sama, biar kita dapat bertahan sama-sama. 
Siapa kat sini nak berubah? Angkat tangan.











2 comments:

  1. saya.saya.
    *sambil angakat tangan! :D

    "setiap ank ank Adam tu berbuat dosa.dan sebaik-baik pendosa,adalah orang yg bertaubat"


    CHANGE is totally HARD.but,everything start with the word TRY!.
    kan?

    maka,jom!
    jom sama2 kita TRY utk berubah.pasang niat dlm2..berubah utk capai redha Allah..
    mudah-mudahan.
    may Allah easier our way.
    YOU.ME and US.
    InsyaAllah.
    kan?

    nice entry akh.terrbaaaiiikk laa kau! thumbs up!

    ReplyDelete
  2. ‎"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu... Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri... Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah... Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan".

    ~Imam Hasan Al-Basri~

    Assalam. Semoga berjaya.

    ReplyDelete