Friday 18 November 2011

Our PRIDE

Kadang-kadang kita tak tahu macam mana nak ukur keikhlasan kita. Bila kita buat sesuatu yang baik, kita selalu terfikir sama ada kita buat benda tu untuk Allah, atau untuk manusia pandang.

Hari tu aku kuar ngan member-member sek men aku. Tibe Qareif saja nak bergurau,
"Tet, orang cakap ko skang dah ada awek. Siap jalan-jalan kat ECM lagi. Betul ke ni Tet?? Agak-agak la Tet.."

Aku pun jawab, "Agak-agak la Qareif..aku study syariah sekarang..takkan aku buat benda camtu..."

"Oh, kiranya ko buat baik sebab ko budak syariah la..??

Aku macam terdiam kejap. Betul jugak. Aku tak tahu sama ada aku buat semua ni untuk memenuhi expectation orang kat aku, atau memenuhi expectation Allah kat aku. And bila kita jadik orang agama, kita banyak diuji oleh niat kita sendiri.

Bila kita berdakwah, orang puji kita, orang pandang mulia kepada kita, dan Allah menutup kelemahan-kelemahan kita. Kita nampak mulia di sisi orang.

Bila kita berdakwah, orang bagi harta kepada kita, sedang kita tak mengharap semua tu pada awalnya. Kita akan tanya, "Aku buat ni untuk harta ni atau untuk agama Allah??"

Dan yang paling orang agama tersilap, ialah mereka mengharapkan kemenangan, bukan kebenaran.

Oh, dialog aku ngan Qareif tadi buat aku cam startled, and aku pun fikir sekejap.
.
.

Aku rasa situasi dia sama la macam ni,

Steve Jobs            : Mat, jom kita pi clubbing sat.
Mohamad Ali        : Tak bleh la...aku budak Islam...

Yup. Korang mungkin nampak aku buat semua ni sebab aku student syariah. I have my own pride. Maruah aku tak benarkan korang memandang aku hina bila aku buat sesuatu yang bertentangan dengan syarak.

"Hari tu aku nampak Faizin dating ngan awek dia doe. Diorang tangan camni camni ha. Giler ah. Harap jer budak syariah..."



Maruah kita sebagai umat Islam pulak, kita tak boleh nampak hina di hadapan Allah, di hadapan syaitan, di hadapan manusia dan di hadapan segala yang ada di langit dan di bumi.

Macam mana kita mahu supaya tak nampak hina di hadapan semua ni.??

Dengan patuh perintah Allah.

Barulah Syaitan kagum dengan kita, bumi mengiktiraf kita sebagai khalifahm, dan malaikat menyebut-nyebut nama kita di atas sana. Kita semua ada maruah masing-masing. Maruah kita, tak benarkan kita masuk ke neraka. maruah kita, tak benarkan kita masuk ke neraka.

Kerana kita memegang maruah masing-masing. A part of me to all this as a sharia student. And you all should do this as you guys are Muslim. The pride of islam lies above your shoulder.

Banggalah sikit!! Sape syaitan nak jatuhkan kita?? Kita ni makhluk termulia di sisi Allah.

Aku bangga, aku MUSLIM.




4 comments:

  1. aku ada terbaca,, org ckp perbankan islam ni bkn nye btul2 mngikut spesifikasi islam pun,, cuma sama seperti sistem ekonomi kapitalis yg diberi sdikit unsur islam,, IDK... u as bdk syariah,,,,, hope there is answer for them out there,,,

    ReplyDelete
  2. Hmm.
    1st, bank Islam tak guna konsep 'pinjaman' tapi 'pembiayaan'. Kalo bank Islam guna pinjaman, diorang tak boleh nak jana untung sebab pinjaman yang ada untung dikira RIBA.

    So Bank-bank Islam ni free daripada RIBA. Lagi pun bukan bank-bank Islam ni boleh beroperasi camtu jer. Diorang diselia AAOIFI, Accounting and Auditing Organisation for Islamic Financial Institution yang disertai beratus ulama ekonomi Islam dari seluruh dunia untuk buat fatwa berkaitan isu-isu dalam ekonomi Islam.

    So pandangan orang ramai yang bank-bank Islam sekadar dengan title 'Islam' tapi tak Islamik tu tak betul sama sekali.

    Lagipun apa lagi alternatif kita ada?? Kalo masuk bank konvensional, sah-sah HARAM+RIBA= Berperang dengan Allah dan Rasul.

    ReplyDelete
  3. keIKHLASan kita hanya boleh dinilai oleh Allah,

    betulkan niat.
    semuanya bermula dgn QALB atau nama famous a.k.a nama glamour nye..HATI..
    yup.kita bwat sesuatu utk org pandang,TAPI,
    bukan utk pujian,
    semuanya adalah utk org pandang dan org nmpk ketinggian AGAMA ISLAM yg kita pegang.

    moga2,Allah nilai niat kita sebaiknya..
    IKHLASkn hati dlm setiap perkara..
    insyaAllah,moga Allah redha.

    ReplyDelete