Sunday 1 May 2011

Apa Yang Aku Nak Cakap Pasal Aku Dan Blog Aku

First of all, aku kena bagi salam lah, HAHA.
Assalamualaikum.

First of all, antara tujuan aku buat blog ni, untuk berdakwah mengkritik. Aku suka cari kesalahan or kelemahan orang-orang agama dalam berdakwah, supaya mereka-mereka ni boleh improve. Tapi sesetengahnya mungkin agak terlalu direct teguran tu. And kadang-kadang teguran tu takde point penting pun saja jer aku tulis nak banyakkan entri.

The real thing is, aku cuba nak mengajar orang-orang agama ni jadik keras sikit. Adapt with real situation in real life. Bukan sekadar mempercayai dalil-dalil betapa sucinya perjuangan kalian, lepas tu mengharapkan bantuan dari Tuhan. Nabi s.a.w sekalipun, Allah dah bagi JAMINAN bahawa baginda akan menang peperangan. Bahawa perjuangan menegakkan agama ni pasti Tuhan akan tolong. Tapi apa Rasulullah buat?? Baginda masih lagi usaha SEPARUH MATI. Dia takde pun tunggu Tuhan deliver malaikat, tak. Dia ikut sahabat gali parit masa Perang Ahzab. Dia lawan mati-matian. Seorang Nabi, yang dah dijamin kemenangannya, masih lagi berusaha.

Layak ke kita ni yang berdakwah tak luka tak apa, sikit-sikit menunggu bantuan dari Tuhan.??


Ya, Tuhan akan tolong. Tapi pertolongan Tuhan itu kepada orang-orang yang BERTAQWA. Maka siapakah orang-orang yang berTAQWA itu?? Mereka ialah orang yang mempercayai Sunnatullah dan mengikut Syariatullah. Maka Sunnatullah(ketetapan Tuhan), bahawa nak menang lawan 100 kapal perang, kita kena ada 110 kapal perang! Bukan berdoa siang malam pagi petang mintak kemenangan. Sebab tu kita kena usaha habis-habisan.


2nd, aku nak kalian bercakap menggunakan BAHASA AKAL DAN HATI, bukan sekadar BAHASA HUKUM. Ini haram, itu haram. And resolusi yang akhir, takde penyelesaian terhadap masalah pun. Islam bukan sekadar agama yang cuma letak hukum hakam jer.

Macam aku pernah tanya Ustaz aku,
"Ustaz, kalau orang tu ada kencing manis, dia makan jugak benda manis, berdosa tak?? Benda manis tu jadi haram ke kat dia lepas dia sakit tu??

Jawab ustaz,
"Kalau dia makan jugak, BODOHLAH DIA...."

See, dia tak bagi hukum pun. Tapi itulah fungsi bahasa akal.


                                           





Jadilah profesional dalam beragama, bukan berserban semata-mata. Jadi bijak, jadi MATANG. Itulah sebab nama dia "The Matured Me".

Ada lagi sebab aku buat blog ni, antara nak bagi Miss A aku sendiri baca. Sebab-sebab lain, lain kali aku tambah.


May Allah bless.

5 comments:

  1. you write this post specially for me,MISTER A?
    aaawwwww so sweeeett of yooouuu~

    kbye

    ReplyDelete
  2. bahasa AKAL dan HATI..
    yyup.AGREED with it :)
    bukan ape,yelaa..kita bukan hidup d'zaman para sahabat..
    yg sumenye boleh m'dgr pendapat dgn baik.
    boleh menerima teguran dgn penuh tertib..
    boleh ikut segala hukum hakam dgn akal yg baik..

    kadang2,manusia ni perlu diselitkan logik akal disebalik hukum hakam yg nyata..
    i know,TAK siapa boleh menolak hukum..
    tp,kita jgn terlalu stra8 dlm dakwah ni..
    nanti org kata,
    "issh..BERAT nye ISLAM ni.."

    that's why..logik akal tu penting jgak..
    at least,kita x rase berat n sedikit sebnyak boleh menerima dkwah dgn baik,insyaAllah :)

    ReplyDelete
  3. sebab itulaah cara berdakwah mesti sesuai dgn mad'u,bukan ikut suka hati dai'e shj.Rasulullah dah sediakan cara yg lebih telus dan tulus utk kita ikut.
    sbg dai'eilallah,mestilaah ada syariat yg perlu kita patuhi.dan semestinya SUNNAH utk kita contohi.insyaAllah.
    wallahu'alam.

    ReplyDelete
  4. 1st,nk jwb salam anda
    Waalaikumussalam :)
    2nd,x tau nk ckp pe.
    tp sye mmg nk LIKE3 post anda :)

    ReplyDelete