Saya terpilih sebagai
fasilitator untuk minggu orientasi Kursus Intensif Bahasa Arab(KIBA) Kolej
IKIP. Semasa dalam LDK, salah seorang junior bertanya,
"Abang Faizin, abang bila nak kahwin?"
Saya macam terkejut dan hairan sebab tiba-tiba tanya soalan macam tu padahal umur saya baru 19. Masih muda dan bergaya. Tambahan pula, rasanya sepanjang LDK tadi memang tak sentuh langsung pasal topic ‘jiwang-jiwang’ atau ‘kahwin-kahwin’.
Saya tarik nafas,
"Sepanjang 4 tahun abang degree ni, soal perempuan ialah benda terakhir sekali yang abang akan fikir."
Bukan saya tidak mahu atau tidak terfikir soal pasangan hidup. Mana ada remaja yang jiwanya tidak bergelora. Jarang ada remaja yang tak diuji dengan perasaan cintan-cintun ni. Lebih jarang untuk kita lihat lelaki yang tidak diuji dengan fitnah wanita.
Tetapi bila saya amati semula kisah cinta(tak kesampaian) saya sepanjang 19 tahun saya hidup di dunia, orang-orang yang saya sayang, saya secara peribadi rasa,
"Tak ada satu pun kisah cinta saya yang saya rasa bertepatan dengan apa yang dikehendaki Nabi saw dan syariat."
Memang betul, ada junior-junior yang subhanallah cantik dan bertudung labuh segala bagai, dan saya secara jujurnya agak tertarik, tetapi bila saya pandang balik diri saya, saya cuma kata,
"Faizin, bukan kali ni. Cukuplah apa yang kau dah belajar dan lalui pasal perempuan. Bukan kali ni, bukan kali ni.”

Pernah sekali, saya ditegur oleh kakak senior tentang masalah
ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Saya berterima kasih di atas teguran
tersebut, walaupun teguran tersebut sangat kasar dan sememangnya memedihkan ulu
hati.
“Kita
pelajar syariah, sepatutnya masalah ikhtilat antara lelaki perempuan sudah tak
timbul lagi. Macam mana kita bakal ustaz dan ustazah ingin berdepan dan memberi
teguran kepada masyarakat kalau kita sendiri masih tidak beres?”
Lantang suaranya.
Tegas pendiriannya.
Sebenarnya teguran tersebut bersifat
umum, tetapi oleh kerana saya yang paling banyak memakan cili, sayalah yang
paling terasa pedasnya.
Kebenaran ialah kebenaran. Tidak ada
siapa yang nak menyangkal.
Tetapi, kebenaran juga ada tempatnya.
Dalam kita merungkai dan cuba
menyelesaikan kemelut masalah jiwa muda-mudi, amat penting untuk meletakkan
kebenaran pada tempatnya. Mencari di mana pucuk pangkal masalahnya.
Berkomunikasi Dengan Kebenaran
Saya agak terkilan dengan beberapa
agamawan muda-mudi yang sesetengahnya tidak berapa berhikmah dalam memberi
jawapan kepada persolan cinta muda-mudi. Ketegasan dalam memberi jawapan
kadang-kala tidak membantu.
Misalnya kalau orang bertanya kepada
saya,
“Faizin, couple tu halal ke haram?”
“Bergayut malam-malam tu halal ke
haram?”
“Mesej antara lelaki perempuan tu
halal ke haram?”
Sebenarnya muda-mudi tidak mahukan
jawapan.
Sebenarnya mereka yang bertanya itu
sudah ada jawapannya. Hati mereka tidak tenang. Mereka rasa ada yang tak kena.
Mereka cuma mahukan SEBAB. Mereka
inginkan suatu sebab yang kukuh kenapa perkara itu menjadi haram. Tetapi
apabila mereka mengemukakan soalan seperti itu kepada para agamawan, jawapannya
cukup mudah,
“Dah tahu benda ni haram, kenapa tanya lagi?”
“Dah tahu benda ni haram, kenapa tanya lagi?”
Nabi saw juga pernah mengalaminya.
Apabila datang seorang pemuda kepada
baginda dan dia bertanya,
“Wahai Rasulullah, bolehkah aku berzina?”
“Wahai Rasulullah, bolehkah aku berzina?”
Adakah pemuda tersebut begitu bodoh
dan tidak tahu hukum hakam? Sudah pasti dia tahu. Perbuatan terkutuk seperti
zina, semua orang tahu akan keharamannya.
Apa jawapan Nabi saw?
“Wahai engkau pemuda,
aku ingin bertanya terlebih dahulu kepadamu, jika ada seseorang datang kepada
mu kemudian ia bicara kepadamu “bolehkah aku menzinai ibumu?”
Si pemuda itu pun lantas menjawab dengan lantang
TIDAK.
Rasulullah Muhammad SAW kemudian berkata lagi kepada
si pemuda,
“Jika datang seorang laki-laki kepadamu dan bertanya kepadamu “bolehkah aku menzinai saudara perempuanmu”?
Pemuda tersebut dengan geram dan emosi menjawab `TIDAK’.
Rasulullah meneruskan pembicaraannya kepada si pemuda
tadi,
“Jika datang seorang laki-laki kepadamu dan bertanya kepadamu bolehkah aku menzinai anak perempuanmu?”
“Jika datang seorang laki-laki kepadamu dan bertanya kepadamu bolehkah aku menzinai anak perempuanmu?”
Si pemuda tadi terdiam dan kemudian ia menangis sujud
di hadapan Rasulullah.
Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada si pemuda,
“Setelah engkau
mendengarkan ceritaku tadi apakah aku akan mengizinkanmu untuk
melakukan zina?”
melakukan zina?”
Si pemuda tadi terkulai dan menangis di hadapan
Rasulullah.
Itu cara Rasulullah.
Cara Menangani Masalah
Cinta
Saya akui perkara ini
tidak semudah yang disangka. Saya belajar dengan cara yang sukar. Saya pernah
beberapa kali jatuh cinta, tetapi kesemua cinta saya ditolak. Agak kelakar
bunyinya. Akhirnya saya cukup bersyukur kerana terselamat daripada fitnah dan masalah
cinta muda-mudi yang tidak pernah menguntungkan.
Saya belajar dengan
perkataan “serik”.
Agak menyesal apabila
teringat betapa jahilnya saya suatu ketika dahulu.
Untuk mendiamkan
pemuda-pemuda yang “angau”, ianya tidak pernah mudah.
Namun yang pasti,
masalah ini tidak selesai dengan hanya mengatakan,
“Ini HARAM!”
“Ini HALAL.”
“Ini HARAM!”
“Ini HALAL.”
i got it bro...O all praises just to Allah that he had planned it well...he choosed you as the man 'yang paling banyak makan cili' and bukan orang lain...supaya Dia boleh didik n tarbiyah ana melalui anta...sangat halus tapi masih boleh dirasai..subhanallah...i've learned a lot through our conflict that day..bahkan DIA bagi ana rasa macamana kalau ada dalam kasut korg! heh...sumpah,it is really not easy!!...kena sebijik macam dalam surah ankabut:2(saja nak suruh bukak sendiri ^__^)...anyway, jzkk bro kerana berjaya membuatkan ana terasa pedasss heh...jangan segan2 utk menegur diri ini klu rasa ada yg perlu diperbaiki...peace no war
ReplyDeleteThanks kak yang sudi membaca ni. Mintak tunjuk ajar tau saya budak baru belajar jahil bab2 agama ni malah diri ni penuh serba silap, tapi dalam hati masih berharap dapat buat macam dala surah Muhammad ayat 7. Sama-sama kita tegur diri masing2 harap terus sudi betulkan saya masa akan datang ^^
ReplyDelete