Wednesday 26 October 2011

Aku Nak Jadi Baik

Kalau ditanya kepada orang, pasti semua orang nak jadi BAIK. Baik dalam erti kata bertaqwa. Kerana orang bertaqwa itu tempatnya di syurga sana. Tapi tak rtamai yang MAMPU buat. Ramai yang tahu dan mampu.

Kalau ditanya, "Apakah hukum solat??"
Kita senang menjawab, "WAJIB."

Adakah kamu solat dan adakah kamu solat dengan sempurna??
.
.

Kita akan teragak-agak untuk menjawab.

Kita tahu solat itu WAJIB, puasa itu wajib. 




Sesungguhnya Allah telah mewajibkan beberapa fardhu  maka jangan kamu abaikannya, dan Dia telah menentukan batas-batas hudud maka jangan kamu melampauinya, dan Dia telah mengharamkan beberapa perkara maka jangan kamu mencerobohinya, dan Dia mendiamkan beberapa perkara sebagai rahmat untuk kamu bukan kerana terlupa maka jangan kamu mencari-carinya.


Sesuatu ilmu itu dinilai dari segi sejauh mana ia boleh diaplikasi dalam kehidupan.

Allah menilai sejauh mana kita boleh mempraktikkan Islam dalam kehidupan. Sejauh mana Islam itu diamal dalam amalan-amalan kita, sejauh mana sunnah Nabi Muhammad saw diikut.
Dan Allah ingin melihat di mana DIA di hati kita.
Tatkala setiap orang pernah mempunyai hasrat untuk berubah menjadi lebih baik dan lebih bertaqwa, kita dihalangi oleh suatu tembok yang dipanggil 'aplikasi'. Dan tatkala kita semakin gagal untuk aplikasikan Islam dalam hidup kita, kita semakin mudah berputus asa.

Semakin lemah dan semakin lemah, seolah-olah tidak ada daya dan tidak ada upaya. 

Kalau sesuatu itu ditimpakan oleh Allah, kita boleh bersabar. Ini musibah. Tatkala kita ditimpa kehilangan harta benda, kemalangan jiwa, kita boleh bersabar. Kita boleh lalui hari-hari kita selepas itu InsyaAllah. Mungkin halangan kita hanyalah sebuah kesedihan.

Tapi tatkala seorang hamba itu kekal dalam maksiatnya, dan tidak mampu untuk keluar daripada belenggu kejahatan itu, apakah yang dia boleh ucapkan??

Jika Allah memberi dugaan kepada kita, kita boleh bersabar.
Jika kita ini hamba yang menimbulkan masalah kepada agama Allah?? Mampukah kita berpaling kepada Allah?? Sesungguhnya Allah Maha Sabar lagi Maha Mengasihani.

Maksiat itu dugaan, bala itu juga dugaan.
Tapi cara menghadapinya berbeza. 

Kita memandang serong orang-orang melakukan maksiat, kita menghina mereka, menjauhi mereka, merasakan kita lebih mulia daripada mereka. Tapi kita tidak pernah memandang serong terhadap musibah yang menimpa orang-orang di sekeliling kita. Bahkan tangan kita terbuka untuk membantu mereka.

Aku berharap Allah tidak pernah memandang serong terhadap hamba Mu yang hina ini. Seorang pelajar syariah yang tidak dapat mengamalkan syariah. Berhujah dengan syariah tetapi maksud syariah itu sendiri mungkin tidak sampai ke hatinya. 

Aku pernah bersabar dengan dugaan-dugaanMu Ya Allah. Aku merayu agar Engkau bersabar dengan pelbagai kerenah hambaMu ini. 



 


Jangan berputus asa untuk menjadi baik. Jangan berputus asa untuk berubah.

Biar seribu orang mencerca kita, biar kita mungkin masih digelar ahli maksiat, jangan berputus asa untuk berdoa kepada Allah.

Allah bukan eksklusif untuk orang-orang bertaqwa sahaja.

Allah itu, untuk semua.

JUST BELIEVE ;-)


5 comments:

  1. Kau ada blog rupanya Faizin. Aku baru tahu.

    ReplyDelete
  2. perbaiki diri dan ajak org lain..
    moga Allah Redha....
    JOM jadi baik! :D

    ALLAH LOVES PEOPLE WITH GOOD DEEDS. :)
    and,as we know..
    Qadarallahu a'la maa shaa faa'la~
    Allah yusahhil alaik akh,

    ReplyDelete
  3. just believe,..,
    justin bieber,..,
    wooohooo,..,

    ReplyDelete